Anda di halaman 1dari 2

RUMAH TERBUKA MASYARAKAT SEJAHTERA

FATINI NUR IZZAH BINTI AZIZAN BAQI

Dunia mengenali Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum. Mempunyai
pelbagai adat dan budaya yang menarik, bahkan bahasa juga berbeza mengikut kaum. Ironinya
perayaan juga berbeza mengikut kaum. Kaum Melayu menyambut Hari Raya Aidil Fitri,bangsa
Cina meraikan Tahun Baru Cina, Orang India menunggu Deepavali, Orang kadazan ada Hari
Gawai dan lain-lain perayaan yang disambut setiap tahun . Sehubungan dengan, bagi meraikan
kepelbagaian ini rumah terbuka acap kali diadakan mengikut perayaan masyarakat Malaysia
yang berbilang kaum. Malah sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia seolah-olah serumpun
bak serai sesusun bak sireh.

Orang kata tak kenal maka tak cinta, jadi amalan rumah terbuka ini sebenarnya dapat
mengeratkan hubungan antara kaum. Bak kata pepatah yang jauh kita dekatkan yang dekat kita
rapatkan. Amalan ini dapat mewujudkan suasana yang harmoni dalam kehidupan masyarakat
di Malaysia tanpa perlu memikirkan tentang perbezaan budaya,bahasa ,kaum dan politik kerana
kita Satu Malaysia.Tamsilnya masyarakat Malaysia seperti Melayu,Cina,India,Kadazan dusun
dan pelbagai etnik yang lain bebas berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa perlu risaukan
tentang perbezaan. Secara tak lansung bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan
bahkan,rumah terbuka adalah tempat kita bertemu dan merapatkan hubungan antara satu sama
lain. Tuntasnya perpaduan dan keharmonian kaum akan tercapai sekiranya kita berpegang pada
konsep perpaduan dan keharmonian.

Budaya, adat resam, bahasa, pantang larang, pakaian cara masakan juga berbeza
mengikut kaum. Melalui amalan rumah terbuka masyarakat majmuk dapat merasai semua
perbezaan ini dengan satu kunjungan pada hari perayaan. Hal ini kerana, pada waktu inilah
cara berpakaian, adat resam, juadah ditonjol dan disajikan. Malah setiap kali perayaan disambut
sama ada Hari Deepavali, Aidil Fitri, Gong Xi Fat Choi dan sebagainya mereka cuba
mengetengahkan adat tradisi masyarakat mereka. Secara tak langsung kita dapat mempelajari,
memahami dan merasai sendiri perbezaan budaya itu. Keunikan inilah membuatkan kita
hormat pada budaya, adat resam bangsa lain. Biarpun kita memegang pada pepatah biar mati
anak jangan mati adat.

Realitinya keunikan, kepelbagaian budaya, kaum, adat resam,bahasa,masakan yang


berbeza-beza ini apabila di terjemahkan dengan amalan rumah terbuka sebenarnya, dapat
dijadikan daya tarikan kepada pelancong asing untuk merasai sendiri pengalaman
mengunjungi rumah terbuka yang diadakan oleh pihak penganjur. Para pelancong juga dapat
menikmati kepelbagaian budaya, adat dan masakan Malaysia yang terdapat di rumah terbuka
tersebut. Ini seterusnya dapat menjana ekonomi negara. Negara cantik, budaya menarik, budi
bahasa molek dapat menarik perhatian pelancong.

Kita berpijak pada bumi yang sama, menjunjung langit yang sama, maka amalan rumah
terbuka ini dapat membentuk identiti Malaysia seterusnya membentuk jati diri masyarakat
Malaysia kerana rakyat akan menyambut perayaan kaum lain walaupun berbeza bangsa dan
budaya. Secara tak langsung memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan yang
digunakan untuk berinteraksi. Hakikatnya kita satu bangsa, kita satu negara, kitalah rakyat
Malaysia.

Kesimpulannya, rumah terbuka telah melahirkan masyarakat yang sejahtera dari segi emosi,
rohani dan fizikal. Tanpa perlu memikirkan perbezaan warna kulit,agama,adat resam dan juga
budaya. Meskipun ada silang budaya namun tradisi mengadakan rumah terbuka ini berjaya
menyatu padukan kita semua. Justeru amalan rumah terbuka hendaklah menjadi satu budaya
masyarakat Malaysia. Melalui bahasa dan budaya rumah terbuka, kita semua boleh berdiri
sama tinggi dan duduk sama rendah sebagai satu keluarga besar yang harmoni.

(509 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai