Anda di halaman 1dari 3

ZONFINITI

Pantun Teka-Teki Dan


Jawapan
Saturday, December 05, 2009
Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Jawapan: Mancis

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki;
Sangat berguna waktu hujan,
Apakah dia yang dimaksudkan ini.

Jawapan: Baju Hujan

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Jawapan: Buah Hati

Budak-budak ramai di pekan
Hari raya membakar petas
Kalau adik pandai kiasan
Apakah buah gugur ke atas?

Jawapan: Buah Melaka

Tinggi duduk di atas sekali,
Bukan bulan bukan matahari;
Bila malam ia berseri,
Bila siang ia berganti.

Jawapan: Bintang

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Jawapan: Kasut Bertali

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan: Ular Dan Katak

Pergi umrah setiap tahun,
Moga sentiasa murah rezeki
Dalam batang ada daun,
Dalam daun ada isi?

Jawapan: Lemang

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.

Jawapan: Belon

Mulut manis hati nak baik,
Itulah amalan turun temurun;
Benda apa yang akan naik,
Apabila saja hujan turun.

Jawapan : Payung

Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Jawapan: Mayat

Hidup aman di dalam kota,
Ada pemimpin bernama raja;
Buruh-buruh rajin bekerja,
Askar bertugas setiap masa.

Jawapan: Anai-anai/Semut

Koleksi Teka-Teki

Banyak-banyak kereta, kerata apa yang
pemandunya memandu dari belakang? (
kereta sorong)

Burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier
kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun
kat kaki?(burung kena pijak)

Antara kapal & duit sepuluh sen mana lebih
berat? ( duit sepuluh sen bila masuk dalam
air tenggelam)

Dilihat keras di pegang cair? (air batu)

Kalau makan isi, buang kulit. Kalau makan
kulit, buang apa? ( buang tebiat)

Banyak kuih, kuih apa yang bukan kuih?
(kueh teow)

Apa dia, 3 pasang - 2 kaki, 2 pasang - 1 kaki
(kereta manual & otomatik)

Banyak rumah, rumah apa tinag dia kat
atas? (kubur)

Buah apa yang gantung tak berdahan tapi
bila pegang waktu panas ia melekat (buah
melaka belum gaul kelapa )

Dalam dunia ni kan haiwan apa yang paling
miskin, dihina dan dicerca....sian dia (
AYAM yelah sebab kalau nak makan dia kais
pagi makan pagi, kais petang makan petang,
dah tu peribahasa pun ada kata, org yang tak
pakai selipar/kasut/alas kaki tu ber'kaki
ayam' alamak ayam lagi yang kena..kesian
dier..)

Ahmad bin Abu, kambing bin apa? (
Binatang)

Ada 2 ekor anjing wat lumba renang, yang
sekor menang tapi yang sekor lagi mati
lemas. Kenapa? ( 1- anjing laut, 1- anjing
biasa)

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2013
/10/koleksi-teka-teki-dan-jawapan-teka-
teki.html#ixzz36RecxbZe
Sila baca lagi
di http://zonfiniti.blogspot.com





















Masa yang diberi 1 soalan 1.02 saat sahaja.
Jawab secara Pantas dan Spontan. Fokus
Jawab spontan, jangan banyak fikir
Baca satu demi satu
Concentrate
Permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?
Yang jawab susu konsentrasi anda
terganggu. Sebab lembu minum air.
1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?
Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda
terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.
1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
4. Harimau makanannya apa ?
Yang jawab rumput itu salah. Sebab
harimau makan daging.



Sumber: http://www.spongebobtercekik.com
/kuiz-menguji-daya-fokus#ixzz36RhWB1Tb


Masa yang diberi 1 soalan 1.02 saat sahaja.
Jawab secara Pantas dan Spontan. Fokus
Jawab spontan, jangan banyak fikir
Baca satu demi satu
Concentrate
Permainan konsentrasi warna :
1. Kertas A4 apa warna dia ?
2. Asap warna dia ?
3. Tisu warna dia apa ?
4. Lembu minum apa ?
Yang jawab susu konsentrasi anda
terganggu. Sebab lembu minum air.
1. Rambut anda warna apa ?
2. Tulisan ini warnanya apa ?
3. Jalan raya warnanya apa ?
4. Kelawar tidurnya bila ?
Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda
terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.
1. Warna cendol apa ?
2. Daun kelapa warnanya apa ?
3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?
4. Harimau makanannya apa ?
Yang jawab rumput itu salah. Sebab
harimau makan daging.

Anda mungkin juga menyukai