Anda di halaman 1dari 15

SK PEREMPUAN METHODIST ,

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN,

31300,

IPOH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA

“ PELESTARIAN AEROBIK MENJANA KECERGASAN “

9
IPG KAMPUS ILMU KHAS

Disediakan oleh,

UNIT KOKURIKULUM
SK PEREMPUAN METHODIST
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA
SK PEREMPUAN METHODIST
SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN
______________________________________________________________________

1.0 TUJUAN/RASIONAL

Kertas kerja dikemukakan bagi mendapatkan persetujuan dan pengesahan daripada


pihak JPN/PPD bagi menjalankan Pertandingan Senamrobik Terbuka Peringkat Negeri
bagi tahun 2019..

2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG

Pertandingan Senamrobik Terbuka peringkat Negeri merupakan salah satu tugasan


yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan
dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan
pengurusan pertandingan sukan membantu guru merancang sesuatu pertandingan
dengan baik dan lebih bersistematik.

Senamrobik merupakan salah satu aktiviti fizikal yang tidak asing lagi bagi murid-murid
sekolah mahupun masyarakat luar. Malah, senamrobik menjadi salah satu aktiviti fizikal
ataupun aktiviti senaman yang digemari. Hal ini kerana, senaman yang diiringi dengan
muzik mewujudkan suasana yang seronok dan santai ketika melakukan aktiviti fizikal.
Senamrobik yang meliputi pelbagai jenis pergerakan dapat menyihatkan tubuh badan
dan menggalakkan masyarakat untuk melakukan senaman.

3.0 MISI

Melahirkan generasi muda yang sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dalam
kehidupan seharian.
4.0 MATLAMAT

4.1 Membentuk dan melahirkan murid yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.2 Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang


senamrobik yang betul.

4.3 Melahirkan murid yang dapat menjana idea secara kreatif dalam
menghasilkan pergerakan yang kreatif di dalam pertandingan senamrobik.

4.4 Melahirkan murid-murid yang dapat mengadaptasi pengalaman kehidupan


dalam pelbagai konteks melalui pembelajaran secara menyeluruh.

4.5 Membentuk hubungan sosial yang utuh dalam kalangan peserta.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Guru dapat mengelola dan mengurus sesuatu pertandingan senamrobik


dengan baik dan sistematik.
5.2 Meningkatkan kemahiran interpersonal murid dengan pihak-pihak tertentu
dalam situasi yang pelbagai semasa Pertandingan Senamrobik Terbuka
peringkat negeri.
5.3 Menguji tahap kreativiti dan koordinasi dalam kalangan murid semasa
membuat persembahan senamrobik
5.4 Meningkatkan kecergasan psikomotor, fizikal dan mental dalam kalangan
peserta
5.5 Meningkatkan kemahiran interpersonal dalam kalangan peserta

6.0 TEMA

“ Pelestarian Aerobik Menjana Kecergasan “

7.0 ANJURAN DAN ORGANISASI

Unit Kokurikulum SK Perempuan Methodist Ipoh


8.0 TARIKH DAN MASA

Pertandingan ini akan dilaksanakan seperti butiran berikut :

Nama Pertandingan : Pertandingan Senamrobik Terbuka 2019


Tarikh :
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari

9.0 TEMPAT PROGRAM

Tempat Pertandingan : Dewan SK Perempuan Methodist

10.0 TENTATIF PROGRAM

(Rujuk Lampiran C)

11.0 ANGGARAN BELANJAWAN

Anggaran Perbelanjaan

Bil Perkara Kos (RM) Bilangan Jumlah (RM)


1. Banner RM50 1 RM50

2. Hadiah
i. Medal (Johan) RM 200 1 RM200
ii. Medal (Naib Johan) RM 150 1 RM150
iii. Medal ( Ketiga) RM 100 1 RM100

3. Jamuan & makanan RM129 (RM3 x 43) RM129

4. Persiapan Tempat
- Belon RM50 1 RM50
- Benang RM 10 1 RM10

5. Bajet luar jangka RM50 RM50


Jumlah RM739

12.0 PENUTUP

Oleh itu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pertandingan Senamrobik Terbuka SK


Perempuan Methodist Ipoh memohon Pihak JPN/PPD untuk mempertimbangkan dan
meluluskan Pertandingan Senamrobik Terbuka 2019. Diharapkan agar apa yang
dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Oleh itu, kerjasama
daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

(SHARIFAH RADIAH BT MAT YA)


Setiausaha,
Pertandingan Senamrobik Terbuka,
SK Perempuan Methodist Ipoh

Disemak oleh,

(SALMAH BT MAT RASHID)


Penolong Kanan Kokurikulum,
Pertandingan Senamrobik Terbuka,
SK Perempuan Methodist Ipoh

Disahkan oleh,

(PEGGY WONG)
Guru Besar,
SK Perempuan Methodist,
Ipoh

LAMPIRAN A
LAMPIRAN B

SUSUN ATUR TEMPAT PERTANDINGAN

PENTAS DEWAN MGPS


BARISAN HAKIM
LAMPIRAN C

TENTATIF PROGRAM

7.30 TETAMU
Pagi : VIP
Pendaftaran Peserta

8.30 Pagi : Ketibaan Ketua Jabatan Sains Sukan

8.45 Pagi : Ucapan Perasmian oleh Ketua Jabatan Sains Sukan

9.00 Pagi : Pertandingan bermula


PESERTA
10.30 Pagi : Penyampaian Hadiah

10.45 Pagi : Jamuan VIP

11.00 Pagi : Bersurai PESERTA

PENONTON

7.30 Pagi : Pendaftaran Peserta

8.30 Pagi : Ketibaan Tetamu Jemputan

8.45 Pagi : Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG

9.00 Pagi : Pertandingan bermula LAMPIRAN C


10.30 Pagi : PenyampaianTENTATIF
Hadiah PROGRAM

10.45 Pagi : Jamuan VIP

11.00 Pagi : Bersurai


LAMPIRAN D

SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA 2019

Tujuan
1. Untuk mencungkil bakat dan kemahiran dalam senamrobik dalam kalangan pelajar
2. Untuk membentuk beberapa pasukan senamrobik dalam kalangan pelajar
3. Untuk mempromosikan gaya hidup sihat melalui aktiviti senamrobik

Syarat dan Peraturan

1. Tertakluk kepada pihak penganjur.


2. Terdiri daripada 8 hingga 10 orang peserta yang mana terdiri daripada ahli lelaki sahaja,
perempuan sahaja atau campuran.
3. Terbuka hanya kepada sekolah yang menyertai /ditawarkan .
4. Penyertaan setiap ahli kumpulan boleh berbeza sama ada dari segi umur dan
pengkhususan.
5. Jangkamasa / tempoh persembahan ditetapkan selama 5 minit dengan toleransi 7 saat
lebih dan kurang. (warming up dan cool down tidak dikira)
6. Pakaian sukan yang bersesuaian dan mengikuti nilai-nilai norma etika berpakaian .

Elemen-elemen pergerakan yang WAJIB dalam persembahan.


a. Jog
b. March
c. Skip
d. Knee lift 4 kali
e. Lunge 4 kali
f. High leg kick 4 kali
g. Imbangan skala depan 2 saat
h. Star jump 4 kali

7. Bayaran bagi setiap kumpulan ialah RM 100


8. Pendaftaran pertandingan perlu dilakukan di meja urusetia pada hari pertandingan 30
minit sebelum jam 8.30 pagi.
9. Kumpulan yang gagal mendaftarkan penyertaan sebelum jam 8.30 pagi TIDAK akan
dilayan.
10. Borang penyertaan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 08.10 2019.
11. Serahkan cd muzik atau thumbdrive 2 hari sebelum hari pertandingan/ hari kejadian
12. Satu atau gabungan lagu boleh digunakan. Muzik asal ( original song / music)
dibenarkan.
13. Penyertaan akan dibatalkan serta merta sekiranya kumpulan tersebut menyerahkan cd
muzik atau thumbdrive yang gagal berfungsi pada hari pertandingan.
14. Borang beserta bayaran penyertaan perlu diserahkan kepada :
i. Sharifah Radiah bt Mat Ya
15. Keputusan juri adalah muktamad.

LAMPIRAN E

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN AEROBIK TERBUKA
SK PEREMPUAN METHODIST IPOH

Nama Kumpulan : ______________________________________

Nama Ketua : _________________________________


Bil Nama Peserta No. Kad Pengenalan Kelas No. Telefon

 Perlu diserahkan SEBELUM 8/10/2019 kepada :

Pihak penganjur

LAMPIRAN F

BORANG MARKAH HAKIM PERGERAKAN WAJIB


PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA 2019
ANJURAN SK PEREMPUAN METHODIST,IPOH

Nama Kumpulan : ____________________


Markah 1 2 3 4 5 Catatan
Jenis
Pergerakan

Jog

Skip

March

Knee Lift

Lunges

High Leg Kick

Imbangan Skala Depan

Star Jump

Jumlah Markah 40

Nama Hakim : Tandatangan : Tarikh :

LAMPIRAN F

BORANG MARKAH HAKIM ARTISTIK


PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA 2019
SK PEREMPUAN METHODIST,IPOH

Nama Kumpulan : ____________________


Markah 1 2 3 4 5 Catatan
Jenis
Artistik

Muzik

Kerjasama Pasukan

Variasi (Kepelbagaian Gaya)

Tarikan Gaya Persembahan

Kawasan

Pembukaan & Penutup

Jumlah Markah
30

Nama Hakim : Tandatangan : Tarikh :

LAMPIRAN F

BORANG MARKAH HAKIM PELAKSANA


PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA
SK PEREMPUAN METHODIST,IPOH

Nama Kumpulan : ____________________


Markah 1 2 3 4 5 Catatan
Pembahagian

Koordinasi

Intensiti
(Kepantasan, Penahanan,
Pelbagai pergerakan otot)

Kemahiran Teknikal
(Koreografi, Ketepatan
Pergerakan, Kawalan,
Keseimbangan)

Keseragaman

Jumlah Markah 30

Nama Hakim : Tandatangan : Tarikh :

LAMPIRAN G

JADUAL PERTANDINGAN SENAMROBIK TERBUKA


ANJURAN SK PEREMPUAN METHODIST
NAMA SEKOLAH GILIRAN PERSEMBAHAN

SK BANEDICT CONVENT 1

MGS 2

SK SUNGAI SIPUT 3

SK SERI ISKANDAR 4

SK JELAPANG 5

SK CATOR AVENUE 6

RPS 7

SK CONVENT 8

SK TARCISION CONVENT 9

Anda mungkin juga menyukai