Anda di halaman 1dari 8

PANTUN EMPAT KERAT ( PANTUN BUDI )

Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal, Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap, Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu, Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu

Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan,

Hairan sekali hati saya,

Burung terbang disambar ikan.

PANTUN Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Kupu-kupu terbang melintang,

MAKSUD Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tangga bukan sahaja berdasarkan kecantikan.

Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahli akan dicemuh dan ditertawakan orang.

Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik)

Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan

Hinggap menghisap bunga layu; kebimbangan orang ramai Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan. Perasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya

PERSOALAN
1 ) Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak.

2 ) Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang bukan ahlinya.

3 ) Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk menyelesaikannya.

4 ) Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan manusia.

NILAI
1 ) Kerajinan : seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga.

2 ) Bijaksana : Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang timbul.

3 ) Berdikari : Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.

PERSOALAN
1 ) Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata.

2 ) Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan.

3 ) Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.

CIRI-CIRI PUISI TRADISIONAL


oPantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa indah.

oIa adalah nilai masyarakat Melayu, sebab itu tidak disebutkan penciptanya.

oSifat pantun yang sederhana, ringkas dan mudah menjadikan pantun sebagai puisi tradisional yang masih kekal dan popular sehingga kini.

oSebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang sempurna dari segi maknanya.

oSetiap rangkap pantun terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pembayang dan satu lagi bahagian maksud.

oBagi pantun empat kerat, baris satu dan dua adalah pembayang, manakala baris tiga dan empat adalah maksud.

oBagi pantun dua kerat pula, baris pertama adalah pembayang dan baris kedua adalah maksud.

Anda mungkin juga menyukai