Anda di halaman 1dari 2

Melatih kuntum tubuh melata

Sayang merbah di pohon cemara


Salam sejahtera pembuka kata
saya sembah pembuka bicara
Terima kasih kepada tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana,
penjaga masa yang setia pada waktunya, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. pada
pagi yang ceria ini saya ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Orang Tua Di
dalam Bakul”.
Pada zaman dahulu, tinggalah sekeluarga petani di sebuah kampung. Petani itu mempunyai
seorang bapa yang telah tua dan seorang anak lelaki. Setiap hari, isteri petani itu menenun
kain untuk menambahkan pendapatan keluarga. Mereka tinggal di rumah yang kecil sahaja di
hujung kampung.
Beberapa tahun berlalu, bapa petani itu semakin tua dan lemah. Beliau telah uzur dan tidak
boleh berjalan lagi. Semasa muda, dia telah bekerja dengan kuat dan gigih. Sekarang dia
tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan lagi.
Hadirin sekalian,
Beberapa hari berlalu, petani telah menganggap bapanya sebagai satu beban yang
menyusahkan hidupnya. Isterinya juga beranggapan begitu. Oleh itu, mereka tidak lagi
mempedulikan orang tua nya itu seperti dahulu. Orang tua itu hanya diberi sisa makanan dan
pakaian yang koyak sahaja. Kadangkala, tanpa pengetahuan ibu bapanya, anak petani itu
memberikan makanan yang baik dan lazat kepada datuknya. Dia amat sayang akan datuknya.
Malangnya, apabila perbuatannya diketahui, ibu bapanya akan memarahinya. Orang tua itu
smeakin susah hati dan selalu termenung. Dia selalu mengeluh memikirkan nasibnya yang
malang.
Petani dan isterinya semakin tidak sabar. Mereka cuba mengusir orag tua itu. Petani
bercadang untuk membeli sebuah bakul yang besar. Dia akan memasukkan bapanya ke dalam
bakul tersebut. Dia berbincang dengan isterinya untuk menghantar bapa mereka ke tempat
yang jauh dan membiarkannya tinggal di situ. Isteri petani menyatakan kebimbangannya
sekiranya jiran-jiran mengetahui yang bapa mertuanya hilang. Petani menyatakan dia akan
memberitahu bapa mereka tinggal di tempat yang suci untuk menghabiskan sisa-sisa
hidupnya. Tanpa mereka sedari, perbualan mereka telah didengari oleh anak lelaki mereka.
Hadirin sekalian,
Pada keesokan harinya, petani telah keluar untuk membeli bakul tersebut. Setelah melihat
bapanya keluar, amak petani bertanya kepada ibunya akan hal tersebut. Ibunya memarahi
anaknya dan mengingatkannya agar jangan masuk campur dalam urusan orang tua. Dia
menyakinkan anaknya bahawa datuknya akan dihantar di tempat yang selamat.
Pada petang itu, petani pulang ke rumah dengan membawa sebuah bakul yang besar.
Sebaik sahaja menjelang senja, petani pun memasukkan bapanya yang uzur itu ke dalam
bakul tersebut. Bapa petani berasa bimbang dan bertanya ke mana petani akan membawanya.
Petani menyatakan yang dia tidak boleh menjaga ayahnya dan ingin membawa ayahnya itu
ke tempat yang selamat. Dia menyakinkan ayahnya yang dia akan dijaga dengan baik di sana,
sambil memikul bakul tersebut. Anak petani terlihat akan kejadian yang berlaku tetapi dia
masih tidak memahami perkara itu. Petani pun terus melangkah pergi dengan langkah yang
berat. Namun, sebelum bayang-bayang petani hilang dari penglihatan, anak petani itu
menjerit lalu mengingatkan ayahnya supaya membawa balik bakul itu semula.Petani itu
kehairanan sambil bertanya sebab anaknya inginkan bakul itu semula. Anak petani
mendapatkan ayahnya sambil termengah-mengah dia menyatakan bahawa bakul tersebut
akan digunakan semula untuk memikul ayahnya pula suatu hari nanti.
Tahu tak kawan-kawan? Mendengar kata-kata anaknya itu, kaki petani menggigil dan
tidak boleh bergerak. Dia terpaku sebentar kemudian tunduk. Timbul keinsafan dalam
dirinya. Selepas beberapa ketika,dia mengajak anaknya pulang. Petani membawa bapanya
pulang semula ke rumah mereka Petani berjanji akan menjaga ayahnya dengan baik hingga
ke akhir usia.
kawan-kawan. pengajaran yang boleh kita daripada cerita ini, bahawasanya ibu bapa menjadi
contoh yang baik dan buruk kepada anaka-anak. Oleh itu, kita haruslah sentiasa berbuat baik
kepada orang tua kita kerana merekalah insan yang paling berjasa dalam hidup kita. kita
seharusnya bersyukur dan menghargai ibu bapa kita kerana tanpa orang tua, siapalah kita.
Para hadirin sekalian, renung-renungkanlah pantun ini.
Bawa pisang di dalam guni,
Singgah sebentar di tepi pekan;
Contohi sikap anak petani
Hati mulia penuh kebaikan.

Sedap sungguh makan serawa,


sambil makan bersama keluarga;
Menghormati ibu bapa amalan mulia’
Sayangilah mereka hingga ke syurga.
Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai