Anda di halaman 1dari 4

Contoh Syarat dan Peraturan Pertandingan Pidato

SYARAT DAN PERATURAN 1. AM 1.1 Peraturan ini diterima pakai untuk pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri 2008. 1.2 Tafsiran peraturan ini adalah hak mutlak Pengerusi Jawatankuasa adalah

Pertandingan. muktamad.

Keputusan

Pengerusi

Jawatankuasa

Pertandingan

1.3 Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan mempunyai hak untuk meminda sebarang peraturan sebelum permulaan pertandingan sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Jawatankuasa.

2. TAFSIRAN 2.1 Ketua Hakim dan Panel Hakim bermaksud individu yang dilantik oleh pihak penganjur untuk memegang jawatan-jawatan tersebut. 2.2 UNIVERSITI bermaksud universiti yang dipelawa untuk menyertai

pertandingan ini. 2.3 Ketua Hakim adalah individu yang dilantik oleh Penganjur untuk mengaturselia urusan penghakiman kejohanan. 2.4 Kategori Nusantara adalah peserta-peserta yang mewakili negara-negara Brunei, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Timur Lestee. 2.5 Kategori Antarabangsa adalah peserta-peserta yang mewakili negara-negara selain dari negara yang disebutkan di atas (2.4)

3. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN 3.1 Setiap negara bagi Kategori Antarabangsa yang dijemput boleh menghantar satu wakil untuk menyertai pertandingan ini berdasarkan univesiti yang telah dikenalpasti. Bagi Kategori Nusantara, setiap negara boleh menghantar maksima dua (2) peserta. Peserta yang pernah mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri terdahulu tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini. 3.2 Untuk layak memasuki pertandingan ini, peserta mestilah terdiri daripada pelajar yang berdaftar di universiti tersebut dan mereka mestilah warganegara asal negara tersebut. 4. SISTEM PERTANDINGAN 4.1 Pertandingan akan diadakan dalam dua kategori iaitu Kategori Antarabangsa dan Nusantara. 4.2 Pertandingan akan berlangsung di dalam empat (4) pusingan. Pusingan awal akan dijalankan sebanyak dua kali. Pemidato akan berpidato di hadapan dua juri yang berasingan. Selepas itu, 17 peserta terbaik akan memasuki pusingan seaparuh akhir akhir dari kedua-dua kategori ( 7 peserta dari Kategori Nusantara dan 10 peserta dari Kategori Antarabangsa). Pada peringkat akhir 3 peserta terbaik yang berlainan Negara dari Kategori Nusantara dan 5 peserta terbaik dari Kategori Antarabangsa akan dipilih untuk bertanding. 4.3 Kriteria-kriteria yang diambil kira untuk menentukan kedudukan pemidato adalah seperti yang berikut: a) Jumlah markah keseluruhan b) Jumlah markah isi c) Jumlah markah gaya dan penyampaian d) Jumlah markah bahasa 5. KAEDAH PERTANDINGAN 5.1 Setiap pemidato diberi masa 7 minit untuk berpidato. 5.2 Semasa pertandingan, loceng akan dibunyikan sekali sebagai tanda bermulanya pidato dan satu kali loceng akan dibunyikan apabila masa 1 minit sebelum tamat dan dua kali loceng dibunyikan apabila masa telah tamat. 5.3 Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak akan diberikan markah. 5.4 Pidato hendaklah disampaikan dalam Bahasa Melayu. 5.5 Para peserta hendaklah hadir di tempat pertandingan lima belas minit (15 minit) lebih awal untuk tujuan pengesahan pertandingan.

6. ETIKA PERTANDINGAN 6.1 Peserta digalakkan berpakaian kemas semasa pertandingan. 6.2 Peserta tidak digalakkan menunjukkan aksi kurang sopan, misalnya mengucapkan perkataan kasar dan kurang manis. 6.3 Peserta tidak digalakkan menyentuh perkara-perkara yang boleh menjejaskan maruah dan integriti seseorang individu dan sesebuah negara.

7. MASA PERSEDIAAN 7.1 Sebanyak 10 tajuk akan disediakan untuk dipilih oleh setiap pemidato. Pemidato hendaklah memilih satu tajuk untuk dipertandingkan.

8. PEMARKAHAN 8.1 Setiap pemidato akan diberikan markah maksimum 100 berdasarkan kepada: Isi 40 markah Gaya dan Penyampaian 30 markah Bahasa 30 markah 8.2 Isi akan diadili dari segi kesesuaian, pengembangan dan penjelasan hujah yang bernas, fakta-fakta, huraian dan bukti atau contoh yang logik. 8.3 Gaya dan penyampaian akan diadili berdasarkan persembahan pemidato yang lancar, kesesuaian nada serta persembahan yang meyakinkan, gaya yang menarik, nilai bujukan yang tinggi dan penyampaian isu yang tertib. 8.4 Bahasa diadili berdasarkan bahasa yang jelas dan tepat (struktur dan sebutan) serta gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

9. KEPUTUSAN 9.1 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah-markah yang dicatatkan oleh mereka adalah sulit dan rahsia. Sebarang kesulitan atau bantahan perlu dikemukakan kepada Urusetia Pertandingan.

Disediakan oleh: MAJLIS DEBAT UNIVERSITI-UNIVERSITI MALAYSIA (MADUM)

CONTOH BORANG PEMARKAHAN PIDATO

PERTANDINGAN PIDATO Tajuk Pidato Nama Peserta Tarikh Sekolah : _________________________ : _________________________ : _________________________ : _________________________

Isi 30 Markah Pemidato akan diadili dari segi pengutaraan isiisi yang bernas, data-data dan bahan-bahan yang tepat dan logik termasuk penghuraian. Panduan Pemarkahan 2 Markah- 1 isi 1 Markah huraian 1 Markah(contoh datadata) isi diperlukan sebanyak 7.

Penyampaian 40 Markah Pemidato akan diadili dari segi persembahan yang lancar, kesesuaian nada, serta persembahan yang meyakinkan penonton. Perlu menunjukkan gaya yang menarik dan dan susunan idea yang tertib.

Bahasa 20 Markah Pemidato akan diadili dari segi penguasaan bahasa yang baik ; jelas dan tepat (struktur) serta gaya bahasa yang berkesan ; iaitu tepat pada maksud yang hendak disampaikan.

Adab 5 Markah Kritikan terhadap isuisu sensitif seperti agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan akan menyebabkan kehilangan markah.

Bonus 5 Markah Pemidato akan diadili dari segi keseluruhan persembahan, kesopanan, dan perwatakan.

Jumlah

Adalah disahkan bahawa jumlah markah di atas adalah betul Disahkan oleh : _____________________ (Nama Hakim) _______________________ (Tandatangan)

Anda mungkin juga menyukai