Anda di halaman 1dari 6

1

e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Nyanyian Solo
Kertas Konsep

TUJUAN

Pertandingan Nyanyian Solo ini memberi pendidikan asas muzik kepada murid-murid peringkat sekolah
rendah dan menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa
sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

OBJEKTIF

1. Mengembangkan bakat seni yang ada dalam jiwa murid ke arah hobi yang berfaedah.
2. Mempunyai pilihan kerjaya pada masa akan datang.
3. Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang aktiviti muzik yang dijalankan di peringkat
sekolah secara terancang.
4. Sebagai alternatif mengisi masa lapang murid.
5. Memperkembangkan bakat, kreativiti, daya komunikasi dan interaksi melalui pertandingan.
6. Memupuk disiplin dan semangat persaingan yang positif di kalangan murid.
7. Meningkatkan pencapaian markah murid dalam Penilaian Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
(PAJSK) peringkat negeri.
8. Menggalakkan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum sehingga ke peringkat yang lebih
tinggi.

RASIONAL

1. Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
menjurus kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat
serta bermoral.
2. Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam muzik.
3. Menambah jumlah pengiat seni muzik di Malaysia.
4. Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari golongan murid sekolah seluruh
negara.
5. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum kebangsaan berdasarkan Akta
Pendidikan 1996, aktiviti kokurikulum wajib dilaksanakan di sekolah.
6. Pencapaian markah kokurikulum bagi semua murid sekolah rendah (tahap dua) dan sekolah
menengah dinilai berdasarkan pencapaian markah PAJSK.

SASARAN PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada semua murid SEKOLAH RENDAH (Tahun 1 hingga Tahun 6) dan
SEKOLAH MENENGAH (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan berdasarkan kategori berikut :

KATEGORI A : Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3


KATEGORI B : Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6
KATEGORI C : Tingkatan 1, Tingkatan 2 dan Tingkatan 3
KATEGORI D : Tingkatan 4, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6
KATEGORI E : Pendidikan Khas Sekolah Rendah dan Menengah

2. Penyertaan adalah secara individu.


3. Setiap murid hanya layak menghantar satu penyertaan sahaja.

2
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Nyanyian Solo
Kertas Konsep

FORMAT PERSEMBAHAN

1. Setiap peserta WAJIB mempersembahkan sebuah lagu mengikut kategori masing-masing.


2. Lagu pilihan adalah BEBAS dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Cina, Kadazandusun, Murut,
Rungus, Korea, Jepun, Perancis ATAU Jerman.
3. Lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana sensititiviti kaum di Malaysia
dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia.
4. Peserta tidak dibenarkan menggunakan khidmat penari, bantuan prop atau sebarang alat muzik.

LAGU

1. Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara Minus-One.


2. Penggunaan sebarang aplikasi nyanyian seperti Tik Tok, WeSing, Smule dan lain-lain yang
berkaitan adalah TIDAK DIBENARKAN.

MASA PERSEMBAHAN

1. Persembahan nyanyian hendaklah tidak kurang dari 3 minit dan tidak melebihi 5 minit.
2. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi kurang atau melebihi had masa yang telah
ditetapkan.

PAKAIAN/AKSESORI

1. Pakaian dan aksesori peserta hendaklah bersesuaian dan sopan.

MOD PROGRAM

1. Penyertaan peserta hendaklah dalam bentuk RAKAMAN VIDEO.


2. Tempoh klip video berdurasi 3 hingga 6 minit sahaja. Tempoh ini termasuk montaj dan kredit.
3. Sebanyak 5 markah akan ditolak sekiranya durasi melebihi had masa yang telah ditetapkan.
4. Kualiti video mestilah dalam tahap yang memuaskan untuk mengelakkan pemotongan markah.
5. Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak dibenarkan dipaparkan di
dalam video.

TATACARA PENGHANTARAN KARYA

1. Rakaman video hendaklah dimuat naik di Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo Online
JPN Sabah bermula pada 10 Mac 2021 sehingga 10 April 2021 (Jam 12.00 malam).
2. Sila letakkan caption bagi setiap video rakaman yang telah berjaya di muat naik seperti berikut :
Nama :
Umur :
Tajuk Lagu :
Bahasa Lagu :
Artis Asal Lagu :

3. Peserta WAJIB mendaftarkan penyertaan secara online dengan mengisi Google Forms :
http://gg.gg/nyanyiansolojpnsabah2021

3
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Nyanyian Solo
Kertas Konsep

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Setiap penyertaan mestilah merupakan kerja asal atau asli dan terkini (tahun 2021). Penyertaan
akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli atau diciplak.
2. Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik (upload) atau dikongsi (share) ke laman sosial
Facebook/YouTube/Instagram/vlog/portal atau mana-mana laman web sebelum mendapat
keputusan rasmi daripada pihak penganjur. Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan
dibatalkan.
3. Setiap hasil karya juga mestilah tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan video.
Sekiranya didapati berlaku, penyertaan akan dibatalkan.
4. Pihak penganjur berhak membuat reproduksi ke atas karya bagi tujuan publisiti, promosi,
percetakan dan terbitan.
5. Pihak penganjur berhak MEMINDA mana-mana syarat dan peraturan jika perlu.
6. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan
dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkaitan.
7. Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan penyertaan.

