Anda di halaman 1dari 1

UNIT 5 BERHEMAH TINGGI, TINGGI HIKMAHNYA

Nilai:  Hemah tinggi


Penerangan nilai:  Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam
pergaulan seharian
1.     Kita perlu mengamalkan pertuturan dan tingkah laku yang mulia
ketika berada di perantauan kerana kita membawa imej negara.
2.     Ciri-ciri seseorang yang berhemah tinggi ialah:
-berbudi bahasa dalam interaksi, berkelakuan sopan, ramah tamah,
mudah menyesuaikan diri dalam situasi baru dan tidak memilih
status dalam pergaulan.

3.Dalam menghadiri sesuatu situasi sosial seperti


   majlis perkahwinan, majlis suai kenal, majlis   rasmi lain,
seseorang perlu :
a)     mengamalkan budi pekerti mulia
b)     menggunakan bahasa yang sopan
c)      menunjukkan minat terhadap perkara yang dibincangkan/
dilangsungkan
d)     menghormati pendapat orang lain dalam majlis jika sedang
berbincang
e)      tidak menyinggung perasaan orang lain
4. Kemahiran sosial harus diamalkan kerana:
a) untuk menjaga perasaan orang lain
b) untuk menjaga maruah diri dan maruah  orang lain
c) supaya dapat diterima dan dihormati orang  lain
d) untuk menjalinkan hubungan yang mesra 
   dengan orang lain/mudah mendapat kenalan baru
e) seseorang lebih berkeyakinan diri untuk berinteraksi dengan   
orang lain membantu seseorang untuk menyesuaikan diri dalam
persekitaran yang baru

# BAGI MURID YANG TIADA PRINTER


#SILA SALIN NOTA DI ATAS DALAM BUKU PM 1

Anda mungkin juga menyukai