Anda di halaman 1dari 6

Puisi Tradisional (Pantun Empat Kerat (Budi)) Maksud Rangkap 1 Seseorang yang berbudi, namanya pasti akan disebut-sebut.

Rangkap 2 Seseorang yang berbudi akan terus menjadi sebutan walaupun telah meninggal dunia. Rangkap 3 Walaupun hanya sedikit budi yang ditaburkan akan tetap dikenang. Rangkap 4 Perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang akan menyebabkan hubungan mereka berterusan ke akhir hayat. Tema Kelebihan mempunyai budi pekerti yang baik Persoalan 1. Persoalan budi yang sentiasa dikenang walaupun telah meninggal dunia. 2. Persoalan ketinggian nilai budi. 3. Persoalan kasih sayang yang wujud sesama insan hasil daripada budi yang ditaburkan. Nilai 1. Nilai menghargai budi. Budi yang ditabur oleh seseorang akan dikenang walaupun orang itu telah tiada. 2. Nilai keihlasan. Keikhlasan menghulurkan budi kepada insan lain. Pengajaran 1. Kita haruslah berbudi kepada orang lain agar disanjung oleh masyarakat. 2. Kita mestilah ikhlas menabur budi agar kehidupan lebih sejahtera. 3. Kita hendaklah menghargai budi yang dicurahkan oleh orang lain agar hubungan berkekalan. Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat (Jenaka dan Sindiran) Maksud Rangkap 1 Seseorang isteri dianggap tidak sempurna walaupun memiliki kecantikan jika dia tidak tahu melakukan kerja-kerja dapur. Rangkap 2 Jika seseorang yang tidak berilmu cuba menunjukkan kepandaian, sudah pasti dia akan ditertawakan. Rangkap 3 Seseorang pemimpin tidak akan dapat berbuat apa-apa setelah kuasanya telah hilang Rangkap 4 Perasaan bimbang apabila seseorang yang melakukan sesuatu di luar berkemampuan. Rangkap 5 Perasaa hairan yang timbul apabila orang bawahan berjaya mengambil alih kuasa daripada seseorang pemimpin yang berpengaruh.

Tema Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa.

Persoalan 1. Persoalan 2. Persoalan 3. Persoalan 4. Persoalan 5. Persoalan

tanggungjawab seorang isteri terhadap urusan rumah tangga. kepentingan memiliki ilmu pengetahuan. pemimpin yang kehilangan kuasa. kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa . musibah yang berlaku akibat kelalaian.

Nilai 1. Nilai bertanggungjawab Seseorang isteri bertanggungjawab menguruskan rumah tangga dengan baik. 2. Nilai kegigihan Seseorang yang gigih berusaha bagi mencapai matlamatnya. 3. Nilai rasional Seseorang yang rasional dalam melakukan sesuatu perkara. Pengajaran 1. Kita haruslah bertanggungjawab menguruskan rumah tangga agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah gigih meningkatkan kemahiran diri agar tidak dipandang rendah. 3. Kita haruslah berfikir dan bertindak secara rasional agar tidak mendatangkan masalah kepada orang lain. Puisi Tradisional (Syair Definisi Orang Berakal) Maksud Rangkap 1 Manusia yang berakal dipandang mulia,malahan golongan anbia dan aulia amat mementingkan ilmu. Seseorang yang mencontohi golongan anbia dan aulia akan memperoleh kebahagian. Rangkap 2 Golongan anbia dan aulia yang berilmu pengetahuan menyebabkan mereka dipilih sebagai ketua dan menegakkan keadilan. Sesiapa yang mentafsirkan golongan tersebut kejam maka dia bakal mendapat balasan. Rangkap 3 Orang yang berakal mempunyai pandangan yang jauh. Dia akan bersahabat dengan orang yang baik sahaja, sebaliknya mengenepikan orang yang jahat kerana takut terpengaruh dengan sikap negatif mereka. Rangkap 4 Orang yang berakal juga patuh kepada perintah Allah dan mengikut hukum syarak. Selain berserah kepada Allah, mereka juga tidak tamak haloba kerana menyedari bahawa dunia ini tidak kekal.

Rangkap 5 Orang yang berakal disayangi oleh golongan atasan, namun mereka tidak mengada-ngada, tidak sombong dan menganggap status mereka sama sahaja dengan rakan taulan. Rangkap 6 Jika pihak atasan memberikan perhatian yang lebih kepadanya, mereka sentiasa berwaspada. Malahan mereka berusaha merapatkan hubungan dengan rakan-rakan, merendah diri dan sedia berkhidmat. Rangkap 7 Orang yang berakal tidak bosan dalam mengejar ilmu pengetahuan dan sentiasa membuat penelitian untuk mencari jawapan agar tidak terpedaya. Tema Ciri-ciri orang yang berakal. Persoalan 1. Persoalan 2. Persoalan 3. Persoalan 4. Persoalan 5. Persoalan

ketinggian status orang yang berilmu (rangkap 1) kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah (rangkap 2) keinsafan seseorang akan kuasa Tuhan (rangkap 4) kepatuhan kepada hukum syarak (rangkap 4) keikhlasan dalam persahabatan (rangkap 6)

Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia. 2. Nilai kasih sayang Seseorang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya. 3. Nilai ketaatan. Seseorang yang berakal akan taat kepada hukum syarak. 4. Nilai kerajinan. Orang yang berakal sentiasa menelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu. Pengajaran 1. Kita haruslah mencontohi ciri-ciri orang yang berakal seperti para anbia dan aulia agar kehidupan akan lebih bahagia. 2. Kita mestilah menyayangi sahabat yang baik dan menjauhi orang-orang yang bersikap negatif agar tidak terpengaruh. 3. Kita haruslah merendah diri walaupun berilmu dan disayangi ramai agar terhindar daripada sifat riak dan takbur. 4. Kita hendaklah patuh pada hukum syarak agar terhindar daripada kemungkaran.

Puisi Tradisional (Syair Siti Sianah) Maksud Rangkap 1 Segelintir wanita berlebih-lebihan ketika berdandan seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening. Mereka juga berhias dan memakai pakaian yang selengkapnya. Rangkap 2 Terdapat segelintir wanita yang ketawa mengilai-ngilai. Malahan, di hadapan lelaki dia akan menunjuk-nunjukkan mukanya supaya lelaki tersebut terpikat akan kecantikannya. Rangkap 3 Ada sesetengah wanita yang suka bersolek dan berhias. Mereka juga sanggup membuang masa di hadapan cermin bagi melihat wajah mereka. Rangkap 4 Terdapat segelintir wanita yang tidak begitu cantik dan jelita. Malahan, hidungnya kembang dan tidak mancung seperti besar mulut buaya. Namun, mereka tetap berhias. Rangkap 5 Ada sesetengah wanita yang berperangai buruk. Mereka membuat sanggul siput untuk menutup kekurangan rambut, malahan ada yang sanggup memakai rambut palsu. Rangkap 6 Ada juga yang melumuri bedak di kaki, tangan, lengan dan jari sehinnga putih semata-mata untuk mengaburi mata orang yang melihatnya akan kekurangan diri mereka. Rangkap 7 Terdapat segelintir wanita yang suka dipuji. Mereka memakai gelang sehingga ke pangkal lengan dengan tujuan untuk menarik perhatian. Mereka juga suka berpeleseran dengan lelaki. Rangkap 8 Ada juga wanita yang mendedahkan kaki dan tangan dengan alasan untuk berubat. Sebenarnya, niat mereka untuk membuatkan lelaki terpikat kepadanya. Namun, tindakan mereka diketahui Allah. Rangkap 9 Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah agar kita akan terselamat daripada segala kemungkaran, malahan dijauhi daripada berperangai seperti perempuan yang tidak berakhlak. Rangkap 10 Sesetengah wanita suka berjudi sehingga tergadai barang kemas akibat perangai buruknya selama ini. Rangkap 11 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan berlakunya perlakuan yang tidak senonoh. Mereka juga mengabaikan solat kerana hasutan syaitan. Tema Nasihat kepada golongan wanita bagi memelihara maruah diri. Persoalan 1. Persoalan 2. Persoalan 3. Persoalan 4. Persoalan

sikap wanita yang suka berhias hingga melanggar hukum syarak. ketaaatan kepada Allah. kesan buruk perjudian. pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

