Anda di halaman 1dari 1

Petikan di bawah menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan diri di sekolah.

Tulis ulasan tentang cara-cara menjaga keselamatan di sekolah dalam bentuk


perenggan.
Ulasan kamu mestilah antara 40 hingga 70 patah perkataan.

Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di


sekolah.Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di
sekolah?

Pertama sekali, murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah.


Peraturan ini dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu
menghindarkan diri daripada berlari,bertolak-tolakan, atau bergaduh di dalam
bilik darjah.Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan
peralatan semasa mengikuti pembelajaran di bilik khas atau di makmal.
Mereka tidak sepatutnya bermain peralatan yang membahayakan diri sendiri
dan rakan-rakan.

Selain itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak


ansur semasa berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap
tersebut, sudah tentu sesuatu perkara yang tidak diingini akan dapat
dihindari.

Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di


kawasan yang sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid
sepatutnya berada di kawasan yanglebih terbuka seperti pondok bacaan
tapak perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan


diri masing-masing di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai