Anda di halaman 1dari 4

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN UJIAN BERTULIS BAHASA MELAYU SJKC & SJKT


PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2021

1. NAMA PERTANDINGAN
1.1 Pertandingan Ujian Bertulis Bahasa Melayu Piala Perpaduan Perdana Menteri Sekolah-
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil Peringkat Negeri Selangor.

2. OBJEKTIF
2.1 Meningkatkan kemahiran menulis bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid SJKC dan SJKT

2.2 Merapatkan hubungan antara murid-murid SJKC dan SJKT di negeri Selangor.

2.3 Menanamkan semangat perpaduan dan muhibah antara guru serta murid SJKC dan SJKT di
negeri Selangor.

2.4 Menanamkan semangat ‘‘Cintailah Bahasa Melayu’’ dalam kalangan murid-murid SJKC dan
SJKT di negeri Selangor.

2.5 Membiasakan murid-murid SJKC dan SJKT menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pertuturan harian mereka.

2.6 Menggalakkan murid-murid SJKC dan SJKT menguasai serta mempertingkatkan taraf
penggunaan bahasa Melayu.

3. KELAYAKAN DAN SYARAT-SYARAT


3.1 Murid-murid digalakkan menyertai Pertandingan Ujian Bertulis. Ini bermaksud pihak
penganjur tidak mewajibkan murid-murid menyertai pertandingan ini.

3.2 Setiap murid boleh menyertai SATU JENIS pertandingan sahaja iaitu Pertandingan Syarahan
atau Pertandingan Ujian Bertulis Piala Perpaduan Perdana Menteri pada peringkat daerah,
negeri dan kebangsaan.

3.3 Semua murid Tahap 2 warganegara Malaysia BUKAN bangsa Melayu di SJKC & SJKT
dan bahasa ibundanya bukan bahasa Melayu layak mengambil bahagian Pertandingan
Syarahan dan Ujian Bertulis Piala Perpaduan Perdana Menteri.

1
4. BILANGAN PESERTA SJKC & SJKT PERINGKAT NEGERI SELANGOR
4.1. Setiap daerah perlu menghantar TIGA (3) orang pemenang peringkat daerah dari SJKC dan
SJKT ke peringkat negeri.

4.2. Peserta dari SJKC:11 daerah x 3 orang peserta=33 (SJKC Klang Utara & Klang Selatan)

4.3. Peserta dari SJKT:10 daerah x 3 orang peserta=30

4.4. Jumlah peserta peringkat negeri: 63

5. BILANGAN PESERTA KE PERINGKAT KEBANGSAAN


5.1. TIGA orang peserta sahaja setiap negeri layak ke peringkat kebangsaan.

5.2. Peserta yang memenangi Pertandingan Ujian Bertulis (PUB) pada peringkat negeri Selangor
yang mendapat Johan, Naib Johan dan Ketiga layak ke peringkat kebangsaan.

6. TARIKH & MASA PERTANDINGAN


6.1. Tarikh: 28 OGOS 2021 (SABTU)

6.2. Masa : 9.00 - 11.00 pagi

7. PELAKSANAAN & PERATURAN PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI


7.1. Peserta berada di lokasi (kediaman) masing-masing.

7.2. Peserta masuk Google Meet Pertandingan dengan komputer riba dan Peserta juga perlu
masuk Google Meet Pengawas dengan telefon bimbit (peranti kedua) menggunakan emel
MOE (DELIMA) sahaja.

7.3. Peserta WAJIB berada dalam talian selama DUA jam. Contoh 9:00 -11:00 pagi.

7.4. Peserta WAJIB menggunakan KOMPUTER RIBA sahaja menjawab soalan


pertandingan menggunakan Google Form.

7.5. Peserta WAJIB ada peranti kedua (TELEFON BIMBIT) untuk rakaman video pada
“monitor komputer riba” peserta dengan menggunakan Link Google Meet Pengawas.
Kegagalan peserta penggunaan peranti kedua (TELEFON BIMBIT) sebagai
rakaman video “monitor komputer” maka peserta tidak layak diumumkan sebagai
pemenang dan hanya menerima sijil penyertaan sahaja. (Untuk mengelakkan
berlaku penipuan).