Nilai 1. Nilai kesopanan Seseorang wanita yang berada di khalayak ramai perlu bersopan santun seperti jangan ketawa mengilai-ngilai. 2. Nilai kesederhanaan

Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri. 3. Nilai ketaatan kepada agama. Setiap tindakan yang ingin dilakukan oleh seseorang harus berlandaskan agama. 4. Nilai kesyukuran. Bersyukurlah dengan kurniaan Tuhan dan menerima kekurangan diri. Pengajaran 1. Seseorang wanita haruslah menjaga adab dan perilaku agar dihormati oleh orang lain. 2. Seseorang wanita perlu bersederhana dalam penampilan diri, namun tidaklah secara berlebih-lebihan agar tidak menimbulkan fitnah. 3. Kita tidak harus terlibat dengan sebarang aktiviti perjudian agar tidak berlakunya pembaziran. 4. Seseorang wanita haruslah menjaga batas pergaulan dengan golongan lelaki agar terpelihara daripada maksiat. Puisi Tradisional (Gurindam 12 Fasal yang Keenam) Maksud Rangkap 1 Saranan supaya memilih teman yang dapat membantu ketika susah dan senang. Rangkap 2 Saranan agar berguru dengan seseorang yang benar-benar berilmu dan dapat menyelesaikan setiap kemusykilan. Rangkap 3 Saranan supaya memilih isteri yang patuh dan setia kepada suami. Rangkap 4 Saranan agar mencari teman yang memiliki semangat setiakawan Tema Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi. Persoalan 1. Persoalan kepentingan memilih sahabat yang boleh membahagiakan. 2. Persoalan kebijaksanaan dalam memilih guru . 3. Persoalan kepentingan mempunyai isteri yang setia Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Kebijaksanaan seseorang memilih sahabat, guru dan isteri akan memberi manfaat kepadanya. 2. Nilai ketaatan. Seorang isteri perlu taat dan setia kepada suami. 3. Nilai keikhlasan Seseorang sahabat perlu ikhlas dalam menjalinkan perhubungan. Pengajaran

1. Kita haruslah mencari sahabat yang dapat memahami dan bersama-sama ketika susah dan senang. 2. Kita mestilah berguru dengan orang yang benar-benar bijaksana agar dapat membimbing kita. 3. Seseorang suami haruslah bijak memilih isteri yang setia agar perhubungan mereka berkekalan. Puisi Tradisional (Seloka Emak Si Randang) Maksud Seloka ini mengisahkan Emak Si Randang yang baik hati. Dia rela memasakkan makanan untuk membantu orang dagang yang tidak dikenalinya. Emak Si Randang sanggup berhabis-habisan bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah jika tidak berkayu. Namun demikian, Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri. Setelah orang dagang itu pergi, Emak Si Randang terpaksa menanggung hutang kerana kehabisan beras sedangkan padi yang ditanamnya tidak menjadi. Tema Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri. Persoalan 1. Persoalan rasional ketika melakukan sebarang tindakan 2. Persoalan pembaziran yang perlu dielakkan . 3. Persoalan tanggungjawab seorang ibu terhadap keluarga. Nilai 1. Nilai kebijaksanaan. Seseorang perlu bijaksana menggunakan akal fikiran dalam melakukan sesuatu tindakan 2. Nilai bertanggungjawab. Seseorang ibu perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak. 3. Nilai berbudi Kita disarankan berbudi kepada semua orang tetapi mestilah berpada-pada.. Pengajaran 1. Kita janganlah melebih-lebihkan orang luar dan sebaliknya mengabaikan ahli keluarga sendiri agar kehidupan lebih harmoni. 2. Kita mestilah menggunakan akal fikiran yang rasional dalam sebarang tindakan agar tidak mendapatkan kesan yang buruk. 3. Kita hendaklah melayan tetamu dengan berpada-pada agar tidak berlakunya pembaziran.

Anda mungkin juga menyukai