Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM BEBERAPA PETUA HIDUP

TEMA
Nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan
yang perlu ada dalam diri setiap insan/seseorang

MAKSUD
Rangkap 1
Orang yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka
salah langkah.
Rangkap 2
Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan mengalami bencana.
Rangkap 3
Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya akan diselubungi kesedihan.
Rangkap 4
Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak selesai tidak akan berguna dalam
kehidupan
Rangkap 5
Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar dengan tekun.
Rangkap 6
Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan berinteraksi serta mencari rakan yang
sesuai.

Rangkap 7
Sesiapa yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8
Orang yang menganiayai orang lain akan dimurkai oleh Tuhan.

PERSOALAN
1. Persoalan berfikiran baik dalam kehidupan.
Contoh : ( R1)
Kurang fikir kurang siasat
Tentu dirimu kelak sesat
2. Menjaga percakapan sesama insan.
Contoh ; (R2)
Kalau mulut tajam dan kasar
Boleh ditimpa bahaya besar
3. Persoalan memilih rakan baik dalam pergaulan.
Contoh (R6)
Dunia ini taman pergaulan
Hendaklah pilih sahabat dan taulan
4. Persoalan berbudi dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
Contoh : (R7)
Barang siapa berbuat jasa
Mulia namanya segenap masa
5. Persoalan tentang setiap perbuatan akan ada balasan.
Contoh : (R8)
Barang siapa berbuat khianat
Tuhan kelak memberi laknat.
TEMA DAN PERSOALAN
Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita teladani
dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia memiliki sifat
yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam pergaulan dan
menjauhi sifat yang negatif.

Persoalan
(a) Kepentingan menimba ilmu demi masa depan.
Sikap rajin berusaha mencari ilmu akan membolehkan kita memperoleh ilmu
dan kemahiran yang diingini.
(b) Menjauhi persengketaan.
Hidup orang yang suka bersengketa tidak akan bahagia. Oleh itu,
persengketaan hendaklah dijauhi dan perlu diselesaikan jika ia berlaku.
(c) Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
Sebelum seseorang berkata-kata, dia hendaklah berfikir dahulu supaya tidak
membuat kesilapan. Kata-kata yang tidak elok akan menyakitkan hati orang yang
mendengarnya, malahan dapat menimbulkan perselisihan faham dan masalah yang
lain.
(d) Kepentingan menjaga adab dan memilih rakan sebaya.
Dalam menjaga adab pergaulan, kita hendaklah memilih orang yang baik
untuk dijadikan sahabat. Kriteria sahabat yang dicari itu dapat dikenal pasti melalui
budi bahasa dan latar pergaulannya.
(h) Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
Orang yang berbuat jasa akan dihormati dan dikenang namanya oleh orang lain
selama-lamanya. Namun begitu, sebelum berbuat jasa kepada orang lain, kita
haruslah membuat pertimbangan yang sewajarnya.

NILAI
1)Nilai kerajinan. Sikap rajin belajar untuk menambah pengetahuan kita membuat
penilaian yang wajar.
2)Nilai hemah tinggi. Sifat beradab dalam pergaulan disenangi oleh rakan-rakan dan
dapat mengelakkan perselisihan. Selain itu, berbudi bahasa, baik dan pemurah
perlu diamalkan. Orang yang berhemah tinggi akan sentiasa dihormati.
3)Nilai bantu-membantu. Amalan bantu-membantu dalam kalangan masyarakat
adalah satu kemestian dan perlu diamalkan.

PENGAJARAN

1)Kita hendaklah menjaga tingkah laku dan budi pekerti dalam pergaulan.
2)Kita hendaklah rajin belajar dan menuntut ilmu supaya bermanfaat untuk diri
sendiri.
3)Kita hendaklah bijak memilih sahabat.
4)Kita hendaklah bersikap pemurah dan dermawan.
5)Kita hendaklah bersikap jujur dalam persahabatan.
6)Janganlah kita suka bersengketa.

Selamat maju jaya:)

Anda mungkin juga menyukai