7.6. Peserta menjawab soalan pertandingan menggunakan Google Form.

7.7. Peserta menjawab 100 soalan selama 1 jam. Contoh 10:00 -11:00 pagi.

7.8. Peserta perlu menekan "submit" selewat-lewatnya 10.59 pagi setelah selesai
menjawab 100 soalan. Tepat 11.00 pagi soalan Google Form ditutup.

7.9. Peserta TIDAK DIBENARKAN mendapatkan bantuan daripada ibu bapa atau sesiapa
pun dan tidak dibenarkan merujuk sebarang buku serta melayari Internet untuk
mendapatkan jawapan.

2
7.10. Peserta WAJIB membuka kamera komputer riba (laptop) sepanjang
pertandingan berjalan selama dua jam. Kegagalan membuka atau menutup
kamera walaupun sesaat maka peserta tidak layak diumumkan sebagai
pemenang dan hanya menerima sijil penyertaan sahaja. (Untuk mengelakkan
berlaku penipuan).

7.11. Peserta juga WAJIB membuka pembesar suara "mic" tetapi pastikan tempat
peserta dalam keadaan SENYAP semasa pertandingan selama dua jam.
Kegagalan membuka pembesar suara "mic" walaupun sesaat maka peserta
tidak layak diumumkan sebagai pemenang dan hanya menerima sijil penyertaan
sahaja." (Untuk mengelakkan berlaku penipuan).

7.12. Pengerusi pertandingan berhak menutup pembesar suara "mic" peserta jika
berlaku sebarang gangguan dan sebagainya.

7.13. Peserta boleh bertanya kepada pengerusi pertandingan pada ruangan "chat" jika
ada sebarang pertanyaan. Dingatkan tiada gangguan semasa pertandingan sedang
berjalan. (SENTIASA SENYAP!).

7.14. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab ke atas masalah gangguan elektrik


atau capaian Internet. Peserta boleh masuk semula dalam tempoh masa pertandingan
sahaja. Tiada masa tambahan diberikan.

8. SOALAN-SOALAN
8.1. Soalan- soalan untuk Ujian Bertulis Peringkat Negeri akan disediakan oleh satu panel yang
dilantik oleh Majlis Guru Besar (MGB) SJKC/SJKT negeri Selangor.

8.2. Semua soalan berdasarkan aspek- aspek bahasa dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah. Antara yang akan diuji termasuk kefahaman, peribahasa, tatabahasa,
antonim, sinonim dan lain-lain bidang yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran (DSKP).

8.3. Jumlah soalan ialah seratus soalan (100).

8.4. Masa untuk menjawab ialah 1 jam.

9. CARA PENGHAKIMAN

9.1. Jawapan peserta akan disemak oleh panel yang dilantik oleh Jawatankuasa Kerja
Pelaksana Pertandingan yang dikawal selia oleh Unit Bahasa, Sektor Pembelajaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

9.2. Markah bagi tiap-tiap soalan ialah satu (1) markah dan markah penuh ialah (100).

9.3. Peserta-peserta yang mendapat markah tertinggi dikira pemenang.

3
9.4. Peserta-peserta yang mendapat MARKAH YANG SAMA maka kedudukan akan
ditentukan oleh panel hakim berdasarkan kualiti peserta yang tiada kesalahan
mengikut urutan 10 Soalan pertama dari Soalan 1 hingga 100 seperti berikut;

9.4.1 Soalan (01 - 10)

9.4.2 Soalan (11 - 20)


9.4.3.... dan seterusnya sehingga Soalan (91 - 100)

9.5. Keputusan panel hakimadalah MUKTAMAD.

10. HADIAH-HADIAH
10.1 Peringkat Negeri SJKC Kategori lndividu:
i. Johan Piala dan Sijil Pencapaian
ii. Naib Johan Piala dan Sijil Pencapaian
iii. Ketiga Piala dan Sijil Pencapaian
iv. Semua peserta yang menyertai pertandingan akan diberi Sijil Penyertaan.

10.2 Peringkat Negeri SJKT Kategori lndividu


i. Johan Piala dan Sijil Pencapaian
ii. Naib Johan Piala dan Sijil Pencapaian
iii. Ketiga Piala dan Sijil Pencapaian
iv. Semua peserta yang menyertai pertandingan akan diberi Sijil Penyertaan.

11. PAKAIAN PESERTA

11.1 Semua peserta mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa pertandingan.

Anda mungkin juga menyukai