Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PERPISAHAN PUAN NOREDAH BT SARMIN

TARIKH : 14 FEBRUARI 2018


MASA : 11.00 PAGI
TEMPAT : FOYER SK BUKIT MUTIARA
CUE ANN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w. b. t, Salam
Sejahtera dan Salam Muafakat Johor.

Yang berusaha, Puan Noor Huda bt Hamid, Guru Besar SK Bukit


Mutiara
PROTOKOL
Yang Dihormati, Puan Jalilawati bt Jamian, Guru Penolong Kanan
MAJLIS
Pentadbiran

Yang Dihormati Tn Syed Zainal Abidin bin Tuan Zakir, Guru


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati En Mohd Amir bin Amzah, Guru Penolong Kanan


Kokurikulum

Yang Diraikan, Puan Noredah bt Sarmin, mantan Guru Penolong


Kanan Kokurikulum SK Bukit Mutiara yang kini sebagai Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK ____________________-

Barisan guru Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara

murid-murid dan hadirin hadirat yang dikasihi sekalian

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua
Salam sembah pembuka bicara
Selamat datang untuk semua
Alhamdulillah dengan izin Allah swt kita sama-sama kita dapat
berkumpul pada hari ini untuk bersama-sama dalam majlis
KATA ALU- perpisahan Puan Noredah bt Sarmin. Majlis ini merupakan
ALUAN penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga
kepada Puan Noredah atas komintmen yang tinggi, jasa dan
penghargaan serta segala khidmat bakti dan budi yang telah beliau
berikan sepanjang berada di SK Bukit Mutiara.
UCAPAN GURU Hadirilah sekalian,
BESAR Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan hormatnya


mempersilakan Yang Berusaha Pn Noor Huda bt Hamid untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan
daripada Yang Diraikan Pn Noredah bt Sarmin. Majlis dengan
UCAPAN PUAN segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.
NOREDAH *
Malam hari berlagu unggas
Memecah kesunyian di dalam hutan
Walaupun terpisah tempat dan tugas
Budimu tuan dalam ingatan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan sebentar


tadi.
PERSEMBAHAN Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita sama-sama mengalihkan kembali


perhatian ke hadapan pentas untuk menyaksikan persembahan
istimewa daripada ____________________ khas buat Yang
Diraikan Puan Noredah bt Sarmin. Dipersilakan.

*Majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan sebentar


tadi.
PENYAMPAIAN Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata sebagai
HADIAH tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Puan
Noredah bt Sarmin.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Guru Besar, Puan Noor Huda bt Hamid untuk
mengiringi Yang Diraikan Pn Noredah bt Sarmin untuk menerima
cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan…………………(hadiah ikut aliran)…………………..

*tulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan Pn Noredah bt Sarmin.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua


penyampai cenderamata sebentar tadi.
SESI Hadiah diberi seikhlas hati,
BERSALAMAN Kini marilah bersalaman menyusun jari,
Bermaaf-maafan seikhlas hati,
Semoga ukhuwah kekal abadi.
Diminta semua murid beratur mengikut kelas masing-masing untuk
sesi bersalaman dengan Pn. Noredah bt Sarmin.

Berakhirnya sesi bersalaman itu tadi, maka berakhirnya sudah


majlis kita pada hari ini.
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
PENUTUP Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima
kasih diucapkan kepada Yang diraikan Puan Noredah bt Sarmin
kerana sudi bersama kita pada pagi ini dan kami semua
mendoakan agar Puan Noredah ceria di tempat baru.

Sekian sahaja, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu


`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai