Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif

lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Arnab Dengan Buaya”.

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor arnab yang sangat cantik. Giginya
tersusun rapi dan putih berseri. Haiwan-haiwan lain di dalam hutan itu selalu memuji
kecantikan gigi arnab ini.

Akibat pujian ini, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong. Lama-
kelamaan, haiwan-haiwan lain mula menjauhkan diri daripadanya. Oleh sebab tiada
sesiapa lagi yang suka berbual dengannya, arnab itu selalu berjalan sendirian.

Pada suatu hari, arnab itu berjalan di tepi sungai. Ia ternampak seekor buaya
yang sedang berjemur di tebing. Arnab berasa takut dan tidak berani mendekati
buaya itu.

“Hai Arnab, cantik sungguh gigi engkau!” kata buaya itu kepada arnab. Arnab
berasa sungguh gembira kerana sudah lama ia tidak mendengar pujian begitu.

Kemudian, buaya pun mengangakan mulutnya. “Bolehkah engkau tolong periksa


gigiku? Gigiku sudah banyak yang rosak,” kata buaya.

Tanpa berfikir panjang, arnab pun menghampiri buaya lalu memeriksa gigi buaya
satu demi satu. Tanpa berlengah-lengah lagi, buaya terus menutup mulutnya dan
menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi yang cantik
tetapi pendek akal itu.

Demikianlah kawan-kawan, berakhirnya cerita saya pada hari ini. Sekian, terima
kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif
lagi bijaksana, guru-guru yang dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang
akan saya sampaikan pada hari ini ialah “Singa Dengan Arnab”.

Pada suatu pagi, singa terjaga daripada tidur. Ia berasa sangat lapar. Dari
semalam ia tidak makan apa-apa.

Singa pun keluar mencari makanan. Tiba-tiba, ia ternampak seekor arnab keluar
dari lubangnya. Singa menghampiri arnab itu. Kedatangannya tidak disedari oleh arnab.
Singa terus menangkap arnab.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!” jerit arnab.

"Kamu akan menjadi hidangan saya hari ini, hahaha!" kata singa sambil ketawa.

Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu. Arnab dan singa
ternampak rusa itu. Arnab mendapat satu akal untuk melepaskan diri.

"Wahai tuan, jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-
puasnya." kata arnab.

Singa mendengar kata-kata arnab dan berfikir,” Tentulah daging rusa lebih
sedap daripada daging arnab."

Singa pun melepaskan arnab dan mengejar rusa. Rusa terus melarikan diri dengan
pantas. Lama-kelamaan, singa berasa sangat letih. Perutnya juga sakit kerana terlalu
lapar. Ia berasa kecewa kerana tidak dapat menangkap rusa itu. Ia juga menyesal
kerana melepaskan arnab. Disebabkan sikapnya yang tamak, singa tidak berjaya
memperoleh sebarang makanan.

Demikianlah kawan-kawan, berakhirnya cerita saya pada hari ini. Sekian, terima
kasih.
Selamat pagi tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Arnab Dengan Buaya”.

Di dalam sebuah hutan, terdapat seekor arnab yang mempunyai gigi cantik.
Namun, semakin hari arnab itu menjadi semakin sombong.

Pada suatu hari, arnab ternampak seekor buaya.

“Hai Arnab, bolehkah engkau tolong periksa gigiku?” kata buaya sambil
mengangakan mulutnya.

Tanpa berfikir panjang, arnab menghampiri buaya. Buaya terus menutup


mulutnya dan menelan arnab itu. Maka tamatlah riwayat arnab yang mempunyai gigi
yang cantik tetapi pendek akal itu.

Demikianlah cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Selamat pagi tuan pengerusi majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Singa Dengan Arnab”.

Pada suatu pagi, singa berasa sangat lapar. Tiba-tiba, ia ternampak seekor arnab
dan terus menangkapnya.

"Tolong! Tolong! Jangan bunuh saya!” jerit arnab.

Pada ketika itu, seekor rusa sedang melalui kawasan itu.

"Wahai tuan, jika tuan tangkap rusa itu, tentu tuan dapat makan sepuas-
puasnya." kata arnab.

Singa pun melepaskan arnab dan mengejar rusa. Namun, singa gagal menangkap
rusa dan ia terus kelaparan.

Demikianlah cerita saya pada hari ini. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai