Anda di halaman 1dari 5

TEKS BERCERITA

TAHAP 2

‘SEUNCANG PADI’

SK BANDAR BANTING
Assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuh dan salam sejahtera . terima kasih
tuan pengerusi majlis, yang saya hormati para hakim yang bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Saya _______________________ dari Sekolah Kebangsaan
Bandar Banting ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Seuncang Padi”.

Yang terlena, sedar-sedarkan.


Yang tersedar, dengar-dengarkan
Yang terdengar fikir-fikirkan.

Senyuman manis daripada saya,


“Seuncang Padi” pilihan cerita;
Mari renungi sedalam-dalamnya,
Memberi tauladan kepada kita

Pada zaman dahulu, sepasang suami isteri yang sangat miskin tinggal di
sebuah kampung iaitu Pak Abu dan isterinya Mak Milah. Mereka selalu
menyalahkan nasib mereka yang miskin. Orang-orang kampung menyara
kehidupan mereka dengan bercucuk-tanam tetapi malangnya Pak Abu dan isterinya
malas bekerja. Mereka lebih suka membuang masa. Siang dan malam kerja mereka
hanya tidur dan duduk-duduk sahaja di rumah tanpa melakukan sebarang
pekerjaan. Mereka berpendapat tiada gunanya mereka bekerja keras kerana mereka
sudah ditakdirkan menjadi orang miskin.

Ya kawan-kawan, saban hari mereka berdua akan meminta


bantuan makanan daripada jiran-jiran bagi mengalas perut mereka. Mereka tidak
tahu malu sehingga ada di antara jiran mereka tidak mahu membantu mereka
lagi. Oleh kerana sikap mereka yang pemalas, kehidupan mereka menjadi
bertambah susah. Ada kalanya mereka tidak dapat makan dan tidur
dengan lena. Mereka menghadapi masalah untuk meneruskan kehidupan kerana
malas bergarit perut perit.

Kawan-kawan nak tahu apa terjadi seterusnya?


Pada suatu malam, muncullah seorang nenek tua di hadapan pintu rumah
mereka. Tok, tok, tok. “Bolehkah saya masuk?” tanya nenek tua itu. “Silakanlah,”
jawab Pak Abu. Nenek tua itu meminta sedikit makanan kerana terlalu lapar tetapi
malangnya mereka tidak ada apa makanan yang hendak dimasak untuk diberikan
kepada nenek tua itu. Nenek tua itu memandang keadaan rumah suami isteri itu
sambil menggeleng kepala. Rumah suami isteri itu sangat usang yang hampir
menyembah bumi.

“Adakah kamu ingin menjadi orang yang kaya?” tanya nenek tua itu. Mereka
mengangguk-angguk kegembiraan apabila mendengar kata nenek tua itu. Nenek tua
itu tersenyum dengan wajah bersinar melihat ada harapan kedua suami isteri itu
akan mengubah nasib mereka. Nenek tua itu menyeluk saku bajunya yang lusuh.
Kedua- dua mereka melihat sahaja kelakuan nenek tua itu. Pada pendapat mereka,
tentulah nenek tua itu akan mengeluarkan sebongkah emas.

Cuba kawan-kawan teka, apa yang diberikan oleh nenek tua itu kepada mereka?

“Nah, ambillah uncang ini. InsyaAllah ia boleh menjadikan kamu


kaya,” kata nenek tua itu. “Pagi esok kamu taburlah isi uncang ini di belakang
rumah. Sudah pasti kamu akan menjadi kaya-raya. Tetapi dengan syarat, kamu
tidak boleh membuka uncang ini sehingga keesokkan pagi ” pesan nenek tua itu
sebelum pulang. Pak Abu dan Mak Milah tertanya-tanya apakah isi yang terdapat
dalam uncang tersebut. Sepanjang malam, tidur mereka tidak lena kerana asyik
memikirkan uncang tersebut.

Pada keesokan harinya, mereka telah membuka uncang tersebut. “Apa, padi
kering!”. Mereka berasa kecewa kerana dalam uncang itu hanyalah padi
kering tiada emas mahupun batu permata yang berharga. Walau bagaimanapun,
Pak Abu dan Mak Milah masih berfikiran positif dan tidak berputus asa. Mereka
berharap padi kering ini dapat memberikan manfaat bagi kehidupan mereka.

Tanpa berlengah-lengah lagi, mereka menaburkan padi itu di belakang


rumah. Tidak lama kemudian, anak padi mulai tumbuh. Alangkah
terkejutnya mereka, apabila padi itu berbuah dan menguning. Setiap batang
memiliki tangkai yang dipenuhi dengan biji padi. Sejak itu, mereka mulai rajin
bekerja. Setiap hari mereka membersihkan tanaman padi itu daripada gangguan
serangga perosak.

Setelah padi masak, mereka pun menuainya. Dua tiga musim menabur
dan menuai padi akhirnya padi mereka menjadi banyak. Semenjak hari itu
kehidupan Pak Abu dan isterinya tidak lagi miskin. Mereka telah menjadi kaya
dengan menjual padi. “Aku sudah jadi kaya sekarang! Ha ha ha…” kata Pak
Abu. Mereka sering membantu dan memberi makanan kepada penduduk
kampung yang miskin. Kini, mereka sangat bersyukur kerana mereka sudah hidup
dengan senang dan tidak kekurangan makanan lagi. Harta mereka tidak pernah
habis, semakin hari harta mereka semakin bertambah.

Sikap Pak Abu dan isterinya, Mak Milah mula berubah, mereka menjadi
tamak dan tidak suka bersedekah kepada orang yang susah atau miskin.
Sebaliknya, mereka mengambil kesempatan untuk merampas harta
penduduk kampung. Mereka rasa kemewahan mereka masih tidak cukup. Bagi
mereka, sekiranya mereka membantu penduduk kampung yang miskin, harta
mereka semakin hari semakin berkurangan.

Kawan-kawan tahu apa kesudahan cerita ini?

Ya kawan-kawan, malam itu mereka suami isteri tidur dengan


nyenyak. Tanpa menduga apa yang akan terjadi keesokannya. Tiba-tiba, setelah
terbangun daripada tidur mereka mendapati semua pokok padi telah layu dan
mengering. Tiada lagi pokok padi yang dapat dituai untuk dijual. Lama- kelamaan
semua pokok padi telah mati. Kesemua harta benda mereka terpaksa dijual bagi
menampung kehidupan mereka.

Pada masa itu, barulah Pak Abu dan Mak Milah menyesal dan insaf dengan
perbuatan buruk dan tamak mereka. Malangnya nasi sudah menjadi bubur, sesal
dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Hiduplah mereka dalam
kemiskinan semula. Ingatlah kawan-kawan, kita hendaklah sentiasa bersyukur
dengan rezeki yang dikurniakan Allah. Jangan tamak dan haloba.
Bak kata pepatah Melayu; jika mendongak bintang di langit, jangan lupa
rumput di bumi. Kita jangan lupa tentang asal-usul sendiri terutama apabila telah
menjadi kaya.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Ingatlah kawan-kawan.
Jangan suka meminta-minta kerana tangan yang memberi lebih mulia daripada
tangan yang menerima. Rajinlah berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup
dan apabila kita telah kaya jangan lupa menderma atau bersedekah kepada fakir
miskin.

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai