Anda di halaman 1dari 2

TEKS PERTANDINGAN BERCERITA TAHAP 1

TAJUK CERITA : ARNAB DENGAN BUAYA

Salam sejahtera saya ucapkan kepada pengerusi majlis, para hakim yang adil
lagi bijaksana, guru-guru dan rakan yang dikasihi sekalian. Pada pagi yang
mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk “Arnab
Dengan Buaya”.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab yang comel. Salah


seekor daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan
putih melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai
dan haiwan-haiwan lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi arnab
itu.

Akibat kepujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah arnab yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh sebab tiada sesiapa lagi yang suka berbual dengannya,
maka arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Tiba-tiba, ia


ternampak seekor buaya besar sedang berjemur di tebing sungai. Arnab
berasa takut dan tidak berani mendekati buaya itu.

“Hai, arnab. Cantik sungguh gigi kamu! Kalau gigi aku juga begitu
cantik, sudah pasti aku akan menjadi raja di laut ini,” kata buaya itu kepada
arnab. Arnab berasa gembira kerana sudah lama tidak mendengar pujian
begitu. Mulutnya tersenyum lebar.

“Bagaimana kamu menjaga kecantikan gigi kamu itu?” tanya buaya itu
lagi. Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab itu
berkata, “Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan
daging.” Sambil mendengar jawapan arnab, buaya pun merangkak mendekati
arnab itu dengan perlahan.
Apabila sampai di hadapan arnab, buaya itu membuka mulutnya. “
Bolehkah engkau tolong periksakan gigiku? Gigiku sudah banyak yang
rosak,” kata buaya itu lagi.

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa


gigi buaya itu satu demi satu. “ Satu…Dua…..”. Tanpa melengah-lengahkan
masa lagi, buaya terus menutup mulutnya dan menelan arnab itu.

“Tolong…tolong…” masih kedengaran jeritan meminta tolong daripada


arnab, tetapi tiada gunanya. Maka, tamatlah riwayat arnab yang mempunyai
gigi yang cantik tetapi pendek akal itu.

Kawan-kawan, pengajaran yang ingin disampaikan melalui cerita ini


ialah janganlah kita sesekali percaya dan terima kata-kata pujian orang asing.
Selain itu, kita juga haruslah berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.

Izinkan saya mengakhiri cerita saya dengan serangkap pantun.

Orang hulu memalu nobat,


Nobat dipalu kayu berangan;
Fikir dahulu sebelum buat,
Kalau dibuat menyesal jangan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai