Anda di halaman 1dari 3

PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

ANJURAN PERSATUAN BAHASA MELAYU 2022

Assalammualaikum wbt… dan Selamat Sejahtera…

Yang saya hormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana guru-
guru dan rakan-rakan sekalian.

Wahai kawan-kawan,
Mari dengar cerita,
Kisah Seuncang Padi tajuk cerita,
Wahai kawan-kawan,
Janganlah leka
Mari renungi sedalam-dalamnya.

Sepasang suami isteri yang sangat miskin. Tinggal di sebuah


kampung iaitu Pak Abu dan isterinya Mak Milah. Mereka
selalu menyerahkan nasib mereka yang miskin.

Orang-orang kampung menyara kehidupan mereka dengan


bercucuk tanam. Tetapi, Pak Abu dan isterinya hanya berpeluk
tubuh sahaja. Mereka lebih suka membuang masa. Saban hari,
mereka berdua akan meminta makanan daripada jiran-jiran,

Mereka tidak malu sehingga ada di antara jiran-jiran mereka


tidak mahu membantu mereka lagi.

Oleh sebab sikap mereka yang pemalas, kehidupan mereka


bertambah susah. Ada kalanya, mereka tidak dapat makan dan
tidur dengan lena.

Kawan-kawan, hendak tahu tak, apakah yang terjadi seterusnya?

Pada suatu malam, munculnya seorang perempuan tua di


hadapan pintu rumah mereka.
Tuk…tuk…tuk..tuk..
Bolehkah saya masuk, tanya perempaun tua itu.
Silakan, kata Pak Abu.

Perempuan tua itu meminta sedikit makanan kerana berasa


terlalu lapar. Malangnya tiada makanan untu diberikan pada
perempuan tua itu. Perempuan tua itu memandang keadaan
rumah Pak Abu.

Adakah kamu igin menjadi orang kaya?, tanya perempuan tua


itu lagi.

Pak Abu dan Mak Milah mengangguk-angguk kegembiraan.


apabiala mendengar kata perempuan tua itu.

Perempuan tua itu pun menyeluk kendungan kain lusuhnya.


Kedua-duanya melihat sahaja kelakuan peremuan tua itu.
Pada fikiran mereka, tentulah perempuan tua itu akan
mengeluarkan sebongkah emas.

Cuba kawan-kawan teka, apakah yang akan diberikan oleh


perempuan tua itu pada mereka?

Nah, ambillah uncang ini kamu taburlah isi uncang ini di


belakang rumah, sudah pasti kamu akan menjadi kaya -raya.
Pesan perempuan tua itu sebelum pulang.

Tidak lama kemuadian, anak padi mulai tumbuh.


Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat padi itu berbuah
dan menguning. Setelah padi masak mereka pun menuainya.

Dua tiga kali musim menuai, akhirnya padi mereka menjadi


banyak.

Semenjak hari itu, kehidupan Pak Abu dan isterinya tidak lagi miskin.
Mereka menjadi kaya hasil jualan padi.

Pada mulanya merreka sering mmbantu dan memberi makan


kepada pendududk kampung yang miskin. Tetapi lama
kelamaan sikap Pak Abu dan isterinya mulai berubah.

Merreka menjadi tamak tidak suka lagi bersedekah kepada orang


yang susah atau miskin. Sebaliknya meeka mengambil
kesempatan untuk merampas harta penduduk kampung.

Apabiala mereka tidak dapat membayar wang yang telah


dipinjamkan kepada mereka,

Kawan-kawan, tentu teruja untuk mengetahui kesudahan cerita


inikan?

Ya, kawan-kawan malam itu mereka suami isteri tidur nyenyak.


Tidak menduga apa yang akan terjadi pada keesokan hari.

Kok..kok..kok..kok kokokan ayam telah mengejutkan mereka.


Alangkah terperanjatnya mereka apabila melihat semua pokok
padi telah layu dan mengering. Tiada lagi pokok padi yang
dituai untuk dijual.

Pak Abu terpaksa menjual semua harta bendanya bagi


menampung kehidupan akibat tiada lagi pokok padi yang
membuahkan hasil.

Pada masa itu, barulah Pak Abu dan Mak Minah menyesal
dan insaf akan perbuatan buruk dan tamak mereka. Malangnya,
nasi sudah menjadi bubur.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.


Hiduplah merreeka dalam kemiskinan semula.

Ingatlah kawan-kawan,
Pengajaran daripada crita ni ialah:
1. Kita perlulah sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan
Allah. Jangan tamak dan haloba. Jangan suka meminta-minta.
2. Jangan suka meminta-minta kerana tangan yang memberi
adalah lebih baik daripada tangan yang menerima.
3. Rajinlah berusaha bagi mencapai kejayaan dalam hidup.
Apabila kita sudah kaya jangan lupa menderma dan
bersedekah kepada fakir miskin. Bak kata pepatah Melayu,
kalau dapat memandang bulan, jangan lupa rumput di bumi.

Akhir kata:
Bunga disusun di atas para,
Disusun oleh gadis jelita;
Kalau silap tutur bicara.
Jejari disusun maaf dipinta.

Sekian, wabillahitaufik..

Anda mungkin juga menyukai