Anda di halaman 1dari 3

INGANTAN : REKOD KEHADIRAN KAMU DALAM GROUP WHATSAPP ABM.

ABM 24/8 Selasa:

Tugasan I

 Salin petikan Hari Keusahawanan dalam buku latihan kamu.


 Dapatkan maksud perkataan-perkataan yang berwarna merah, buat catatan
dalam buku latihan kamu.
 Baca dan fahamkan petikan ini.

Hari Keusahawanan
            Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru telah mengadakan (1)Hari
Keusahawanan sekolah pada 27 Jun 2018 iaitu pada hari Jumaat yang lepas. Tujuan Hari
Keusahawanan ini diadakan adalah untuk mendedahkan (2)pengalaman mengurus gerai
kepada pelajar di samping dapat menyemai sikap berdikari dan semangat keusahawanan
dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.
      Tepat pada pukul 8.00 pagi, para peserta yang terdiri daripada kalangan pelajar sibuk
menyediakan barangan jualan di khemah-khemah yang telah disediakan (3)manakala pelajar
yang tidak terlibat perlu berada di kelas masing-masing bagi pembelajaran seperti biasa
sehingga tiba waktu rehat. Para peserta kelihatan (4)bersemangat ketika menyediakan
barang-barang jualan di gerai masing-masing. Terdapat pelbagai aneka jualan yang dijual
seperti pelbagai jenis makanan dan minuman berserta buku.
  Makanan dan minuman terdiri daripada pelbagai jenis kuih-muih, nasi ayam, mi,
laksa, air kisar pelbagai perisa dan banyak lagi. Semasa waktu rehat, saya dapati pelajar
yang (5)bertugas di gerai sibuk mempromosikan barang jualan masing-masing supaya
pengunjung bertumpu di gerainya. Gerai yang menjual makanan menjadi tumpuan pelajar
manakala gerai yang menjual pakaian, tudung dan aksesori wanita agak (6)lengang.
         Waktu rehat yang agak panjang membolehkan saya meronda kesemua gerai yang ada
dan melihat (7)gelagat pelajar-pelajar yang lain. Saya juga berkesempatan untuk merasai
pengalaman ngeri setelah masuk ke Rumah Hantu kelolaan Kelab Kebudayaan. Saya sangat
kagum dengan (8)kesungguhan pelajar dan guru yang terlibat kerana berjaya  merealisasikan
Rumah Hantu yang ngeri dan menakutkan.
Sepanjang saya berada di dalam Rumah Hantu, bulu roma saya sentiasa meremang
kerana suasananya sangat menakutkan. Pelajar-pelajar perempuan yang lain tidak hent-henti
menjerit kerana ketakutan namun saya cuba untuk mengawal diri dengan (9)bertenang.
         Pada pukul 3.00 petang, acara Hari Keusahawanan sampai ke penghujungnya.
Sebelum itu, banyak gerai mengadakan jualan penghabisan stok sebelum menutup gerai
masing-masing. Banyak pengunjung (10)berpusu-pusu untuk membeli makanan dan
minuman dengan harga yang murah. Saya sangat gembira dapat membantu pihak sekolah
menjayakan Hari Keusahawanan.
Tugasan II :

Hari Kantin
 Susun perenggan-perenggan berikut dalam urutan yang betul untuk
membentuk sebuah karangan mengenai Hari Kantin.
 Tuliskan karangan ini dalam buku latihan.
1 Kumpulan A menghias gerai-gerai dengan belon dan reben dengan beraneka wama.
Kumpulan B menyusun barang-barang jualan di setiap gerai dengan kemas.
Kumpulan C pula membantu guru menyediakan kupon untuk dijual kepada para
pengunjung. Semua murid malaksanakan tugas yang diamanahkan dengan
bersungguh-sungguh bagai aur dengan tebing.

2 Guru Besar sangat berbesar hati kerana Hari Kantin berjalan dengan lancar. Beliau
mengucapkan terima kasih kepada semua warga sekolah yang menjayakan aktiviti
ini. Kami berasal letih tetapi gembira kerana boleh menyumbang tenaga kepada
pihak sekolah.

3 Pada hari minggu yang lalu, sekolah saya telah mengadakan Hari Kantin. Tujuan
Hari Kantin diadakan adalah untuk mengumpul duit bagi membeli komputer baharu
dan bahan bacaan perpustakaan. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid-
murid.

4 Pada pukul 1.00 petang. Hari Kantin telah berakhir. kami pun mengemas barang-
barang dan membersihkan kawasan kantin. Hari Kantin mendapat sambutan yang
hangat daripada ibu bapa dan murid-murid. Semua barang jualan kami telah habis
dijual.

5 Pada pukul 7.30 pagi kami telah berhimpun di kantin. Guru Penolong Kanan, Cikgu
Azman memberikan taklimat ringkas kepada murid-murid. Kemudian, beliau
membahagikan kami kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan tugas.

6 Kira-kira pada pukul 9.00 pagi, pengunjung berpusu-pusu ke sekolah. Kami melayan
para pengunjung dengan mesra dan berbudi bahasa. Ada murid yang
memperkenalkan barang jualan kepada pengunjung dan ada juga murid yang
menarik perhatian pengunjung dengan promosi "Beli Satu Percuma Satu” dan
cabutan bertuah. Suasana di kantin sekolah meriah sekali.

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling tepat.

[ Keusahawanan , berpengalaman , manakala , bersemangat , bertugas ,


lengang , gelagatnya , bertenang , berpusu-pusu , kesungguhan ]

1. Pelajar-pelajar membuat kerja rumah dan mengulangkaji pelajaran


dengan penuh ……………………….
2. Ramai orang cedera dan hilang ………………… beratus-ratus
orang kehilangan rumah tangga dalam gempa bumi itu.
3. Doktor Lim ialah seorang doktor pakar yang ………………………..
dalam bidang pembedahan jantung.
4. Murid-murid bersorak gembira mendengar ucapan guru silat
mereka yang telah letih tetapi masih ………………………. itu.
5. Cikgu Hisham sekarang ………………… sebagai seorang guru
besar di Sekolah Kebangsaan Tanjung Laboh.
6. Penduduk kampung itu amat ………………….., hanya dua orang
penduduk dalam kawasan satu batu persegi.
7. Kerajaan memperkenalkan kaedah-kaedah baru bagi membantu
mempercepatkan pembangunan pengurusan dan pembangunan
……………………….. di negara ini.
8. Melihat …………………, banjir mungkin akan berlaku jika hujan
tidak berhenti.
9. Pelajar-pelajar harus …………………… semasa menghadapi
peperiksaan.
10. Penumpang-penumpang ……………………… menaiki bas di
stesen bas itu.

Anda mungkin juga menyukai