Anda di halaman 1dari 2

Puisi Tradisional Pantun empat kerat (jenaka dan sindiran)

Tema= Jenaka dan Sindiran tentang hal-hal yang berkaitan tingkah laku dalam kehidupan manusia.

Pantun
Apa guna berkain batik, Kalau tidak memakai capal; Apalah guna beristeri cantik, Kalau tak pandai menumbuk sambal. Dari Kelang lalu ke Jawa, Naik sigai ke atas atap; Ikan kering lagi ketawa, Mendengar tupai membaca kitab. Ambil segulung rotan saga, Suruh diambil mari diurut; Duduk termenung harimau tua, Melihat kambing mencabut janggut. Kupu-kupu terbang melintang, Hinggap menghisap bunga layu; Hati di dalam menaruh bimbang, Melihat ikan memanjat kayu. Lebat sungguh padi di paya, Kayu tumbang tepi pangkalan; Hairan sekali hati saya, Burung terbang disambar ikan.

Maksud
Memilih isteri biarlah yang tahu menguruskan rumah tannga bukan sahaja berdasarkan kecantikan. Pekerjaan yang dilakukan oleh orang yang bukan ahlt akan dicemuh dan ditertawakan orang. Satu keanehan berlaku apabila kambing tidak takut akan harimau. (peristiwa pelik) Sesuatu keanehan yang berlaku melahirkan kebimbangan orang ramai.
Parasaan hairan wujud kerana berlaku perkara yang luar biasa yang mustahil sebenarnya.

Persoalan:
Tidak berbaloi bagi seseorang jika mempunyai isteri cantik tetapi tidak tahu memasak. Kita akan berasa pelik dan melucukan apabila sesuatu perkara itu dilakukan oleh orang yang bukan Pelbagai kepelikan dan masalah dalam kehidupan yang memerlukan ilmu untuk meyelesaikannya. Pelbagai keanehan dan luar biasa tidak mustahil berlaku dengan tanpa diduga dalam kehidupan manusia.

Nilai:
kerajinan = seseorang isteri kena rajin belajar ilmu rumah tangga. Bijaksana = Manusia yang berilmu dapat mengkaji keanehan dan mengatasi masalah yang timbul. Berdikari = Mempelajari ilmu untuk membaiki kelemahan diri.

Pengajaran:
Seseorang isteri mestilah mempelajari ilmu berumah tangga untuk kesempurnaan diri bukan hanya bergantung kepada kecantikan diri semata-mata. Kita hendaklah menuntut ilmu sebagai langkah untuk bertindak lebih bijaksana dalam mentafsirkan keanehan yang berlaku agar dapat dijadikan panduan. Kebijaksanaan hanya dapat diperoleh dengan menuntut ilmu.

Anda mungkin juga menyukai