Anda di halaman 1dari 8

1

e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

TUJUAN
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang mengandungi idea, menaakul
konsep, menghuraikan dan merumuskannya secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan
adalah secara bersahaja dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga bergantung kepada
kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi seperti dengan nada suara yang tinggi,
menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan
menegakkan dan mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk memastikan
kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.

OBJEKTIF

1. Membina keyakinan diri.


2. Meluaskan pengetahuan.
3. Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
4. Memupuk semangat patriotisme.
5. Menjana daya saing secara positif.
6. Meningkatkan pencapaian markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) peringkat negeri.
7. Menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi.

RASIONAL

1. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta


Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.
2. Pencapaian markah kokurikulum bagi semua murid sekolah rendah (tahap dua) dan sekolah
menengah dinilai berdasarkan pencapaian markah PAJSK.

SASARAN PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 4 hingga Tahun 6) dan
SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5).
2. Peserta adalah warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan. Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan menyertai tetapi
penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja. Penyertaan ini tidak termasuk Maktab Rendah
Sains MARA dan Sekolah Berasrama Penuh.
3. Penyertaan berdasarkan kategori berikut :

KATEGORI SEKOLAH RENDAH : Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6


KATEGORI SEKOLAH MENENGAH RENDAH : Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH ATAS : Tingkatan 4, Tingkatan 5

4. Penyertaan adalah secara individu.


5. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.

2
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

FORMAT PERSEMBAHAN

1. Setiap peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dalam BAHASA MELAYU dengan tajuk
yang telah disediakan oleh pihak penganjur seperti dalam lampiran.
2. Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan
atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
3. Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang. Kesalahan ini akan
menyebabkan markah adab dipotong.
4. Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa yang kurang
sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di semua kategori dan peringkat
pertandingan.

MASA PERSEMBAHAN

1. Masa penyampaian pidato adalah seperti berikut :

KATEGORI SEKOLAH RENDAH : tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit
KATEGORI SEKOLAH MENENGAH : tidak kurang dari 5 minit dan tidak melebihi 7 minit

2. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi kurang atau melebihi had masa yang telah
ditetapkan.

PAKAIAN

1. Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam sekolah/blazer/pakaian


kebangsaan.

LAGU/MUZIK LATAR

1. Muzik dan kesan bunyi semasa berpidato tidak dibenarkan.

MOD PROGRAM

1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO.


2. Tempoh klip video berdurasi 5 hingga 8 minit sahaja. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.
3. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi kurang atau melebihi had masa yang telah
ditetapkan.
4. Kualiti video mestilah dalam tahap yang memuaskan untuk mengelakkan pemotongan markah.
5. Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak dibenarkan dipaparkan di
dalam video.

3
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik (upload) atau dikongsi (share) ke laman sosial
Facebook/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat keputusan
rasmi daripada pihak penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.
2. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan video.
Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.
3. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi,
percetakan dan terbitan.
4. Pihak penganjur berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu.
5. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
6. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN

1. Kriteria pemarkahan :

1.1 Idea/Isi (30 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga idea/isi. Isi/idea hendaklah bernas
yang disokong oleh data/bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya.

Panduan Pemarkahan Idea/isi tepat = 2 markah


Huraian = 4 markah
Data/contoh = 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/idea ialah 9 markah.
(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah)

1.2 Bahasa (20 markah)

Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku (struktur dan sebutan), gaya
bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

1.3 Penyampaian dan Persembahan (50 markah)

1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar dan menyakinkan,
gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib (pergerakan tangan yang
keterlaluan tidak digalakkan dan akan menjejaskan markah persembahan).

1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai (nada suara yang tinggi, menjerit, menyanyi,
berlakon, dialog, bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan markah
persembahan).

1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan kata-kata aluan sebelum memulakan
pidato. Lima markah maksimum akan dipotong jika peserta menyentuh isu sensitif/
menunjukkan pelakuan/tutur kata yang kurang sopan.

4
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut :


85 hingga 100 : Anugerah Emas
70 hingga 84 : Anugerah Perak
50 hingga 69 : Anugerah Gangsa
1 hingga 49 : Penyertaan

3. Setiap murid akan menerima Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian Peringkat Negeri.
4. Sepuluh tempat teratas (Top 10) bagi setiap kategori akan menerima Sijil Pencapaian Kedudukan
Terbaik Peringkat Negeri.

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Rakaman video hendaklah dimuat naik di laman sosial YouTube masing-masing bermula pada
10 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 (Jam 12.00 malam).
2. Peserta akan mengambil link YouTube dan WAJIB mendaftarkan penyertaan secara online dengan
mengisi Google Forms berikut :
http://gg.gg/pidatojpnsabah2021
3. Sila pastikan setiap link atau pautan YouTube karya masing-masing MUDAH diakses oleh pihak
penganjur.

PEMATUHAN SOP

Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan
terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi
37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan meneruskan aktiviti.
2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang
pertandingan berlangsung.
3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau hand sanitizer.
4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya
terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing-
masing.

GARIS MASA PERTANDINGAN


BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1. Pelancaran e-Bakat 2.0 9 Mac 2021 Secara langsung melalui YouTube SSTP JPN Sabah:
http://gg.gg/e-bakat_jpnsabah
2. Hebahan kepada semua 9 Mac 2021 http://bit.ly/e-BAKAT2021JPNSabah
sekolah
3. Pelaksanaan pertandingan 10 Mac—10 April 2021 Sekolah atau rumah masing-masing

4. Pendaftaran penyertaan 10 Mac—10 April 2021 Google Forms:


secara online http://gg.gg/pidatojpnsabah2021
5. Penilaian juri peringkat 11 April—11 Mei 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri
negeri
6. Pengumuman keputusan 12 Mei 2021 Hebahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
rasmi masing-masing

5
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

PN. NORAIDAHWATI MD NOWAR


Pengerusi Teknikal Negeri Pidato Sekolah Rendah & Menengah
SMK(A) Kota Kinabalu, Kota Kinabalu Tel: 016-8405 554

URUS SETIA PERINGKAT NEGERI

ENCIK MALUDIN BIN HJ IDRIS


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tel: 088-537010 ext. 7244
Alamat emel: maludeenidris67@gmail.com

6
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

TAJUK PIDATO
SEKOLAH RENDAH

7
e-BAKAT Bahasa
Pertandingan Pidato
Kertas Konsep

TAJUK PIDATO
SEKOLAH MENENGAH

Anda mungkin juga menyukai