Anda di halaman 1dari 12

PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH

KERTAS KONSEP

KERTAS KONSEP
PIDATO SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1.0 Pengenalan

Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

1.1 Objektif Pertandingan

1.1.1 Membina keyakinan diri.


1.1.2 Meluaskan pengetahuan.
1.1.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
1.1.4 Memupuk semangat patriotisme.
1.1.5 Menjana daya saing secara positif.

2.0 Peserta

2.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahap 2 sekolah rendah


(Tahun 4, 5 dan 6) sama ada di sekolah kebangsaan atau sekolah jenis
kebangsaan. Murid tersebut mestilah warganegara Malaysia.

2.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.

3.0 Peringkat Pertandingan

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-

3.1 Peringkat Sekolah

3.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu


diminta mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara
kelas dan juga antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti
sokongan kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
16
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

3.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke


pertandingan di peringkat daerah.

3.2 Peringkat Daerah

3.2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah / Bahagian diminta


mengendalikan pertandingan di peringkat ini.

3.2.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili


daerah/bahagian ke pertandingan di peringkat negeri.

3.3 Peringkat Negeri

3.3.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan


Pendidikan Negeri.

3.3.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu


diwujudkan.

3.3.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke


pertandingan peringkat kebangsaan.

3.3.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah


menetapkan tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya
memaklumkannya kepada urus setia di peringkat kebangsaan.

3.4 Peringkat Kebangsaan

3.4.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa


Pertandingan Peringkat Kebangsaan.

3.4.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah


menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili
negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.

3.4.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing


dan seorang pegawai pengiring.

4.0 Format Pertandingan

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib


bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian
ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di
hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis dan
17
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan negeri


masing-masing.

4.1 Bahagian Pertama

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang


telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.

4.2 Bahagian Kedua

Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas


tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua
hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja
selesai pertandingan pidato bahagian pertama . Setelah mendapat tajuk,
peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas
pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan,
alat komunikasi dan alat elektronik.

4.3 Syarat-syarat Pertandingan

4.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian pertama,
dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.

4.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat,


dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.

4.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi


setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.

4.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan


agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.

4.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.

4.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.

4.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam


sekolah / blazer / pakaian kebangsaan.
18
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

4.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar mana-


mana peraturan di atas.

4.4 Pemilihan Tajuk

4.4.1 Peringkat Sekolah, Daerah dan Peringkat Negeri

Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato


Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa negara.

4.4.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan

4.4.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini


disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.

4.4.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar kepada


peserta negeri sebaik sahaja semua keputusan peringkat
negeri diterima oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan


secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan
Peringkat Kebangsaan.

4.4.2.4 Enam belas peserta setiap negeri dalam pertandingan


peringkat separuh akhir kebangsaan dibahagi kepada
dua kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan
dipilih untuk ke pertandingan akhir peringkat
kebangsaan.

4.5 Peraturan Pemarkahan

4.5.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama

4.5.1.1 Idea / Isi ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/


isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh data /
bahan yang tepat / logik sebagai peneguh huraiannya.

19
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

Panduan Pemarkahan

Idea/isi tepat 2 markah


Huraian 4 markah
Data / contoh 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah (9m x 3 =
27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah).

4.5.1.2 Bahasa ( 20 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )

4.5.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan


yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

4.5.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang


tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

4.5.1.3.4 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan


kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.

4.5.2 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Kedua (Spontan)

4.5.2.1 Isi ( 40 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /


isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.

Panduan Pemarkahan

Idea / isi 5 markah


Huraian 10 markah
Data / contoh 4 markah

20
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah (19m x 2


= 38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).

4.5.2.2 Bahasa ( 30 markah )

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

4.5.2.3 Penyampaian dan Persembahan ( 30 markah )

4.5.2.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan


yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)

4.5.2.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang


tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)

4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-


kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.

4.6 Panduan Kepada Panel Hakim

4.6.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.

4.6.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang.

4.6.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM


JURI.

4.6.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.


