Anda di halaman 1dari 3

Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai

menumbuk sambal. (Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.) Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. (Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.) Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. (Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik) Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. (Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai) Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya,

Burung terbang disambar ikan. (Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.)
A. Maksud Pantun: Rangkap 1: Tiada gunanya memiliki seorang isteri yang cantik sahaja jika tidak pandai melakukan tugas-tugas menguruskan rumah tangga. Rangkap 2: Ilmu pengetahuan penting kepada semua manusia. Rangkap 3: Jenaka menggambarkan kehairanan apabila melihatkan kebodohan seseorang atau melihat sesuatu yang menghairankan. Rangkap 4: Jenaka yang menggambarkan rasa bimbang apabila melihat seseorang yang melakukan sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukannya. Rangkap 5: Jenaka yang menggambarkan rasa kehairanan seseorang apabila melihat seseorang mampu melakukan sesuatu di luar dugaan. B. Tema Pantun: Pantun ini bertemakan jenaka dan sindiran kepada isteri yang tidak pandai menguruskan rumah tangga, kepentingan ilmu dan kemampuan seseorang melakukan sesuatu pekerjaan. C. Persoalan Pantun: i. Perlunya seseorang isteri bijak menguruskan rumah tangga dengan sempurna. ii. Kepentingan ilmu pengetahuan kepada manusia. iii. Kebodohan seseorang sehingga dia mungkin menjadi mangsa kepada orang lain. iv. Keupayaan seseorang tidak harus dilihat daripada sifat semula jadinya. D. Bentuk Pantun: i. Puisi bentuk terikat, jenis pantun. ii. Mengandungi 5 rangkap/ bait. iii. Setiap rangkap mengandungi 4 baris. iv. Setiap baris mengandungi di antara 3 hingga 5 perkataan. v. Setiap baris mengandungi di antara 9 hingga 11 suku kata. E. Bahasa Pantun:

i. Rima akhir abab. ii. Asonansi : Duduk termenung harimau tua (pengulangan vocal u sebanyak 5 kali) iii. Aliterasi : Hinggap menghisap bunga layu (pengulangan konsonan g sebanyak 4 kali) iv. Singkop : Penggunaan perkataan tak. F. Nilai Pantun: i. Bijaksana : Seseorang isteri harus bijak menguruskan rumah tangga. ii. Mengutamakan ilmu : Ilmu penting kepada semua manusia. iii. Rasional : Melakukan sesuatu mengikut kemampuan diri sendiri. G. Pengajaran: i. Seseorang isteri mestilah bijak menguruskan rumah tangganya. ii. Kita mestilah sentiasa mengutamakan ilmu pengetahuan dalam kehidupan kita. iii. Kita mestilah berfikir sebelum melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak memudaratkan diri kita. iv. Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan melihat sifat luarannya sahaja

Anda mungkin juga menyukai