Anda di halaman 1dari 4

GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

1 GURINDAM – BEBERAPA PETUA HIDUP (Za’ba)

FIKIR DAN KATA


1.Kurang fikir kurang siasat, Penulis mengingatkan bahawa manusia yang kurang
Tentu dirimu kelak tersesat. berfikir dan kurang mengkaji pasti tidak akan dapat
mengatasi masalah yang dihadapinya.
2.Fikir dahulu sebelum Penulis berkata bahawa manusia mestilah berfikir
berkata, sebelum berkata-berkata supaya dapat mengelakkan
Supaya terelak segala sebarang perselisihan faham waima persengketaan
sengketa. sesama manusia.
3.Perkataan tajam jika dilepas, Kata-kata yang kesat dan kurang sopan jika diujar akan
Ibarat beringin, racun dan menyakitkan hati an melukakan perasaan orang lain.
upas.
4.Kalau mulut tajam dan kasar, Penulis berkata bahawa manusia seseorang yang kasar
Boleh ditimpa bahaya besar. dalam pertuturan boleh menyebabkan dirinya ditimpa
pelbagai masalah.
SILANG DAN SENGKETA
5.Siapa menggemari silang Penulis berkata bahawa manusia yang suka bergaduh dan
sengketa, berselisih faham akan hidup dalam kesedihan.
Kelaknya pasti berdukacita.
6.Silang selisih jangan dicari, Penulis menasihati kita agar tidak sengaja mencari
Jika tersua janganlah lari. pergaduhan dengan orang lain dan setiap perselisihan
faham harus diselesaikan, bukannya dielakkan.
ILMU
7.Jikalau ilmu tiada sempurna, Penulis berkata bahawa ilmu mesti dikuasai dengan
Tiada berapa ia berguna. sempurna kerana ilmu yang tidak kuasai dengan baik tidak
dapat memanfaatkan kita.
8.Ilmu kepandaian boleh Penulis berkata bahawa ilmu pengetahuan dalam diri
dikejar, seseorang harus ditimba dengan kesungguhan dan
Asal mahu rajin belajar. kerajinan asalkan kita memiliki kemahuan yang tinggi.
DUNIA PERGAULAN
9.Dunia ini taman pergaulan, Penulis berkata bahawa kehidupan di dunia ini menjadi
Hendaklah pilih sahabat dan lebih lengkap jika kita bijak memilih rakan sebaya.
taulan
10.Manusia dikenal sifat Penulis berkata bahawa seseorang manusia dapat dikenali
budinya, melalui budi bahasanya dan melalui pergaulannya.
Dengan dilihat siapa
kawannya.
11.Burung yang sama corak Penulis berkata bahawa sekumpulan kawan yang baik
dan bulu, biasanya akan bersama-sama dalam pelbagai aktiviti
Selalu sekumpul ke hilir ke kehidupan dan sentiasa bersama di mana-mana sahaja.
hulu
SIFAT-SIFAT YANG BAIK
12.Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang berbudi bahasa
budiman, akan dipandang tinggi dan dihormati oleh ahli
Dipandang sebagai bunga di masyarakat.
taman
13.Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang murah hati dan
dermawan, suka menderma akan mendapat perhatian daripada
Segala orang dapat kautawan. masyarakat.
14.Jikalau kamu bersifat Penulis berkata bahawa seseorang yang bersifat pemurah
pemurah, akan mudah mendapat kawan dan menjadi tempat untuk
Segala manusia datang meminta bantuan.
menyerah.
PERBUATAN YANG BAIK
15.Barang siapa berbuat jasa, Penulis berkata bahawa seseorang yang banyak berjasa
Mulia namanya segenap masa. dalam masyarakat akan sentiasa dikenang orang pada
bila-bila masa.
16.Menolong sesama wajib Penulis berkata bahawa kita haruslah membantu diri
dan perlu, sendiri sebelum menghulurkan bantuan kepada orang
tetapi tolonglah dirimu lain.
dahulu.
SIFT-SIFAT YANG JAHAT
17.Telunjuk lurus kelengkeng Penulis berkata bahawa kita mestilah berhati-hati
berkait, terhadap manusia yang nampak baik tetapi berhati busuk.
Hati sesama menjadi pahit.
18. Penulis berkata bahawa seseorang yang mengkhianati
Barang siapa berbuat khianat, orang lain akan mendapat balasan Tuhan pada kemudian
Tuhan kelak memberi laknat. hari.