21
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

5.0. Tarikh Pertandingan

5.1 Peringkat Sekolah :


5.2 Peringkat Daerah :
5.3 Peringkat Negeri :
5.4 Peringkat Kebangsaan :

6.0 Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh


Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan
Negeri.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan


yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa,

7.0 AM

Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan


Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia

22
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

BORANG MARKAH
PIDATO SEKOLAH RENDAH C
Kategori : Rendah Giliran Peserta

Bahagian l : 5 minit

Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Dat Jumlah Jumlah


(30 markah) Bilangan Isi (2 markah) (4 markah) a Besar
(3 markah)

Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1


yang bernas, data dan bahan
yang tepat serta logik termasuk
huraian dan contoh. Isi 2
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah Isi 3
sebanyak 3 isi. 3 markah bonus
(3/30) bagi kematangan isi.
Bonus 3 Markah kematangan isi
Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)
Bahasa (20 markah)

Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)


jelas, baku (tatabahasa &
sebutan), gaya bahasa yang Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak Sebutan bahasa (5 markah)
disampaikan.
Jumlah markah bahasa (20 markah)

Penyampaian dan Persembahan (50 markah)


Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
persembahan (40 markah) menyakinkan ( 10 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada, Gaya yang menarik (10 markah)
menyakinkan, menunjukkan
gaya yang menarik & Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
pengolahan isi yang tertib dan berkesinambungan (10 markah)
berkesinambungan.
Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
Adab (5 markah)
Dipotong 5 markah maksimum penonton (10 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif Adab (5 markah)
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau Istimewa (5 markah)
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan Jumlah markah penyampaian dan persembahan
persembahan, kesopanan dan (50 markah)
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : Tandatangan : ....

Pengesahan oleh Ketua Hakim : .

23
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

BORANG MARKAH D
PIDATO SEKOLAH RENDAH

Kategori : Rendah Giliran


Peserta
Bahagian ll : 3 minit

Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Dat Jumlah Jumlah


(40 markah) Bilangan Isi (5 markah) (10 markah) a Besar
(5 markah)

Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1


yang bernas, data dan bahan
yang tepat serta logik termasuk Isi 2
penghuraiannya.
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 2 isi.
Jumlah keseluruhan markah isi (40 markah)

Bahasa (30 markah)

Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)


jelas, baku (tatabahasa &
sebutan), gaya bahasa yang Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak Sebutan bahasa (10 markah)
disampaikan.
Jumlah markah bahasa (30 markah)

Penyampaian dan Persembahan (30 markah)


Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
persembahan (20 markah) menyakinkan ( 5 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada, Gaya yang menarik (5 markah)
menyakinkan, menunjukkan
gaya yang menarik & Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
pengolahan isi yang tertib dan berkesinambungan (5 markah)
berkesinambungan.
Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
Adab (5 markah)
Dipotong 5 markah maksimum penonton (5 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif Adab (5 markah)
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta
menunjukkan perlakuan atau Istimewa (5 markah)
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa (5 markah)
Diadili daripada keseluruhan Jumlah markah penyampaian dan persembahan
persembahan, kesopanan dan (30 markah)
ketepatan masa.

Jumlah markah keseluruhan : 100 %

Nama Hakim : Tandatangan : ....

24
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

Pengesahan oleh Ketua Hakim : .

BORANG RUMUSAN HAKIM


(Diisi oleh semua hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH RENDAH

Markah Pidato
Giliran Markah Pidato
Bahagian kedua Jumlah Kedudukan
Peserta Bahagian Pertama
(spontan)

Tandatangan: ...................................
25
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

Nama Hakim :..................................... Tarikh :...........................


BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH RENDAH

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran Keputusan
Peserta Hakim Hakim Hakim Hakim Hakim
Catatan Panel
1 2 3 4 5
Hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
Tandatangan

Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................

Nama Ketua Hakim :.....................................

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN


(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN

SEKOLAH RENDAH

26
PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

PENGESAHAN

TANDATANGAN
HAKIM NAMA

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

HAKIM 4

HAKIM 5

Disahkan oleh,

.........................................................................
Tandatangan
( )
Nama Ketua Hakim

Tarikh: ..................................................

27

Anda mungkin juga menyukai