Anda di halaman 1dari 5

Pertandingan Kenali Setem dan Filateli Tahun 2021

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

PERTANDINGAN
“KENALI SETEM DAN FILATELI”
PERINGKAT NEGERI KEDAH TAHUN 2021

1
Pertandingan Kenali Setem dan Filateli Tahun 2021

PERTANDINGAN KENALI SETEM DAN FILATELI

MATLAMAT & OBJEKTIF

Pertandingan ini bertujuan untuk melahirkan murid yang mempunyai kefahaman dan
pengetahuan mengenai setem dan filateli sekaligus dapat memupuk minat generasi muda
terhadap setem dan filateli. Pertandingan ini juga bertujuan untuk memenuhi objektif-objektif
seperti berikut:

1. Memberi peluang kepada murid untuk terus menyertai aktiviti kokurikulum


secara atas talian berikutan arahan penutupan sekolah akibat pandemik Covid-19.
2. Memupuk semangat pembelajaran kendiri di kalangan murid.
3. Mencungkil bakat murid dalam mengolah pengetahuan berkaitan setem dan
filateli melalui penghasilan video pendek.

SYARAT PENYERTAAN

1. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah (Tahap 2), murid sekolah menengah
Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.

2. Kategori Pertandingan:
Sekolah Rendah (3 kategori): Tahun 4, 5 dan 6
Sekolah Menengah (5 kategori): Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5.

3. Penyertaan adalah secara individu. Peserta akan mendaftarkan diri di pautan pendaftaran
yang disediakan.

4. Penyertaan adalah secara individu dan peserta hanya boleh menyertai pertandingan
SEKALI sahaja. Jika penganjur mendapati peserta menghantar penyertaan LEBIH
daripada sekali, markah peserta bagi penyertaan yang terawal sahaja diterima dan
digunapakai.

KEPERLUAN PERTANDINGAN

1. Ruang yang selesa untuk menjawab kuiz di kediaman masing-masing dengan peranti dan
capaian internet yang baik.

2. Peranti elektronik seperti komputer, komputer riba (laptop) atau telefon pintar dengan
capaian internet disediakan oleh peserta sendiri.

2
Pertandingan Kenali Setem dan Filateli Tahun 2021

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. Pertandingan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu:


i. Bahagian A (80 markah): Kuiz - soalan objektif
ii. Bahagian B (10 markah): Soalan Subjektif
iii. Bahagian C (10 markah): Tugasan Projek.

2. Hanya PESERTA SAHAJA yang dibenarkan menjawab soalan dan TIDAK MEWAKILKAN
orang lain.

3. Markah penuh adalah 100 markah.

4. Tiada had masa yang diberikan adalah untuk menjawab soalan.

5. Link Pertandingan boleh diakses mulai 15 Ogos 2021 jam 10.00 pagi dan akan ditutup
pada 21 Ogos 2021 jam 11.59 malam. Link pertandingan adalah seperti berikut:

SEKOLAH RENDAH:
https://forms.gle/FDTD9XYsPtyWFpMo9

SEKOLAH MENENGAH:
https://forms.gle/Hj2wKo86zxXA4QMX7

GARIS PANDUAN PERTANDINGAN

1. Setiap peserta akan diberikan satu (1) set soalan kuiz (Bahagian A) dan soalan subjektif
(Bahagian B) dan 1 Tugasan Projek (Bahagian C).

2. Murid yang memperoleh sekurang-kurangnya 40 markah di Bahagian A layak menerima


sijil penyertaan.

3. Bagi menentukan kedudukan pemenang, 5 peserta bagi setiap kategori yang memperoleh
markah tertinggi di Bahagian A akan dipilih dan markah Bahagian B dan C akan diambil
kira.

4. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3
Pertandingan Kenali Setem dan Filateli Tahun 2021

MAKLUMAT HADIAH/ SIJIL PENYERTAAN/ SIJIL PENCAPAIAN

1. Sijil Penyertaan: Semua peserta yang mencapai minima 40 markah Bahagian A

2. Piala, Sijil Pencapaian dan Cenderamata kepada:

Sekolah Rendah
Tahun 4 - Tempat Pertama hingga Kelima
Tahun 5- Tempat Pertama hingga Kelima
Tahun 6- Tempat Pertama hingga Kelima

Sekolah Menengah
Tingkatan 1 - Tempat Pertama hingga Kelima
Tingkatan 2- Tempat Pertama hingga Kelima
Tingkatan 3- Tempat Pertama hingga Kelima
Tingkatan 4- Tempat Pertama hingga Kelima
Tingkatan 5- Tempat Pertama hingga Kelima

SYARAT PERTANDINGAN TUGASAN (BAHAGIAN C)

1. Semua penyertaan hendaklah TIDAK menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, bangsa,
budaya atau peribadi seseorang.

2. Persembahan dan hasil tugasan menggunakan Bahasa Melayu SAHAJA.

3. Peserta dikehendaki menggunakan laras bahasa yang sesuai.

4. Masa persembahan yang diperuntukkan adalah 2 hingga 3 minit.

5. Peserta diminta memperkenalkan diri dan nama sekolah.

6. Peserta DIBENARKAN menggunakan sistem audio mengikut kesesuaian semasa


persembahan (tidak mengganggu suara peserta).

7. Penyertaan akan terbatal secara automatik jika didapati tidak memenuhi syarat
pertandingan.

12. Fail tugasan hendaklah dimuat naik di Bahagian C pertandingan.

13. Semua penyertaan perlulah dihantar selewat-lewatnya pada atau sebelum


21 Ogos 2021 jam 11.59 malam. Penyertaan yang dihantar selepas tempoh tersebut tidak
akan diterima.

14. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.
Pertandingan Kenali Setem dan Filateli Tahun 2021
4

SOALAN TUGASAN:

SEKOLAH RENDAH:

Anda dikehendaki menyediakan satu video berdurasi 2 hingga 3 minit bertajuk “Koleksi Setem dan
Filateli Saya”.

SEKOLAH MENENGAH

Anda dikehendaki menyediakan satu video berdurasi 2 hingga 3 minit bertajuk “Setem atau Item
Filateli yang Paling Saya Gemari”.

MAKLUMAT PEMARKAHAN
PERTANDINGAN KENALI SETEM DAN FILATELI

BIL ASPEK PENILAIAN KETERANGAN MARKAH

1 Bahagian A Soalan Objektif 80

2 Bahagian B Soalan Subjektif 10

3 Bahagian c Tugasan Projek 10

JUMLAH KESELURUHAN 100

Anda mungkin juga menyukai