Anda di halaman 1dari 2

Arnab dengan Buaya

Salam sejahtera, saya ucapkan kepada Yang Dihormati Tuan Pengerusi


Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta rakan-rakan
yang dikasihi sekalian. Nama saya ___________________, dari SJKC
Chung Hua Batu 4.5 ingin menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk
Arnab dengan Buaya.

Di dalam sebuah hutan terdapat sekawan arnab. Salah seekor


daripada arnab-arnab itu sungguh cantik. Bulunya lebat, lembut dan putih
melepak. Giginya pula tersusun rapi dan putih berseri. Sahabat handai dan
binatang-binatang lain di dalam hutan itu selalu memuji kecantikan gigi
arnab ini.
Kura-kura : Gigi kamu sangat cantik lah!
Monyet : Ya…betul betul….Saya tak ada gigi macam kamu…saya
sangat cemburu dengan gigi kamu…
Arnab : Memanglah..tengoklah siapa.

Akibat pujian dan perhatian ini, semakin hari arnab itu menjadi
semakin sombong. Ia mula berlagak seolah-olah ialah yang tercantik di
dunia ini. Lama-kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri
daripadanya. Oleh kerana tiada sesiapa lagi yang suka berbual
dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.
Zirafah : Sang arnab itu sombong , tak nak bercakap dengan kita
orang ini…

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak


seekor buaya sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak
berani mendekati buaya itu.
Buaya : Hai Arnab, cantik sungguh gigi kamu ! Kalau gigi aku
juga begitu cantik, sudah pasti aku boleh menjadi raja di laut.
Arnab berasa sungguh gembira kerana sudah lama dia tidak mendengar
pujian begitu.
Buaya : Bagaimana engkau menjaga kecantikan gigi kamu?
Arnab berasa bangga dengan pujian itu. Sambil tersenyum, arnab
berkata :
“Engkau mesti banyak makan sayur-sayuran dan jangan makan
daging.”

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya.


Buaya : “Bolehkah engkau tolong periksa gigiku. Gigiku sudah
banyak yang rosak,”

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi
buaya satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup
mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang
mempunyai gigi yang cantik tetapi pendek akal itu. Kawan-kawan
janganlah sesekali percaya cakap-cakap orang lain.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai