Air melurut ke tepian mandi Asam kandis mari dihiris
Kembang berseri bunga senduduk Manis sekali rasa isinya Elok diturut resmi padi Dilihat manis dipandang manis Semakin berisi semakin tunduk Lebih manis hati budinya
Daun sirih ulam Cik Da Kayu bakar dibuat arang
Makan sekapur lalu mati Arang dibakar memanaskan diri Walaupun banyak ilmu di dada Jangan mudah menyalahkan orang Biar merunduk resmi padi Cermin muka lihat sendiri
Buah pelaga makan dikikir Selasih tumbuh di tepi telaga
Dibawa orang dari hulu Selasih dimakan si anak kuda Sebarang kerja hendak difikir Kasih ibu membaa ke syurga Supaya jangan mendapat malu Kasih saudara masa berada
Kemumu di tengah pekan Masuk hutan pakai sepatu
Dihembus angin jatuh ke bawah Takut kena gigitan pacat Ilmu yang tidak diamalkan Kalau kita selalu bersatu Bagai pohon tidak berbuah Apa kerja mudah dibuat
Tumbuh melata si pokok tebu Bandar baru Seberang Perai
Pergi pasar membeli daging Gunung Daik bercabang tiga Banyak harta tak ada ilmu Hancur badan tulang berkecai Bagai rumah tidak berdinding Budi yang baik dikenang juga
Tulis surat di dalam gelap Orang haji dari Jeddah
Ayatnya banyak yang tidak kena Buah kurma berlambak-lambak Jagalah diri jangan tersilap Pekerjaan guru bukanlah mudah Jikalau silap awak yang bencana Bagai kerja menolak ombak
Hendak belayar ke Teluk Betong Pinang muda dibelah dua
Sambil mencuba labuhkan pukat Anak burung mati diranggah Bulat air kerana pembetung Dari muda sampai ke tua Bulat manusia kerana muafakat Ajaran baik jangan diubah
Pakai baju warna biru Terang bulan di malam sepi
Pergi ke sekolah pukul satu Cahya memancar kepangkal kelapa Murid sentiasa hormatkan guru Hidup di dunia buatlah bakti Kerana guru pembekal ilmu Kepada ibu dan juga bapa
Padi segemal kepuk di hulu Asal kapas menjadi benang
Sirih di hilir merekap junjungan Dari benang dibuat kain Kepalang duduk menuntut ilmu Barang yang lepas jangan dikenang Pasir sebutir jadikan intan. Sudah menjadi hak orang lain
Budak-budak berkejar-kejar Tengahari pergi mengail
Rasa gembira bermain di sana Dapat seekor ikan tenggiri Kalau kita rajin belajar Jangan amalkan sikap bakhil Tentu kita akan berjaya Akan merosak diri sendiri
Jangan pergi mandi di lombong Kapal Anjiman disangka hantu
Emak dan kakak sedang mencuci Nampak dari Kuala Acheh Jangan suka bercakap bohong Rosak iman kerana nafsu Semua kawan akan membenci Rosak hati kerana kasih
Buah cempedak bentuknya bujur Tingkap papan kayu bersegi
Sangat disukai oleh semua Sampan sakat di Pulau Angsa Jika kita bersikap jujur Indah tampan kerana budi Hidup kita dipandang mulia Tinggi darjat kerana bahasa
Jikalau tuan mengangkat peti Anak Siti anak yang manja
Tolong masukkan segala barang Suka berjalan di atas titi Jikalau anak-anak bersatu hati Orang yang malas hendak bekerja Kerja yang susah menjadi senang Pasti menyesal satu hari nanti Mari kita tanam halia Bintang tujuh sinar berseri Ambil sedikit buat juadah Bulan purnama datang menerpa Usia muda jangan disia Ajaran guru hendak ditaati Nanti tua sesal tak sudah Mana yang dapat jangan dilupa Padi muda jangan dilurut Parang tajam tidak berhulu Kalau dilurut pecah batang Buat menetak si pokok Ru Hati muda jangan diturut Bila belajar tekun selalu Kalau diturut salah datang Jangan ingkar nasihat guru Cuaca gelap semakin redup Hari malam gelap-gelita Masakan boleh kembali terang Pasang lilin jalan ke taman Budi bahasa amalan hidup Sopan santun budaya kita Barulah kekal dihormati orang Jadi kebanggaan zaman berzaman Orang Daik memacu kuda Pergi berburu sampai ke sempadan Kuda dipacu deras sekali Dapat Kancil badan berjalur Buat baik berpada-pada Biar carik baju di badan Buat jahat jangan sekali Asalkan hati bersih dan jujur Dayung perahu tuju haluan Pulau Pandan jauh ke tengah Membawa rokok bersama rempah Gunung Daik bercabang tiga Kalau ilmu tidak diamalkan Hancur badan dikandung tanah Ibarat pokok tidak berbuah Budi yang baik di kenang juga Pinang muda dibelah dua Ramai orang membeli jamu Anak burung mati diranggah Di bawah pokok cuaca redup Dari muda sampai ke tua Bersungguh-sungguh mencari ilmu Ajaran baik jangan diubah Ilmu dicari penyuluh hidup Pantai Mersing kuala Johor Apa guna berkain batik Pantainya bersih sangat mashyur Kalau tidak dengan sucinya? Pohonkan doa kita bersyukur Apa guna beristeri cantik Negara kita aman dan makmur Kalau tidak dengan budinya Orang tua patut disegani Berakit-rakit ke hulu Boleh mendapat ajar nasihat Berenang-renang ke tepian Ular yang bisa tidak begini Bersakit-sakit dahulu Bisa lagi lidah yang jahat Bersenang-senang kemudian Ramai orang menggali perigi Buah cempedak diluar pagar Ambil buluh lalu diikat Ambil galah tolong jolokkan Ilmu dicari tak akan rugi Saya budak baru belajar Buat bekalan dunia akhirat Kalau salah tolong tunjukkan Tuan Haji memakai jubah Pisang emas dibawa belayar Singgah sembahyang di tepi lorong Masak sebiji di atas peti Kalau sudah kehendak Allah Hutang emas boleh dibayar Rezeki segenggam jadi sekarung Hutang budi dibawa mati Anak rusa masuk ke taman Dalam semak ada duri Puas sudah orang memburu Ayam kuning buat sarang Kalau muda jadikan teman Orang tamak selalu rugi Kalau tua jadikan guru Macam anjing dengan bayang Berakit ke hulu dengan bergalah Baik-baik mengirai padi Buluh pecah terbelahdua Takut mercik ke muka orang Orang tua jangan dilangkah Biar pandai menjaga diri Kelak biadap dituduhnya pula Takut nanti diejek orang Ke hulu membuat pagar Rusa betina berbelang kaki Jangan terpotong batang durian Mati terkena jerat sembat Cari guru tempat belajar Orang yang muda kita sanjungi Supaya jangan sesal kemudian Orang yang tua kita hormat Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu Suruh makan awak makan Suruh mengaji awak tak mahu
Adik ke kedai membeli halia
Emak memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa
Pergi ke kedai naik beca,
Beca dinaik bersama tamu, Rajin-rajin adik membaca, Membaca baik menambah ilmu.
Pagi – pagi mendengar cerita,
Cerita dari cikgu Rohaya, Hidup kita punya cita-cita, Untuk berjasa dan berjaya.
Jalan – jalan mencari makan
Asam pedas jadi pilihan Budi yang baik jadi ikutan Di sayang guru juga rakan
Sarapan pagi minum susu
Di hidang bersama roti dan kaya Membuat keputusan jangan terburu Supaya hidup selamat sejahtera.
Adik berbisik mahu berahsia
Ibu mendengar tanpa jemu Kalau mahu hidup bahagia Penuhkan ilmu di dadamu
Anak rusa masuk ke taman
Puas sudah orang memburu Kalau muda jadikan teman Kalau tua jadikan guru
Berakit ke hulu dengan bergalah
Buluh pecah terbelah dua Orang tua jangan dilangkah Kelak biadap dituduhnya pula
Rusa betina berbelang kaki
Mati terkena jerat sembat Orang yang muda kita sanjungi Orang yang tua kita hormat
Emak Ani membeli halia
Adik memesan membeli laksa Jadilah insan berhati mulia Baik hati berbudi bahasa