Anda di halaman 1dari 1

Latihan Ulang Kaji-Kata Ganda

Pilih jawapan yang sesuai

1) Siti tidak dapat makan makanan pedas kerana (lelangit, gegendang) sakit.

2) Air takungan di belakang rumah itu dipenuhi dengan (dedaun, bebola).

3) Rumah usang di hujung taman itu dipenuhi dengan sarang (lelabah,kekabu).

4) Kaki adik saya luka kerana tersangkut pada (jejari, kekisi) basikal.

5) Emak membuat bantal daripada (kekuda, kekabu) yang telah digugur di

halaman rumah.

6) Buku yang dimiliki oleh Kok Seng(keras-keras, tebal-tebal) belaka.

7) Badan saya (lembik-lembik, carik-carik) setelah mendaki Gunung Kinabalu yang tinggi itu.

8) Harga telefon bimbit itu masih tidak (turun-turun, laris-laris) walaupun telah lama berada di pasaran.

9) Buah-buahan mengandungi (zat-zat, ciri-ciri) yang penting kepada tubuh badan kita.

10) Saya berasa pening kepala apabila melalui jalan yang (bengkang-bengkok , batu-batan )itu.

11) Kaki Bali (lekuk-kekak, calar-balar) oleh kesan cakaran kucing peliharaannya.

12) Encik Lokman mengawasi anak-anaknya yang sedang asyik (mandi-manda, kacau-bilau) di pantai itu.

13) Puan Rina menjual (segar-bugar, sayur-mayur) di pasar tani dan pasar malam.

14) Rambut abang (kusut-masai, kelam-kabut) ketika bangun pagi.

15) kakak menghidangkan (kuih-muih, batu-batan) kepada tetamu.

Anda mungkin juga menyukai