Anda di halaman 1dari 13

MEDAN ILMU IZZAHSAUTI

Seorang petani mempunyai bapa


yang sudah tua dan anak yang kecil.
Mereka hidup susah tetapi bahagia. Bapa
petani semakin tua dan lemah. Petani dan
isterinya menganggap bapanya beban
kepada keluarga. Mereka tidak peduli
akan orang tua itu seperti dahulu.

Orang tua diberikan sisa


makanan dan pakaian yang
koyak
rabak
sahaja.
Kadangkala tanpa pengetahuan
ibu bapanya, anak petani
memberikan makanan yang
baik kepada datuknya.

Pada suatu hari, petani


dan isterinya merancang untuk
menghantar orang tua ke
dalam hutan. Anak mereka
terdengar perbualan tersebut.

Keesokan harinya, petani


pulang
ke
rumah
dengan
membawa sebuah bakul yang
besar. Orang tua dimasukkan ke
dalam bakul tersebut. Dengan
memikul
bakul
itu,
petani
berjalan dengan langkah yang
berat.

Anak petani melihat kejadian itu.


Dia menjerit, Ayah, jangan lupa
membawa pulang bakul itu nanti!.
Petani
kehairan
dan
berhenti
berjalan. Anak petani berkata, Ayah,
apabila ayah sudah tua kelak, saya
akan menggunakan bakul ini untuk
membawa ayah pula.

Petani
menggigil
dan
terdiam seketika. Akhirnya
dia berkata kepada anaknya,
Marilah kita pulang.
-TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai