Anda di halaman 1dari 5

Ujian Pengesanan Satu (UPS) Tahun Enam

Bahasa Melayu Penulisan (012) : Februari 2016

BAHAGIAN A
[10 markah]
[Masa dicadangkan : 15 minit]

Gambar di bawah menunjukkan amalan cara-cara untuk menjadi murid cemerlang.


Tulis lima ayat yang lengkap cara-cara untuk menjadi murid cemerlang berdasarkan gambar.

CARA-CARA UNTUK
MENJADI MURID
CEMERLANG

BAHAGIAN A (MEMINDAHKAN MAKLUMAT)


1 Kita mestilah memberi tumpuan sepenuhnya semasa guru mengajar di dalam kelas.
2 Teknik perbincangan sesama rakan merupakan satu cara pembelajaran yang berkesan.
3 Amalan gemar berkunjung ke pusat sumber sekolah mesti menjadi budaya kepada kita.
4 Bagi mengimbangi kecerdasan dan kecergasan, kita perlu bergiat aktif dalam sukan.
5 Pembelajaran kendiri seperti selalu membuat ulang kaji dapat menjamin kecemerlangan.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Ujian Pengesanan Satu, (UPS) 2016, Tahun Enam : Bahasa Melayu Penulisan (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

Ujian Pengesanan Satu (UPS) Tahun Enam

Bahasa Melayu Penulisan (012) : Februari 2016

BAHAGIAN B
[15 markah]
[Masa dicadangkan : 25 minit]

Gambar di bawah menunjukkan poster produk berasaskan kelapa.


Tulis ulasan tentang produk berasaskan kelapa tersebut dalam bentuk perenggan.
Panjang ulasan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

BAHAGIAN B (MENULIS ULASAN)


Pokok kelapa merupakan pokok serba guna yang memberi banyak manfaat kepada manusia.
Misalnya, batang kelapa dapat dijadikan titi untuk menyeberangi parit, longkang atau anak
sungai. Selain itu, daun kelapa muda pula boleh dijadikan sarung ketupat, manakala lidinya
pula dapat dijadikan penyapu. Seterusnya, air kelapa muda sangat enak dijadikan minuman
sejuk serta baik untuk kesihatan kita. Dalam pada itu, isi kelapa yang sudah matang boleh
diproses untuk dijadikan minyak masak, sabun mandi dan barangan kosmetik. Kesimpulannya,
hampir keseluruhannya daripada pokok kelapa bermanfaat untuk pelbagai kegunaan.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Ujian Pengesanan Satu, (UPS) 2016, Tahun Enam : Bahasa Melayu Penulisan (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

Ujian Pengesanan Satu (UPS) Tahun Enam

Bahasa Melayu Penulisan (012) : Februari 2016

BAHAGIAN C
[25 markah]
[Masa dicadangkan : 35 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.


Panjang karangan kamu hendaklah antara 80 hingga 120 patah perkataan.

Soalan 1
Sempena Bulan Membaca peringkat kebangsaan 2015, satu pameran dan jualan buku telah
diadakan di tempat kamu. Sebagai wartawan majalah sekolah, kamu telah ditugaskan untuk
menulis berita tentang pameran dan jualan buku tersebut.
Tulis berita itu selengkapnya.
ATAU
Soalan 2

Ingin kunyanyikan
Sebuah harapan
Sebagai pesanan
Agar berkesan di hatimu
Wahai anak dunia
Mari kita berdoa
Untuk sebuah dunia
Yang damai sejahtera

Dua rangkap di atas merupakan sebahagian daripada lirik lagu Anak Dunia nyanyian Ruhil.
Lirik tersebut menggambarkan pentingnya penjagaan serta pelindungan yang perlu diberi dan
disediakan kepada kanak-kanak sebagai tanda kasih sayang kita terhadap mereka.
Berdasarkan maksud lirik lagu tersebut. Tuliskan cerita tentang sambutan Hari Kanak-kanak
Sedunia yang diraikan di sekolah kamu.
Tulis karangan kamu itu selengkapnya.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Ujian Pengesanan Satu, (UPS) 2016, Tahun Enam : Bahasa Melayu Penulisan (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

Ujian Pengesanan Satu (UPS) Tahun Enam

Bahasa Melayu Penulisan (012) : Februari 2016

BAHAGIAN C (1) BERITA (KERANGKA)


Format

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

Penutup

tempat peristiwa, tarikh tajuk berita ditulis mesti dinyatakan, tepat, jelas
banyak syarikat buku terlibat pameran, jualan pelbagai buku dipamerkan
objektif pameran pupuk minat membaca membudayakan minat membaca
pertandingan bercerita, melukis terbahagi dua kategori tahap satu, dua
pertandingan melukis hadiah wang tunai, alat tulis sumbangan kedai buku
potongan istimewa sambutan menggalakkan pengurusan memuaskan hati

PAMERAN DAN JUALAN BUKU DI ARENA SQUARE KUALA KANGSAR


KUALA KANGSAR, 21 Mac Pameran dan jualan buku telah bermula pada 20 Mac 2015
bertempat di Arena Square Kuala Kangsar. Pameran dan jualan ini telah dirasmikan oleh Tuan
Haji Abdul Halim bin Haji Hamed, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar. Muridmurid sekolah rendah dan pelajar-pelajar sekolah menengah dari sekitar Kuala Kangsar
dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pelancaran tersebut. Kira-kira dua ribu pengunjung
membanjiri arena square semasa majlis tersebut.
Banyak syarikat buku dan kedai buku telah menyertai pameran dan jualan kali ini.
Pameran dan jualan yang diadakan selama seminggu ini dibuka dari pukul 8:00 pagi hingga
10:30 malam setiap hari. Pelbagai jenis buku cerita, buku rujukan, kamus, ensiklopedia, dan
majalah dipamerkan.
Tujuan pameran dan jualan ini diadakan adalah untuk memberi galakan serta dapat
memupuk minat membaca dalam kalangan murid dan orang ramai. Selain itu, pameran dan
jualan ini merupakan satu daripada langkah untuk merealisasikan program Bulan Membaca
peringkat kebangsaan.
Sempena pameran dan jualan buku ini, pertandingan bercerita dan melukis juga turut
diadakan. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori untuk murid-murid sekolah
rendah. Satu kategori untuk murid-murid tahap satu manakala satu kategori lagi untuk muridmurid tahap dua.
Semua alatan dan kelengkapan bagi menyertai pertandingan bercerita dan peraduan
melukis disediakan bagi oleh pihak penganjur. Pemenang bagi pertandingan ini akan menerima
hadiah berupa wang tunai, buku cerita dan alat tulis. Hadiah disumbangkan oleh syarikatsyarikat buku terkemuka.
Sepanjang pameran dan jualan ini berlangsung, para pembeli diberi potongan harga
istimewa sehingga 70% daripada harga asal. Suasana pameran sungguh meriah. Pameran buku
yang diadakan juga mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai.
Semua pihak berpuas hati dengan promosi hebat serta pengurusan yang efisien pameran dan
jualan buku kali ini.

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Ujian Pengesanan Satu, (UPS) 2016, Tahun Enam : Bahasa Melayu Penulisan (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

Ujian Pengesanan Satu (UPS) Tahun Enam

Bahasa Melayu Penulisan (012) : Februari 2016

BAHAGIAN C (2) CERITA (KERANGKA)

Info

Hari Kanak-kanak Sedunia sungguh meriah berkumpul di dataran kejat

Idea 1
Idea 2
Idea 3
Idea 4

pukul 8:00 pagi gerak ke dewan sekolah duduk, tempat yang disediakan
bermula, bacaan doa ucapan perasmian, Guru Besar kata-kata nasihat
persembahan murid solo, kumpulan pelbagai aksi puisi, boria, dan sketsa
umum Tokoh Kanak-kanak nama tokoh selamatkan murid daripada lemas

Penutup

jamuan ringan, semua murid ditaja oleh guru-guru perasaan amat terharu

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA


Pada hari Rabu yang lepas, saya dan kawan-kawan telah diraikan oleh guru-guru sempena
sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah. Sambutan pada tahun ini sungguh
meriah. Seawal pukul 7:30 pagi lagi, murid-murid sudah mula berkumpul di dataran kejat untuk
mendengar taklimat dan tatacara program sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat
sekolah daripada guru bertugas.
Tepat pada pukul 8:00 pagi. Kami diarahkan bergerak ke dewan sekolah dengan penuh
disiplin mengikut kelas masing-masing. Kami duduk di tempat yang telah disediakan. Semua
guru kelas akan mengawasi murid-murid semasa aktiviti sambutan berlangsung.
Upacara sambutan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Radzuan bin
Kassim bagi memohon restu daripada yang Maha Esa. Seterusnya, ucapan perasmian telah
disempurnakan oleh Tuan Guru Besar. Dalam ucapannya, beliau telah menasihati murid-murid
agar belajar bersungguh-sungguh supaya menjadi insan yang berguna serta dapat memberikan
sumbangan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Acara sambutan ini terus dihangatkan dengan persembahan nyanyian solo dan
berkumpulan oleh murid-murid. Pelbagai aksi dan bakat terpendam ditonjolkan, antaranya
bakat menjadi pembaca berita, pemuisi, persembahan boria dan sketsa. Kelas kami pula
mempersembahkan bicara berirama yang bertajuk Sayangilah Si Kecil.
Kemuncak sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia peringkat sekolah ialah pengumuman
Tokoh Kanak-kanak 2015. Panel pemilihan telah sebulat suara mengisytiharkan Muhammad
Haikal Afifi bin Amar Zorakis dari kelas Enam Wawasan sebagai Tokoh Kanak-kanak 2015.
Muhammad Haikal Afifi telah menyelamatkan dua orang adik-beradik daripada lemas di bawa
arus banjir di Kampung Gajah.
Program diakhiri dengan jamuan nasi beriani gam. Saya difahamkan, jamuan istimewa
ini ditaja oleh guru-guru sekolah kami. Saya dan rakan-rakan sangat terharu dengan sikap
pemurah guru-guru. Sambutan hari ini merupakan sambutan terakhir yang kami raikan pada
peringkat sekolah rendah..

Merealisasikan Pencapaian Akademik (MSA) Ujian Pengesanan Satu, (UPS) 2016, Tahun Enam : Bahasa Melayu Penulisan (012)
Disediakan Oleh Panel Penggubal Pentaksiran Berasaskan Sekolah, Panitia Bahasa Melayu, SK Kampong Bahagia, Teluk Intan, Perak

Anda mungkin juga menyukai