Anda di halaman 1dari 1

Penebang Kayu Dengan Anaknya

Salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, tuan guru besar, para hakim,
guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan saya sampaikan pada
hari ini ialah Penebang Kayu Dengan Anaknya.

        Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang miskin .
Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua. Pada suatu hari,
penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.

        Keesokan harinya, penebang kayu membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik
sahaja waktu senja, penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul.

        “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.

        “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin. Kami ingin
membawa ayah ke tempat yang selamat. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan ke arah hutan.

        Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan, anak


penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul itu semula!”

        “Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.

        “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila ayah tua
kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”

        Penebang kayu itu tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun
berkata kepada ayahnya. “Marilah kita pulang ke rumah.”     

Wahai kawan-kawan, janganlah kita bagai kacang lupakan kulit. Kita


mestilah mentaati orang tua. Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya
pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai