Anda di halaman 1dari 6

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

2016

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT


PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)
TAHUN 2016
1. OBJEKTIF PERTANDINGAN
1.1. Mengembangkan kemahiran berbahasa dalam seni berpantun sebagai khazanah warisan
bangsa
1.2. Meningkatkan

penguasaan

penggunaan

Bahasa

Melayu

serta

memupuk

kecintaan terhadap bahasa dan sastera


1.3. Mengaplikasikan kemahiran berbahasa dengan menggunakan daya fikir secara kreatif
dan kritis.
2. PENYERTAAN
2.1 Pertandingan dibuka kepada semua warga JANM seluruh Malaysia.
2.2 Pertandingan akan dijalankan dalam dua peringkat. Peringkat pertama (saringan)
melibatkan pasukan mengikut zon dan diadakan di zon masing-masing. Peringkat akhir
melibatkan pemenang di zon masing-masing dan akan diadakan di Ibu Pejabat Putrajaya.
2.3 Setiap zon dikehendaki menghantar

satu

pasukan untuk ke peringkat akhir.

Pembahagian zon adalah seperti berikut:


Zon Ibu Pejabat Semua bahagian di Ibu Pejabat
Zon Utara JANM Perlis, JANM Kedah dan JANM Pulau Pinang
Zon Tengah JANM Perak, JANM Selangor dan IPN
Zon Timur JANM Pahang, JANM Terengganu dan JANM Kelantan
Zon Selatan JANM Melaka, JANM Negeri Sembilan dan JANM Johor
Zon Sabah JANM Sabah dan seluruh cawangan
Zon Sarawak JANM Sarawak dan seluruh cawangan
2.4 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada tiga (3) pemantun termasuk
pemantun simpanan.
2.5 Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

2.6 Kos

pelaksanaan

pertandingan

yang

melibatkan

makan

minum,

2016

hadiah serta

kos perjalanan peserta yang mengambil bahagian perlu ditanggung sendiri oleh
zon masing-masing
3. JENIS PERTANDINGAN
Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

4. FORMAT PERTANDINGAN
4.1 TEMA PANTUN
a. Tema pantun yang ditetapkan adalah Inovasi dan Integriti
b. Pantun bagi pusingan pertama boleh disediakan terlebih dahulu manakala
pantun bagi pusingan kedua berdasarkan kepada tema spontan yang akan diundi
semasa pertandingan.

4.2 JENIS PANTUN


a. Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat (4) kerat iaitu pantun empat (4)
baris yang mempunyai dua (2) baris pembayang dan dua (2) baris maksud.
b. Rima hujung baris mestilah berpolakan a,b,a,b
c. Pantun yang dijual merupakan soalan dan pantun yang dibeli merupakan jawapan.
Pantun pelarian tidak dibenarkan.
4.3 TEMPOH MASA
a. Masa untuk menjual pantun adalah 20 saat dan masa untuk membeli pantun
ialah 90 saat bagi setiap pusingan. Masa dikira berdasarkan kepada arahan juru
pantun (..dari sekarang )
b. Loceng akan dibunyikan apabila masa yang diberikan telah tamat bagi menjual
dan membeli pantun.
4.4 JUAL-BELI PANTUN
a. Pusingan Pertama
A1
A2

B1
B2
2

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

b. Pusingan Kedua
A1
A2

2016

B1
B2

5. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
5.1

Pemantun adalah dilarang menggunakan perkataan yang kurang

sopan,

menyentuh isu perkauman, menggunakan dialek, bahasa pasar,

slanga,

singkatan atau bahasa asing.


5.2

Pemantun mestilah menggunakan Bahasa Melayu baku dalam aspek

sebutan,

ayat dan kosa kata.


5.3

Pemantun dibenarkan berbincang dengan anggota pasukan yang lain

semasa

membeli dan menjual pantun.


5.4

Pemantun digalakkan memakai pakaian tradisional/kostum yang bersesuaian


dengan tema serta bentuk penyampaian pantun. Elemen pakaian akan dinilai
dalam aspek persembahan.

5.5

Pemantun dilarang membawa sebarang kertas, buku atau bahan

rujukan

semasa pertandingan kecuali kertas yang mengandungi pantun yang akan


dijual
5.6

Perlakuan kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

5.7

Penganjur berhak menegur peserta yang melanggar mana-mana peraturan


pertandingan

5.8

Penganjur berhak menukar sebarang format pertandingan mengikut kesesuaian


semasa.

5.9

Pemantun simpanan boleh menggantikan pemantun tetap sekiranya berlaku perkaraperkara luar jangka, namun perlu mendapatkan persetujuan daripada hakim.

5.10

Sebarang keputusan hakim adalah muktamad dan tidak boleh dirayu.

6. PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN


6.1. Pembahagian Markah Pantun
a. Isi (20 markah)
i.

Ketepatan soalan/jawapan adalah jelas dan sesuai dengan tema.

ii.

Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang


terdiri daripada ayat penyataan.
3

jelas dan bukan

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

iii.

2016

Pantun yang mempunyai lebih daripada dua soalan tidak akan diberikan
markah.

iv.

Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarang markah.

v.

Pantun yang berupa perlarian iaitu tidak menjawab soalan juga tidak akan
diberikan markah.
b. Bahasa (20 markah)

i.

Padat dan jitu serta bernilai susila

ii.

Padat dan jitu bermaksud pantun yang dijual dan dibeli hendaklah mempunyai
pemilihan kosa kata yang tepat tanpa kesalahan bahasa serta sususan kata
yang betul

iii.

Bernilai susila bermaksud pantun yang dijual dan dibeli dapat dijadikan
panduan/pedoman dalam kehidupan seharian

iv.

Mempunyai pola rima a,b,a,b

v.

Mempunyai 8 ke 12 suku kata dalam setiap baris


c. Persembahan (10 markah)

i.

Elemen pakaian tradisional/kostum

ii.

Gerak fizikal yang seimbang dengan pantun, intonasi serta kelancaran

iii.

Tiada kegagapan dan perulangan dalam percakapan

6.2. Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada markah tertinggi. Jika berlaku seri,
pasukan yang mendapat markah tertinggi dari aspek isi akan dikira sebagai pemenang.
Sekiranya berlaku seri sekali lagi, markah dari aspek bahasa akan diambil kira.
7. KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Keputusan

akan

diumumkan

pada

hari

yang

sama

setelah

pengadilan

dilaksanakan.

8.

HADIAH
Hadiah bagi pertandingan adalah seperti berikut:
i.

Tempat Pertama : Wang Tunai Bernilai RM600.00 beserta Sijil Penyertaan

ii.

Tempat Kedua

: Wang Tunai Bernilai RM450.00 beserta Sijil Penyertaan

iii.

Tempat Ketiga

: Wang Tunai Bernilai RM300.00 beserta Sijil Penyertaan


4

selesai

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

CARTA PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN

SUKU AKHIR

SEPARUH AKHIR

AKHIR

2016

Pertandingan Berbalas Pantun JANM

2016

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
TAHUN 2016
MAKLUMAT PASUKAN
Nama Pasukan: .
JANM yang Diwakili: .
Alamat:
Nama Pengurus Pasukan: .
No. Telefon / Emel : .
MAKLUMAT PESERTA
Pemantun Pertama: .
No. Kad Pengenalan: ..
No. Telefon / Emel : .
Pemantun Kedua: .
No. Kad Pengenalan: ..
No. Telefon / Emel : .
Pemantun Ketiga: .
No. Kad Pengenalan: ..
No. Telefon / Emel : .
PENGESAHAN PENYERTAAN
Dengan ini disahkan bahawa kami bersetuju untuk menyertai pertandingan dan akur dengan
syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Disahkan Oleh:
..
(

Tarikh:
6

2016

Anda mungkin juga menyukai