Anda di halaman 1dari 15

Bahasa Melayu: Tahun 4

Kata
Hubung
KATA HUBUNG

Digunakan untuk
menghubungkan

Kata Frasa Ayat


dengan dengan dengan
kata frasa ayat
Kata Hubung
Gabungan
• Digunakan untuk menggabungkan
kata, frasa, atau ayat yang setaraf
kedudukannya.
- Objek dengan objek
- Subjek dengan subjek
Kata Hubung Contoh
Gabungan
1. dan Leela dan Siu Lan berjiran.

2. atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk


ke sana.

3. serta Zahid serta abangnya menonton wayang.

4. lalu Burung itu terbang lalu hinggap di dahan


pohon.

5. kemudian Botol-botol itu dikumpulkan, kemudian


dimasukkan ke dalam karung.
Kata Hubung Contoh
Gabungan
6. sambil Zalifah bernyanyi sambil menari.

7. tetapi/namun Badannya besar tetapi penakut.

8. manakala Dia duduk dengan sedih, manakala


anaknya bermain dengan gembira.

9. malahan Usahkan menegur, malahan bercakap


pun tidak diizinkan.

10. kecuali Semua murid hadir kecuali Gopal.


Kata Hubung Pancangan
• Digunakan untuk menggabungkan ayat kecil pada
ayat induk.
• Ayat kecil – ayat yang memerlukan ayat lain untuk
membantunya menjadi ayat yang lengkap.
• Ayat induk – ayat yang sempurna maksudnya.
– Contoh: Budak itu anak Pak Mat. (Ayat induk)
berpakaian comot. (Ayat kecil)
Kata Hubung Contoh
Pancangan
1. yang Gadis yang cantik itu kakak saya.

2. bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya


(that…) itu benar.

3. agar / supaya Kita harus belajar bersungguh-sungguh


supaya menjadi pandai.

4. kerana Aini menangis kerana terlalu sedih.

5. sementara / Berusahalah sekuat mungkin


tatkala sementara badan masih sihat.
Kata Hubung Pancangan Contoh
7. setelah Saya membuat kerja rumah setelah balik
dari sekolah.

8. sebelum Saya mencuci tangan sebelum bersarapan.

9. walaupun / Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja


sungguhpun / itu.
meskipun / kendatipun

10. jika / jikalau / Jikalau saya kaya, saya akan membina


kalau / sekiranya rumah kebajikan.

11. hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut


malam.

12. semenjak / sejak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.


Kata Hubung Berpasangan

• Digunakan untuk menghubungkan dua


ayat yang lengkap untuk membentuk
Kata Hubung Berpasangan.
Kata Hubung Berpasangan Contoh

1. baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan


sama-sama bergotong royong
membersihkan balai raya itu.

2. bukan sahaja…bahkan juga / Fuad bukan sahaja nakal malah


bukan sahaja…tetapi / suka ponteng sekolah.
bukan sahaja…malah

3. entah…entah Jangan lekas percaya akan


janjinya, entah betul entah tidak.

4. kian…kian / makin…makin / Kian lama kian banyak orang


semakin…semakin yang ke sana.
Kata Hubung Berpasangan Contoh

5. sedangkan… inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki


olehnya, inikan pula Bukit Larut.

6. sama ada…atau Guru Besar meminta sama ada bapa


atau ibu murid hadir ke sekolah.

7. daripada…lebih baik Daripada membuang masa di sini, lebih


baik kami pergi ke perpustakaan.

8. sungguhpun…tetapi / Sungguhpun badannya gemuk, tetapi


walaupun...namun dia kuat berlari.

9. jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun


dia tidak ada.
Latihan
• Shazana dan kawan-kawannya masih juga mengulang
kaji pelajaran _______ larut malam.
• Idzwan _____ Geno sedang bermain badminton di
gelanggang sekolah.
• ______ Encik Muddathir seorang yang kaya, dia
seorang yang pemurah.
• Afiq tidak tahu jika bas yang dinaikinya itu betul _____
salah.
Atau Walaupun Dan
Latihan

• Adik Zakky sedang bernyanyi _______ menari di ruang


tamu.
• Fatin sedang mencuci pakaian _____ kakaknya asyik
mendengar radio.
• Luqman menanggalkan kasutnya ______ naik ke
rumah Pak Zulafandi.

Tetapi Lalu Sementara Sambil


Terima
kasih
Jumpa Lagi!

Anda mungkin juga menyukai