Anda di halaman 1dari 6

Cerita Arnab Dengan Buaya.

        Di dalam sebuah hutan


Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Saya ______________ dari kelas _________ akan
menyampaikan sebuah cerita yang Arnab Dengan Buaya.

        Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor


daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat
handai dan binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.
        Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik
di dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
        Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak
seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan
tidak berani mendekati buaya itu.
        “Hai Arnab, cantik sungguh gigi  ! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.” Kata buaya itu
kepada arnab. Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia
tidak mendengar pujian begitu.
“Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kau tu?” Tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan
makan daging.”
Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau
tolong periksa gigiku. Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya
lagi. Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu
memeriksa gigi buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi,
buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah
riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih
Cerita Penebang Kayu Dengan Anaknya

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para
hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-
rakan sekalian. Saya ____________ dari kelas ________ akan
menyampaikan sebuah cerita bertajuk Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
        Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang kayu yang
miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang bapa yang telah tua
lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu hari, penebang kayu itu
bercadang untuk menghantar bapanya ke dalam hutan dan
membiarkannya tinggal di situ.
        “Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya tentang
ayah?” tanya isteri penebang kayu.
        “Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong untuk
menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu itu. Penebang
kayu dan isterinya tidak sedar bahawa percakapan mereka telah
didengari oleh anak mereka.
        Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk membeli
sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja, penebang kayu
itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul tersebut.
        “Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.
        “Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami miskin dan
sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke tempat yang selamat. Di
sana, ayah akan dijaga dengan baik,” kata penebang kayu itu sambil
memikul bakul tersebut. Orang tua itu berasa sedih dan mengerti
maksud anaknya. Penebang kayu itu pun memikul ayahnya berjalan
kearah hutan.
        Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada pandangan,
anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan lupa bawa balik bakul
itu semula!”
        “Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
        “Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut, “Apabila
ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk memikul ayah pula.”
        Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh bergerak. Dia
tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika, dia pun berkata
kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke rumah.”     
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada kali ini.
Sekian, terima kasih.
SINGA YANG SOMBONG
Salam Sejahtera dan selamat
petang. Terima kasih Pengerusi
Majlis Yang saya
hormati, para hakim, guru-
guru dan rakan-rakan sekalian
Selamat petang dan salam
sejahtera semua. Saya akan
menyampaikan sebuah cerita
yang bertajuk “Singa yang
Sombong”. Yang terlena, sedar-
sedarkan. Yang tersedar, dengar-
dengarkan Yang terdengar
fikir-fikirkan.
Dalam sebuah hutan, tinggal
seekor singa yang sombong.
Badannya yang besar dan
kuat menyebabkan semua
haiwan takut kepadanya.
Banyak haiwan yang telah
menjadi
mangsanya. Suatu hari, semua
haiwan di rimba telah
mengadakan satu perjumpaan.
Mereka berbincang cara untuk
menewaskan singa yang ganas
lagi sombong itu.
Tiba-tiba Sang Kancil bangun
dan bersuara. “Wahai kawan-
kawan, kehidupan kita
sekarang semakin terancam.
Semakin lama, semakin ramai
kawan kita yang menjadi
mangsa singa yang zalim itu.
Oleh itu marilah kita sama-
sama berfikir, cara hendak
menewaskan singa itu.
“Ya, kami sedia membantu”
jawab haiwan yang lain. “Siapa
ada cadangan, silakan”
kata Sang Kancil. Semua
terdiam. Tiba-tiba tebuan
bersuara, “Wahai kawan-kawan,
biarlah
saya cuba menewaskan singa
itu.” Haiwan lain ketawa sambil
memperkecilkan kebolehan
Tebuan.
Tebuan mencabar kawan-
kawannya. Masing-masing
tunduk diam. “Oleh kerana
tidak ada haiwan lain yang berani
menentang Singa, marilah kita
sama-sama menyokong
Sang Tebuan sebagai wira kita.”
Kata Sang Kancil dan disambut
dengan tepukan yang
gemuruh oleh penghuni rimba itu.
Pada keesokan harinya,
semua penghuni rimba keluar
untuk menyaksikan
pertarungan antara Singa dan
Tebuan. Tiba di suatu tempat,
mereka tenampak Singa masih
tidur di bawah pokok. Lalu
Tebuan pun terbang menghampiri
Singa.

Anda mungkin juga menyukai