B    TEMA DAN PERSOALAN


Tema gurindam ini ialah pelbagai amalan dan nilai murni yang dapat kita
teladani dalam kehidupan. Hal ini dikatakan demikian kerana setiap manusia
memiliki sifat yang berbeza. Oleh sebab itu, kita haruslah berhati-hati dalam
pergaulan dan menjauhi sifat yang negatif.

Persoalan
(a)   Kepentingan berfikiran matang dan rasional.
(b)   Pergaduhan yang tidak memanfaatkan sesiapa.
(c)   Penjagaan tutur kata demi maruah diri.
(d)   Kesedihan daripada pertelingkahan.
(e)   Kepentingan menimba ilmu.
(f)   Kegigihan mencari ilmu demi masa depan.
(g)   Kepentingan rakan sebaya dalam kehidupan.
(h)   Sifat budi bahasa penting dalam kehidupan.
(i)   Sifat pemurah yang disukai masyarakat.
(j)   Kemuliaan seseorang daripada jasa yang ditaburkan.
(k)   Kepentingan bekerjasama dalam kalangan ahli masyarakat.
(l)   Kejahatan manusia yang tersembunyi.
(m) Pengkhianatan dalam kalangan manusia.
C GAYA BAHASA

(a) Repitisi
Buktinya,
Kurang fikir, kurang siasat
Selalu berkumpul ke hulu ke hilir

(b) Imej alam atau imejan


Buktinya,
dipandang sebagai bunga di taman.

(c) Pengulangan kata


Buktinya,
Silang selisih jangan dicari
Jika tersua janganlah lari
Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau kamu bersifat budiman,
Jikalau kamu bersifat dermawan
Jikalau kamu bersifat pemurah

(d) Sinkope
Buktinya,
Tentu dirimu kelak tersesat

 (e) Simile
Buktinya,
Ibarat beringin, racun dan upas
          dipandang sebagai bunga di taman.
Tetapi tolonglah dirimu dahulu

(f) Peribahasa
Buktinya,
Telunjuk lurus kelengkeng berkait,

D    NILAI MURNI
(a)   Rasional
(b)   Keikhlasan
(c)   Setia kawan
(d)   Kegigihan
(e)   Kesungguhan
(f)   Kerajinan
(g)   Baik hati
(h)   Murah hati
(i)   Hemah tinggi
(j)   Berwaspada
(k)   Keadilan
E      PENGAJARAN

(a)   Kita mestilah berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain
demi menjaga maruah diri.
(b)   Kita mestilah ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan
sesiapa.
(c)   Kita mestilah setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya
kehadiran kita disukai.
(d)   Kita mestilah gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih
cerah.
(e)   Kita mestilah bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya
setiap masalah yang kita hadapi dapat diselesaikan.
(f)   Kita mestilah rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam
diri supaya dapat menjadi manusia yang bijak pandai.
(g)   Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam
masyarakat.
(h)   Kita mestilah bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk
meringankan beban mereka.
(i)   Kita mestilah bersifat hemah tinggi supaya disanjung tinggi dan dihormati
oleh ahli masyarakat.
(j)   Kita mestilah berhati-hati dalam segala tingkah laku demi menjaga
ketinggian budi dan akhlak.
(k)   Kita mestilah berbuat baik sesama manusia agar segala perbuatan baik kita
akan dibalas baik kerana Tuhan mengadili kita berdasarkan perbuatan
kita.

Anda mungkin juga menyukai