Anda di halaman 1dari 5

MINGGU BHASA MELAYU & KEM MEMBACA 1 MALAYSIA PERINGKAT SKTB 2010

Bismillah hirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Salam 1 malaysia

Yg Berusaha Pn Zainab Bt Hj Hussin


GB SK Tmn Bersatu

Yg Berusaha En Zailan B Khalid


PK Pentadbiran

Yg Berusaha Pn Hjh Norizan Bt Madzlan


Pk HEM

Yh Berusaha Pn Shamsiah Bt Abd Kadir


PK Kokurikulum

Yg dihormati lagi disanjungi barisan guru-guru


Sekolah kebangsaan taman bersatu

Rakan-rakan seperjuangan serta sidang hadirin sekalian

Mari menjahit kain perca


Buat mengelap air yang tumpah
Minggu bahasa dan kem membaca
Di Dataran Bersatu disambut meriah

Untuk mahluman hadirin sekalian pada hari ini, bertempat di dataran Bersatu
Kita seisi warga sekolah berkumpul bagi menjayakan 2 program yang sangat penting
Dalam membina tamadun bangsa dan keutuhan negara
Minggu bahasa melayu dan kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb taman bersatu
Diadakan bagi memastikan kita menjadi bangsa yang berbangga
dengan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu
dan menjadikan buku sebagai taulan sepanjang masa.
Justeru izinkan saya _________________
Dan rakan saya ______________________
Mengendalikan majlis yang gemilang ini

Buah cempedak di luar pagar


Ambil galah tolong jolokkan
Kami pengacara baharu nak belajar
Silap dan salah mohon tunjukkan

Hendak mengongket emas benangnya


Hendak menganyaman mengkuang daunnya
Hendakkan majlis berkat jadinya
Tadah tangan, pohonlah dari yang esa.

Bagi memohon berkat dan rahmat dari ilhai, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Saudara Zulhalmizan Bin Zulfadzli utk mengetua bacaan doa, dipersilakan

///

Majlis merakamkan ucapan jazakallahu khairan jaza semoga permohonan dan hasrat kita tadi
segera mendapat sapaan dari ilahi.

Guru-guru yang dihormati


Rakan-rakan yang dikasihi
serta sekalian hadirin yang dirahmati
sesungguhnya majlis perhimpunan pada pagi ini merupakan majlis perhimpunan khas yang
diadakan bagi menandai kepentingan berbahasa dan membaca dalam kalangan seluruh
masyarakat. Bukan sekadar berbahasa basi tetapi berbahasa dengan tata dan citra yang
murni mencerminkan jiwa subur dan berbudi
serta menjadikan amalan membaca sebagai amalan untuk berhibur.
Menghiburkan hati di kala duka,
Menambah ilmu penyubur jiwa
Bagi membuka majlis pada pagi ini
Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yg berusaha en s.samprizal b selamat
Ketua paniti bahasa melayu merangkap penyelaras
Program minggu bahasa melayu dan kem mambaca 1 malaysia peringkat sk taman bersatu
Untuk mengampaikan ucapan alu-aluan

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

//////////////ucapan penyelaras//////

Nila bukan sebarang nila


Nila biru penyeri selendang
Gila bukan sebarang gila
Gila buku tanda insan gemilang

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada yg berusaha en s.samprizal b selamat yg telah
menyampaikan ucapan sebentar tadi

Anggun sungguh tampak bergaya


Berbaju samar nampak ceria
Zainab hussin guru besar kita
Majlis persila sampaikan bicara

Seterusnya, majlis mempersilakan yg berusaha puan zainab bt hj hussin


Guru besar sekolah kebangsaan taman bersatu
Untuk tampil bagi menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Minggu bahasa melayu dan kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb taman bersatu 2010
Dengan segala hormatnya dipersilakan

///////////////// ucapan gb ////////////////

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada


Yg berusaha pn zainab bt hj hussin, guru besar sk tmn bersatu
Yg telah menyampaikan ucapan perasmian dan pelancaran
Minggu bahasa melayu dan kem membaca 1 malaysia sebentar tadi
Kalau zaman silam perutusan penting yg dibawa
Perlu diraikan oleh para bentara dan laksamana
Perarakan yang menandai pentingnya sesuatu warita
Perarakan yang memaksudkan tingginya cita-cita

Bagi mencapai maksud majlis pada pagi ini


Majlis menjemput en s.samprizal b selamat
Ketua panitia bahasa melayu selaku penyelaras
Minggu bahasa melayu dan kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb taman bersatu 2010
Untuk menjemput dan mengiringi
Yg berusaha puan zainab bt hj hussin
Guru besar sek keb taman bersatu
Ke pentas utama bagi menerima dan menandatangai
Warkah rasaksa, buku gergasi daripada para bentara dan laksamana
Sebagai simbolik kepada penyempurnaan pelancaran program pada hari ini
Dipersilakan

///////////// bentara membawa warkah rasaksa guru besar tandatangan //////

Seterusnya dipersilakan pula puan zainab bt hj hussin


Guru besar sek keb tmn bersatu
Untuk memotong reben bagi menaikkan banting minggu bahasa melayu dan
Kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb tmn bersatu 2010

Majlis mengucapkan lautan terima kasih gan gunungan penghargaan kepada


Yg berusaha puan zainab bt hj hussin yg telah menyempurnakan
majlis pelancaran dan perasmian program
Minggu bahasa melayu dan kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb taman bersatu 2010

////////////////// /////

Acara seterusnya ialah beberapa persembahan dari murid-murid sekolah yang akan
menunjukkan kebolehan mereka dalam bidang bahasa dan membaca

Saksikan persembahan pertama


Bacaan mekanis dari wakil murid prasekolah (nama )_______________________
Dipersilakan.
Mewakili murid tahun 1 dipersilakan saudara/saudari ______________________
Untuk membaca lancar.

Dipersilakan saudara/saudari ______________________________ dari tahun 2


Untuk mendeklamasikan sajak yang bertajuk _________________________.

Kita dengarkan pula rangkapan pantun melayu tradisi dari murid tahun 3.
Dipersilakan saudara/saudari _______________________________________

Lambang orang banyak membaca ialah ulasan bukunya.


Majlis menjemput saudara/saudari _____________________________________
Dari tahun 4 untuk menyampaikan sinopsis cerita haiwan
yang bertajuk ________________

antara puisi melayu tradisi yang paling sukar disampaikan ialah syair.
Kita cukup bertuah, kerana pada hari ini kita akan mendengar sebuah syair secara langsung
daripada salah seorang murid tahun 6
Majlis menjemput saudari _____________________________
Untuk menyampaikan syair yng bertajuk ____________________________

Seterusnya, sebagai penutup acara, saksikan persembahan drama bahasa inggeris


Yang bertajuk An Unforgetable Incident .......
Dipersilakan.

Dengan itu maka berakhirlah sudah majlis pelancaran dan perasmian minggu bahasa melayu
Dan kem membaca 1 malaysia peringkat sek keb tmn bersatu 2010.

Kain songket tenunan jawa


Buat pengalas duduk di serambi
Jika ada terkasar bahasa
Harap sudi untuk dimaafi

Kami serahkan kembali kepada guru yang bertugas.


Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai