Anda di halaman 1dari 4

KASUT KELOPAK JANTUNG

Assalamualaikum wtb dan salam 1 Malaysia. Pada hari ini saya akan
menyampaikan cerita yang banyak memberi pengajaran untuk renungan
kita bersama. Kasut Kelopak Jantung. Dengar dan hayatilah cerita ini.

Ahmad merupakan pelajar miskin, berumur Sembilan tahun yang


tinggal di kawasan pendalaman. Ahmad sering dimarahi oleh gurunya,
Cikgu Harun kerana tidak memakai kasut sekolah sebaliknya hanya
berselipar sahaja. Keadaan itu menganggu pemandangan Cikgu Harun
yang begitu mementingkan soal penampilan dan displin diri.

Kehidupan Ahmad ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang
makan petang. Wang hasil upah memetik cili hanya cukup untuk makan
dan perbelanjaan ke sekolah.

“ Ahmad, mana kasut?”

“Belum beli lagi cikgu..”

‘Bila nak beli?”

Ahmad hanya membatukan diri seperti selalu. Semenjak sekolah


dibuka itulah soalan yang sering diajukan kepadanya. Sebelum itu Ahmad
memakai selipar lusuh ke sekolah tetapi selepas selipar itu putus dia hanya
berkaki ayam ke sekolah sehinggalah satu hari Ahmad telah didenda oleh
Cikgu Harun kerana tidak membawa baju sukan. “Kasut sekolah tak pakai,
baju sukan tak bawa,. Apa nak jadi dengan kamu ni?”
Terasa hendak dipukul sekuat hati pelajar itu, tetapi kesabarnnya
masih ada. Cikgu Harun terpandang rumpun pisang yang merimbun di tepi
pagar sekolah. Beberapa tandan pisang terjuntai di celah-celah rumpun
pisang itu dan dibawahnya , bertaburan kelopak jantung yang gugur, besar
dan berwarna merah hati. “Pergi cari tali” Ahmad yang lurus bendul itu
terus beredar dan kembali dengan seutas tali raffia berwarna merah.

“Kamu pakai benda ini. Ikat elok-elok. Jangan buka kasut ini selagi
kamu tidak beli kasut baru.” Pada mulanya Ahmad berat hati hendak
memakai kasut kelopak jantung pisang itu, tetapi akhirnya dia menurut. Dia
berasa malu. Ahmad berlari pulang ketika murid-murid lain sudah keluar
sekolah. Sakit hatinya kawan-kawan, lebih perit daripada tertusuk duri
semalu. Matanya berair bukan kerana sakit kaki, tetapi hatinya begitu
terhiris sekali. Kesian Ahmad kawan-kawan.

Hadirin sekalian,

Orang hulu memalu nobat

Nobat dipalu kayu berangan

Fikir dahulu sebelum buat

Kalau dibuat menyesal jangan

Keesokkan harinya, Ahmad tidak datang ke sekolah sehinggalah


seminggu lamanya. Cikgu Harun berasa ada sesuatu yang tidak kena.
Timbul rasa bersalah dalam hatinya kerana bertindak keterlaluan kepada
Ahmad. Cikgu Harun bertekad untuk pergi ke rumah Ahmad.
Setelah melalui denai-denai yang sempit akhirnya dia sampai ke rumah
Ahmad. Ha..kawan-kawan, barulah Cikgu Harun sedar betapa sukarnya
Ahmad ke sekolah. Apatah lagi dalam keadaan Ahmad yang hanya berkaki
ayam menempuh semak, batu-batu kerikil dan pohon-pohon semalu yang
berduri.

Sebaik tiba di rumah Ahmad, Cikgu Harun memanggil-manggil nama


Ahmad namun disahut oleh wanita separuh umur yang mengatakan
Ahmad tiada kerana pergi memetik memetik cili. Cikgu Harun itu pastinya
ibu Ahmad. Kawan-kawan nak tahu apa terjadi? Tidak lama kemudian
Ahmad pulang dan ketika itulah Cikgu Harun terpandang kaki Ahmad yang
masih bersarungkan kasut kelopak jantung.

“Kamu masih memakai kasut ini?” tanya Cikgu Harun. Hatinya


tersentuh kerana tidak menyangka arahan supaya tidak menanggalkan
kasut kelopak jantung itu benar-benar dipatuhi oleh anak muridnya
itu.”Saya belum cukup duit untuk membeli kasut baru cikgu,”. Air mata
Cikgu Harun menitis tanpa disedari. Beliau menyesali perbuatannya yang
telah menghukum tanpa mengetahui kisah sebenar.

Sejak hari itu, Cikgu Harun berusaha mengutip sumbangan untuk


diberikan kepada keluarga Ahmad. Ahmad berterima kasih kepada Cikgu
Harun dan pihak sekolah atas bantuan yang diberikan. Dia bersyukur
kerana kini dia telah memiliki sepasang kasut sekolah yang baharu, putih
dan selesa dipakai.

Hadirin sekalian,

Begitulah cerita tentang Ahmad. Semoga cerita ini akan menjadi


pengajaran dan teladan kepada kita semua.
Hayatilah puisi ini,

Hari ini kita mendongak langit

Kita mengharapkan matahari terus menyinari bumi

Tetapi tuhan turunkan hujan

Kita bersedih dan tertanya –tanya

Ke manakah perginya matahari?

Rupa-rupanya Tuhan telah memberikan pelangi

Setelah hujan turun membasahi bumi

Kawan-kawan,

Janganlah kita berputus asa, usaha dan terus berusaha. Pasti


kejayaan menjadi milik kita. Andai kegagalan di pertengahan, pasti ada
sinar harapan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai