Anda di halaman 1dari 6

KUIZ UJI PERSONALITI DIRI

Soalan 1 : Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta idaman. Kereta yang
anda ingin beli adalah:
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana
Soalan 1 : Cara anda memilih pasangan
a) Memilih mengikut naluri anda sendiri. Bagi anda, calon paling sesuai adalah boleh dipercayai serta
menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu membuatkan anda
sering kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih pasangan, anda akan
menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan diri anda.

Soalan 2 : Katakan anda seorang penyanyi dan baru selesai merakamkan album terkini. Rekaan untuk
kulit album yang anda pilih adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu dan berwarna-warni
c) Potret anda
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya

Soalan 2 : Menunjukkan personaliti diri anda


a) Individu yang sensitif dan prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir. Namun hakikatnya
mudah didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala diragui oleh rakanrakan anda dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka membuat orang lain tertawa tetapi tidak
sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.

d) Suka memperlihatkn bakat kepada umum. Namun harus diingat, orang lain juga mempunyai bakat
sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain.

Soalan 3 : Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian anda mengalihkan
pandangan ke persekitaran (tanah tempat berpijak). Gambaran yang anda terbayang ketika itu adalah:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar

Soalan 3 : Melambangkan kebolehan/kelebihan diri anda


a) Seorang yang sensitif terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit. Berfikiran tajam dan
sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda berkomunikasi dan
mereka juga senang dengan diri anda.
c) Dianggap terlalu memahami orang lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja walau dalam apa juga
keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan sampai
mengabaikan perasaan orang lain.

Soalan 4 : Cara anda membaca majalah/surat khabar adalah:


a) Membaca mengikut urutan muka surat
b) Membaca dengan melangkau halaman muka surat dan hanya memilih artikel kegemaran
c) Membelek helaian muka surat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik
d) Mula membaca dari muka surat belakang terus ke hadapan

Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan


a) Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan sebaiknya.

b) Seorang yang boros. Sikap itu menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak.
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana membeli barang
berkualiti rendah. Mungkin kerana andaq memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup berhabisan duit
kerananya.

Soalan 5 : Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba datang seseorang menghampiri
anda dan ingin berbual dengan anda. Perkataan pertama yang anda ucapkan adalah:
a) "Lukisan ini cantik."
b) "Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?"
c) "Maaf, adakah saya menggangu?"
d) Kenalkan diri , "Sayalah pelukisnya."

Soalan 5 : Reaksi bila bertemu orang baru


a) Suka berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya anda berasa
bimbang jika orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu. Adakalanya anda
mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak mementingkan
diri dalam melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha anda seakan siasia kerana individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.
**********

*kuiz ini hanya sebahagian daripada kajian oleh pakar, jadi bukannya seratus percent betul!

WARNA DAN PERSONALITI


Assalamualaikum,
Tahukah anda, warna memainkan peranan penting di dalam menentukan perasaan seseorang? Setiap
warna mempunyai pengaruh kepada jiwa dan persepsi manusia. Begitu hebatnya Allah SWT menciptakan
pelbagai warna di dunia ini.
Aku ingin kongsikan mengenai hasil kajian yang ditakrifkan oleh beberapa pakar warna seperti berikut:
1. Kuning
Ceria, tahan lasak, suka berkawan, suka popular, enjoy
2. Hijau
Tenang, pemurah, berperikemanusiaan, kreatif, mengambil berat, banyak idea, pengasih, penyayang
3. Coklat
Matang, sihat, berdikari, tenang
4. Merah
Kemegahan, pantas, kurang sabar, bersemangat
5. Hitam
Ego, keyakinan tinggi, mudah hiba, iltizam yang tinggi, komited, serius, tak pandai berlawak
6. Putih
Optimistik, suci, kedamaian, tak suka bergaduh, kurang kreatif, kadang-kadang membosankan, bersangka
baik
7. Biru Muda
Sensitif, beretika, romantik, suka menolong, mudah bekorban, kerjasama, membawa kesembuhan
8. Perak/Emas
Kejayaan, positif, ceria, gigih
9. Merah Jambu
Penyayang, bersungguh-sungguh, , ekstrim apabila fokus kepada sesuatu, sihat
10.Oren
Suka kebebasan, aktif, agresif, sihat

PERSONALITI BERDASARKAN GAMBAR LUKISAN


1.GUNUNG, 2.MATAHARI, 3.SUNGAI, 4. JALAN RAYA, 5.BATU, 6.SAMPAN, 7. SAWAH,
8.RUMAH, 9.POKOK, 10.BUNGA, 11.BURUNG, 12.ULAR, 13.AYAM.
1. * GUNUNG
Kalau anda lukis satu gunung/bukit , maksudnya , dalam hidup anda ,ada SATU impian yang ingin
dicapai suatu hari nanti . Senang cakap , anda ni ada wawasan dan matlamat hidup dan sangat ambitious .
Kalau lukis gunung/bukit lebih daripada satu , sebenarnya ada banyak benda yang nak dicapai dalam
kehidupan. contohnya , nak bisnes maju , nak kahwin awal hihi , kau nak masuk tv haa macam macam
lagi lah .
2. MATAHARI
Jika matahari anda separuh, berada di kaki bukit atau bucu kertas, maknanya anda seorang yang tak suka
menonjolkan diri. (#PEMALU) Kalau boleh nak jadi seorang yang biasa2 sahaja. Tahap keyakinan
berucap di hadapan orang hanyalah biasa-biasa sahaja (average). Jadi cuba naikkan tahap keyakinan tu.
Kalau matahari dilukis penuh (bulat getel), maknanya ada seorang yang yakin dan confident dengan apa
yang anda lakukan. Memang seorang yang berkeyakinan, berpengaruh dalam komuniti. Sangat suka
memberi pengucapan secara umum di hadapan khalayak ramai.
3. SUNGAI
Jika sungai dilukis dengan punca daripada gunung, anda merupakan seorang yang akan mengkaji segala
punca masalah apabila berlaku pada diri anda. Jika tiada punca, anda seorang yang akan bertindak
mempercayai masalah itu berdasarkan apa yang anda lihat sahaja tanpa usul periksa.
4. SAWAH PADI
Jika sawah padi anda nampak luas di dalam lukisan, anda merupakan seorang yang berpandangan luas.
5. POKOK
Kalau lukis pokok kelapa, maksudnya anda seorang yang berfikiran terbuka. Anda suka berkongsi info
kat orang lain. Tidak pernah kedekut ilmu dan kadangkala benda yang agak peribadi akan diceritakan
kepada orang lain.
Kalau anda lukis pokok yang berbentuk awan, maksudnya anda jenis tak kisah jika ada orang bergosip
tentang anda. Kadang kala anda tidak mengendahkan dan biarkan sahaja. Tetapi anda cukup sensetif
apabila ada orang lain sibuk mengacau hal peribadi anda.

6. RUMAH
Kalau lukis rumah kayu , anda tak begitu materialistik. (Kebendaan)

Kalau lukis rumah batu pula , anda seorang materialistik


7.JALAN/JALAN RAYA
Jika jalan raya yang anda lukis menuju ke rumah, maksudnya anda akan tetap akan pulang ke tempat asal
walaupun anda merantau ke ceruk mana sekalipun. ( ikan pulang ke lubuk, sirih pulang ke gagang)
Kalau lukis jalan hanya berdepan dengan rumah sahaja, anda merupakan seorang yang suka merantau
atau jalan-jalan. (tak reti nak balik rumah HAHAHA suka berjalan jalan) ..
8. AYAM
Kalau ayamnya seekor sahaja, anda merupakan seorang yang tak suka dikongkong dan suka kebebasan.
Kalau lebih daripada seekor, ayam besar kat depan, ayam kecil di belakang, anda suka jadi pemimpin dan
mempunyai daya kepimpinan yang kuat.
Kalau ayam kecil di hadapan, ayam besar di belakang, anda lebih suka menjadi pengikut dalam kumpulan
sahaja atau nak jadi biasa-biasa sahaja.
9. ULAR
Kalau ular jauh dari rumah , maksudnya untuk masa sekarang ni kau tak nak fikir pasal jodoh lagi .anda
nak achieve macam-macam dulu . ada banyak benda yang ingin ada selesaikan sebelum mencari jodoh.
Kalau ular dekat dengan rumah , maksudnya , anda ni kalau pasal jodoh , anda nak orang yang anda kenal
dan rapat yang jadi jodoh . contohnya, nak kawan baik yang berlainan jantina yang jadi jodoh anda.
Sebab anda dah cukup selesa dengan dia .
10. Sampan
Jika sampan dilukis berada di tepi sungai dan diikat kemas, menunjukkan kita seorang yang berpendirian
tetap.
Tapi jika sampan dibiarkan tidak berikat, malah terumbang ambing dalam sungai, menunjukkan anda
seorang yang tidak berpendirian teguh.
11. BUNGA
Jika bunga dilukis setangkai demi setangkai, bukan sekuntum-sekuntum atau sejambak, anda merupakan
seorang yang setia.
12. BURUNG
Jika burung yang dilukis melebihi 4 ekor, anda merupakan seorang yang mementingkan persahabatan.
13. BATU
Jika batu yang anda lukis, di dalam sungai, ini bermakna anda seorang yang emosional!
dan jika sebaliknya, anda SEORANG penyeri seluruh alam! (ceria)

Anda mungkin juga menyukai