PEMARKAHAN DAN ANUGERAH PENCAPAIAN

1. Kriteria pemarkahan:

Kualiti Suara/Ton = 25 markah


Frasa/Interpretasi/Pernyataan = 15 markah
Melodi/Irama = 15 markah
Tempo = 15 markah
Artikulasi/Sebutan = 10 markah
Persembahan = 10 markah
Teknikal & Sinematografi = 10 markah
Markah keseluruhan = 100 markah

2. Pencapaian anugerah akan dinilai berdasarkan kepada markah berikut:

85 hingga 100 : Anugerah Emas


70 hingga 84 : Anugerah Perak
50 hingga 69 : Anugerah Gangsa
1 hingga 49 : Penyertaan

3. Setiap murid akan menerima Sijil Penyertaan dan Sijil Pencapaian Peringkat Negeri.
4. Sepuluh tempat teratas (Top 10) bagi setiap kategori akan menerima Sijil Pencapaian Kedudukan
Terbaik Peringkat Negeri.
5. Lain-lain anugerah pencapaian peringkat negeri.

4
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Nyanyian Solo
Kertas Konsep

ANUGERAH KHAS FACEBOOK LIKE TERBANYAK

1. Semua rakaman video peserta dalam Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo JPN Sabah
(Kesenian JPN Sabah) akan dikongsikan secara serentak pada 10 April 2021.
2. Undian LIKE akan dijalankan dalam tempoh 5 hari bermula pada 12 April 2021 dan berakhir
pada 16 April 2021 (jam 12.00 malam).
3. Sebarang LIKE sebelum tarikh undian AKAN DITOLAK. Pengiraan LIKE hanya bermula pada
12 April 2021.

PEMATUHAN SOP

Pihak sekolah hendaklah memastikan setiap murid WAJIB mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu:

1. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat membuat saringan dan merekod suhu badan
terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang aktiviti. Suhu badan yang mencapai atau melebihi
37.5 darjah celcius atau bergejala tidak dibenarkan meneruskan aktiviti.
2. Memastikan penjarakan sosial 1 meter antara individu dalam semua aktiviti sepanjang
pertandingan berlangsung.
3. Memastikan semua guru dan murid yang terlibat kerap mencuci tangan menggunakan air dan
sabun atau hand sanitizer.
4. Memastikan lokasi pertandingan bersih dan selamat digunakan. Sanitasi perlu dilakukan sekiranya
terdapat kes positif COVID-19 di lokasi yang disahkan oleh Pejabat Kesihatan daerah masing-
masing.

GARIS MASA PERTANDINGAN


BIL PERKARA TARIKH CATATAN
1. Pelancaran e-Bakat 2.0 9 Mac 2021 Secara langsung melalui YouTube SSTP JPN Sabah:
http://gg.gg/e-bakat_jpnsabah
2. Hebahan kepada semua 9 Mac 2021 http://bit.ly/e-BAKAT2021JPNSabah
sekolah
3. Pelaksanaan pertandingan 10 Mac—10 April 2021 Sekolah atau rumah masing-masing

4. Pendaftaran penyertaan 10 Mac—10 April 2021 Google Forms:


secara online http://gg.gg/nyanyiansolojpnsabah2021
5. 5 hari undian LIKE 12 April—16 April 2021 Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo JPN
Sabah (Kesenian JPN Sabah)
6. Penilaian juri peringkat 11 April—11 Mei 2021 Pihak JPN akan membuat penilaian peringkat negeri
negeri
7. Pengumuman keputusan 12 Mei 2021 Hebahan kepada Pejabat Pendidikan Daerah
rasmi masing-masing

PANEL PENILAI PERINGKAT NEGERI

1. Panel penilai dilantik oleh pihak penganjur semasa pertandingan ini berjalan.
2. Sistem penilaian adalah di bawah penyelarasan Unit Pengurusan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.
3. Keputusan penilai adalah MUKTAMAD.
4. Sebarang aduan dan rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

5
e-BAKAT Kesenian
Pertandingan Nyanyian Solo
Kertas Konsep

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi:

1. PN. ROSLINAH IMRAN


Pengerusi Teknikal Negeri Nyanyian Solo Sekolah Menengah
SMK Matunggong, Kudat Tel: 011-1411 4102

2. EN. JAMES JUANIS


Pengerusi Teknikal Negeri Nyanyian Solo Sekolah Rendah
SK Lingga Baru, Tuaran Tel: 016-8195 330

3. EN. IROET MARTENI @ IRWAN BIN HAMSAH


Pengerusi Teknikal Negeri Filem Pendek
SK Tampulan, Kota Kinabalu Tel: 014-3617 131

URUS SETIA PERINGKAT NEGERI

PUAN VALERIE SINTI


Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Bakat Murid
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Tel: 088-537010 ext. 7244
Alamat emel: kesenianjpnsabah@gmail.com

Follow Instagram Kesenian JPN Sabah


https://www.instagram.com/p/B_HC-SMlRS9/?igshid=i2yjty1wihbd

Like Facebook Page Pertandingan Nyanyian Solo Online JPN Sabah


https://www.facebook.com/kesenianjpnsabah/

Subscribe YouTube Kesenian JPN Sabah


https://www.youtube.com/c/KesenianJPNSabah

Anda mungkin juga menyukai