Anda di halaman 1dari 3

TAJUK CERITA : KISAH SEUNCANG PADI

NAMA PESERTA :

________________________________________________________________________

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam satu Malaysia. Terima kasih


Tuan Pengerusi Majlis, yang dihormati barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-
guru seterusnya rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Salam sejahtera, pembuka bicara,


“Kisah Seuncang Padi” tajuk cerita;
Mari renungi sedalam-dalamnya,
Semoga menjadi teladan kepada kita semua.

Sepasang suami isteri yang sangat miskin tinggal di sebuah kampung iaitu Pak Abu
dan isterinya Mak Milah. Mereka selalu menyalahkan nasib mereka yang miskin. Orang-
orang kampung menyara kehidupan mereka dengan bercucuk-tanam tetapi malangnya
Pak Abu dan isterinya malas bekerja. Mereka lebih suka membuang masa.

Ya kawan-kawan, saban hari mereka berdua akan meminta bantuan makanan


daripada jiran-jiran. Mereka tidak tahu malu sehingga ada di antara jiran mereka tidak
mahu membantu mereka lagi. Oleh kerana sikap mereka yang pemalas,
kehidupan
mereka menjadi bertambah susah. Ada kalanya mereka tidak dapat makan dan
tidur
dengan lena.
Kawan-kawan nak tahu apa terjadi seterusnya?

Pada suatu malam, muncullah seorang perempuan tua di hadapan pintu rumah
mereka. “Bolehkah saya masuk?” tanya perempuan tua itu. “Silakanlah,”jawab Pak Abu.
Perempuan tua itu meminta sedikit makanan kerana terlalu lapar tetapi malangnya
mereka tidak apa-apa makanan untuk diberikan kepada perempuan tua itu. Perempuan
tua itu memandang keadaan rumah suami isteri itu. “Adakah kamu ingin menjadi orang
yang kaya?” tanya perempuan tua itu. Mereka mengangguk-angguk kegembiraan apabila
mendengar kata perempuan tua itu.
Perempuan tua itu menyeluk gendongan kain buruk lusuh yang dibawanya. Kedua-
dua mereka melihat sahaja kelakuan perempuan tua itu. Pada fikiran mereka, tentulah
perempuan tua itu akan mengeluarkan sebongkah emas. Cuba kawan-kawan teka, apa
yang diberikan oleh perempuan tua itu kepada mereka?

“Nah, ambillah uncang ini. In sha Allah ia boleh menjadikan kamu kaya,” kata
perempuan tua itu. “Pagi esok kamu taburlah isi uncang ini di belakang rumah. Sudah
pasti kamu akan menjadi kaya-raya,” pesan perempuan tua itu sebelum pulang.
Pada keesokan harinya, mereka telah membuka uncang tersebut. Mereka berasa
kecewa kerana dalam uncang itu hanyalah padi kering. Tanpa berlengah-lengah lagi,
mereka menaburkan padi itu di belakang rumah.

Tidak lama kemudian, anak padi mulai tumbuh. Alangkah terkejutnya mereka,
apabila padi itu berbuah dan menguning. Setelah padi masak, mereka pun menuainya.
Dua tiga musim menabur dan menuai padi akhirnya padi mereka menjadi
banyak. Semenjak hari itu kehidupan Pak Abu dan isterinya tidak lagi miskin. Mereka telah
menjadi kaya dengan menjual padi. Mereka sering membantu dan memberi
makan kepada penduduk kampung yang miskin.

Sikap Pak Abu dan isterinya mula berubah, mereka menjadi tamak dan tidak suka
bersedekah kepada orang yang susah atau miskin. Sebaliknya, mereka mengambil
kesempatan untuk merampas harta penduduk kampung. Kawan-kawan tahu apa
kesudahan cerita ini?

Ya kawan-kawan, malam itu mereka suami isteri tidur dengan nyenyak. Tanpa
menduga apa yang akan terjadi keesokannya.

Tiba-tiba, setelah terbangun daripada tidur mereka mendapati semua pokok padi
telah layu dan mengering. Tiada lagi pokok padi yang dapat dituai untuk dijual. Lama-
kelamaan semua pokok padi telah mati. Kesemua harta benda mereka terpaksa dijual
bagi menampung kehidupan akibat tiada lagi pokok padi yang membuahkan hasil.

Pada masa itu, barulah Pak Abu dan Mak Milah menyesal dan insaf dengan perbuatan buruk
dan tamak mereka. Malangnya nasi sudah menjadi bubur, sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Hiduplah mereka dalam kemiskinan semula.

Ingatlah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang


dikurniakan Allah. Jangan tamak dan haloba. Jangan suka meminta-minta kerana tangan
yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. Rajinlah berusaha
untuk mencapai kejayaan dalam hidup dan apabila kita telah kaya jangan lupa menderma atau
bersedekah kepada fakir miskin. Bak kata pepatah Melayu; kalau dapat
memandang bulan, jangan lupa rumput di bumi. Kita jangan lupa tentang asal-usul sendiri
terutama apabila telah menjadi kaya.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai