Anda di halaman 1dari 2

PESTA RIA KUMPUL DANA PEMBANGUNAN SEKOLAH

PENDAHULUAN

Sebagai sekolah bantuan Modal, SK Perempuan Methodist, Ipoh (MGS) perlu mengambil
daya usaha tambahan untuk mengumpul dana pembiayaan projek kemudahan dan
pembangunan sekolah bagi menyediakan persekitaran pembelajaran terbaik kepada pelajar.
Demikian juga keselesaan yang dinikmati oleh seluruh warga sekolah akan dipulangkan
dalam bentuk kecemerlangan dan keberkesanan sekolah bagi menolong pelajar menuju ke
puncak jaya dalam kehidupan mereka. Maka, untuk mencapai tujuan tersebut MGS
menganjurkan projek skala besar , iaitu pesta ria yang merangkumi aktivit jualan , permainan
dan pertandingan.

2. MATLAMAT
Meneruskan tradisi dukungan masyarakat terhadap kecemerlangan sekolah

3. OBJEKTIF
3.1 Memperoleh jualan kupon sebanyak RM 150.000
3.2 Mendapatkan derma,tajaan dan sumbangan individu dan organisasi
3.3 Mengisi acara bagi mencari dana untuk mengisi infrastuktur bangunan sekolah
baharu.

4. KONSEP
Menyumbang sambil bersuka ria

5. TEMA
“Menjejak Kegemilangan Silam, Menakluk Masa Hadapan”
(Cherishing Our Past,Embrace the Future)

6. PELAKSANAAN
 Tarikh: 13 Oktober 2018 (Sabtu)
 Masa: 8.00 pagi hingga 3.00 petang
7. TEMPAT
 Tempat : Dewan Sekolah/padang SMK (P) Methodist,Ipoh/ bilik – bilik darjah
8. SASARAN KUTIPAN
8.1 Jualan Kupon : RM150,000
8.2 Derma,sumbangan ,tajaan: RM 150,000

9. AKTIVITI
9.1 Jualan gerai: makanan,permainan,cenderamata
9.2 Pertandingan muzikal

10 PENYERTAAN
10.1 Warga MGS: Guru , Pelajar, Kakitangan
10.2 PIBG
10.3 Persatuan Bekas Pelajar
10.4 Media :Cetak ,elektronik, maya
10.5 Orang ramai/masyarakat

PENUTUP
Selama 121 tahun ini, MGS tegak berdiri dengan megah hasil dukungan dn sokongan masyarakat dan
kerajaan. Kini,MGS melangkah masuk keabad yang kedua penubuhannya dangan harapan dan
impian yang sama. Sesungguhnya sumbangan semua pihak kearah menjayakan Pesta Ria MGS bakal
menjadi bekalan yang paling berharga bagai membawa MGS ke mercu yang lebih tinggi dari segi
kecemerlangan dan kejayaan pendidikan generasi muda kita.

Anda mungkin juga menyukai