Anda di halaman 1dari 4

KATA HUBUNG

Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:

1. Kata hubung gabungan

2. Kata hubung pancangan

o Kata hubung pancangan relatif

o Kata hubung pancangan komplemen

o Kata hubung pancangan keterangan

3. Kata hubung pasangan.

1. Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya.

Kata hubung gabungan Contoh


Atau Saya hendak makan mee atau nasi lemak
Dan Saya dan adik bermain di taman
Lalu Dia masuk ke bilik lalu menyalin pakaian
Lantas Saya bangun malas dan lantas ke dapur
Sambil Bapa mendengar radio sambil membaca surat khabar
Maka Apabila melihat polis telah pergi semuamaka dia pn
keluarlah
Serta Ali, Abu serta Ahmad tidak hadir ke sekolah
Tetapi Saya rajin tetapi saya tidak pandai belajar
Sebab Ali sedih sebab kucingnya belum pulang lagi
Kalau Kamu akan dipenjara kalau melakukan kesalahan
Supaya Kita harus mandi selalu supaya kelihatan bersih
Kemudian Sila baca soalan kemudian mula menjawab
Malahan Saya disini baik sahaja malahan kamu
bahkan Bahkan kamu menang saya, saya akan berusaha
lebih kuat lagi

2. Kata hubung pancangan

i. Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil). Hubungan ini
menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

 Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.

 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.

 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.


KATA HUBUNG
ii. Kata hubung pancangan komplemen

Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa utama. (Komplemen
bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung
yang berperanan begitu ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.

 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.

 Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.

iii. Kata hubung pancangan keterangan

Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada klausa utama.

Contoh ayat:

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat

 Saya berkawan dengannya semenjak kecil

Contoh-contoh lain ayat kata hubung pancangan :

Kata hubung pancangan Contoh

Agar Saya berharap agarkamu dapat dating

Apabila Saya terkejut apabila mendengar berita itu

Bahawa Saya yakin bahawa cerita kamu adalah benar

Biarpun Biarpun dia mengatakan saya, saya tetap betul dalam


hal ini

Hingga Saya belajar hingga ke peringkat universiti

Jika Jika kamu larang saya, kamu akan terima padahnya

Kecuali Jawab semua soalan kecuali soalan dua

Kerana Dia sakit hati kerana kenakalan anaknya

Ketika Ketika menunggu kamu, saya hampir tertidur

Lantaran Lantaran kes ini, saya rasa Ali bersalah

Manakala Saya membaca buku manakala adik sedang bermain

Meskipun Dia berasa mengantuk meskipun malam itu baru pukul


lapan

Sebelum Sebelum melintas jalan raya, pelajar itu melihat ke kiri


KATA HUBUNG
dan ke kanan dahulu

Sejak Sejak dia berpindah rumah, perangainya sudah


berubah

Sehingga Kamu hendaklah menyiapkan kerja


sekolahsehingga habis

Sekiranya Sekiranya dia dating, berikan nota ini kepadanya

Selagi / seraya Selagi/Seraya ayah tidur, jangan buat bising

Semenjak Semenjak kematian ibubapanya, kehidupan dia tidak


teratur

Sementara Dia bekerja sambilan sementaramenunggu keputusan


SPM

Setelah Setelah kerja sekolah siap, kamu pergi mandi dahulu

Selama Selama ini saya mencari kamu

Tatkala Tatkala itu anak miskin itu pun masuklah

Walaupun Walaupun letih, diselesaikannya juga kerja itu

Sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari

Yang Saya adalah seorang pelajar yangcemerlang

Jikalau Jikalau kamu pergi, saya pun akan pergi juga

Andai Andai kata, kamu yang merosakkan pintu itu

Untuk Saya berbuat begitu untuk kebaikkan kamu

*3. Kata hubung berpasangan

Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan kata hubung pancangan dan
kata hubung gabungan.

Kata hubung berpasangan Contoh

Baik…ataupun Baik kamu mengaku ataupun kamu dipukul

Baik…baik Baik Ali baik adiknya samasama pintar.

Baik…mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama


bergotong royong membersihkan balai raya itu.

Bukan saja…bahkan juga Ali bukan saja nakal bahkan juga selalu ponteng


sekolah
KATA HUBUNG
Bahkan saha…tetapi juga Ali bukan saja nakal tetapi juga pandai belajar

Jangankan…pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pundia tak ada.

Sedangkan…apatah lagi Sedangkan dia seorang yang malasapatah lagi adiknya

Semakin…semakin Encik Ali semakin kaya semakinpemurah

Sungguhpun…namun Sungguhpun dia rajin belajar namunpeperiksaannya


tetap gagal

Sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari

walaupun...namun Walaupun dia buta namun dia tetap gigih berusaha

sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan


pula Bukit Larut

Sama ada…ataupun Guru Besar meminta sama ada bapaataupun ibu


murid hadir ke Sekolah

Kian…kian Kian lama kian banyak orang ke sana

Entah…entah Khabar anghin itu entah betul entah tidak

Bukan…sahaja malah Ali bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.

Anda mungkin juga menyukai