Anda di halaman 1dari 8

Ujian Personaliti Diri Anda

UJIAN PERSONALITI

ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda

sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:

Anda berada di dalam hutan

(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan

(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu

(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci

(4) nyatakan bilangan kunci itu

(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..

(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.

(7) apakah bentuk meja itu?

(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...


(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?

(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?

[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.

(10) Berapakah laju air itu?

(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.

(11) Apa ukuran kotak itu?

(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?

(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.

(13) jambatan diperbuat daripada apa?

(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.

(14) Apakah warna kuda itu?

(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?

(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)

TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh

daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?


(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:

(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar

menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau

anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci

1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda

2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda

6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah

berpagar : close-minded

tidak berpagar : open minded

(6) pintu

terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain

tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja

Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya

Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang

anda fikir sama frekuensi sahaja

Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan

dalam hidup anda


(8) Pasu

Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi

Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai

Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh

logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun

0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali

1-4 - ghairah seks rendah

5 - ghairah seks sederhana

6-9 - ghairah seks tinggi

10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:

kecil - ego rendah

menengah - ego sederhana

besar - ego tinggi

(12) material peti:

cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati

kepribadian

logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:

jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda

jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda

rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:


putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.

kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.

hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:

diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.

berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.

Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...

Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:

(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?

(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?

(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?

Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:

Tornado - masalah dalam hidup anda

peti - anda

Jambatan - kawan-kawan anda

Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi

masalah.

(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi

masalah.

(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda

menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...


Jom uji personaliti diri. Anda hanya perlu membaca lima soalan dan berikan jawapan
spontan kepada setiap satu soalan yang diberi. Kemudian baru semak personaliti anda
melalui jawapan yang dikongsikan.

Soalan 1 : Anda memiliki sejumlah wang yang banyak dan ingin membeli kereta idaman.
Jenis kereta apa yang akan anda beli?
a) Kenderaan pacuan 4 roda
b) Kereta sport
c) Jaguar
d) Apa sahaja yang boleh membawa anda ke mana-mana
Soalan 2 : Katakan anda seorang penulis novel dan ingin menerbitkan karya terbaru.
Rekaan untuk kulit novel yang anda akan pilih adalah:
a) Pantai yang indah, tenang, berpasir putih dan lautan biru terbentang luas
b) Karikatur yang lucu dan bewarna-warni
c) Potret anda
d) Lukisan abstrak yang tidak jelas bentuknya
Soalan 3 : Anda merenung ke langit yang terbentang luas dan indah. Kemudian anda
mengalihkan pandangan ke persekitaran (tanah tempat berpijak). Gambaran pertama
yang anda terbayang ketika itu adalah:
a) Permukaan bumi putih diselaputi salji
b) Pantai dengan lautan terbentang luas
c) Gunung-ganang dengan rimbunan pokok-pokok hijau
d) Padang luas yang dipenuhi bunga matahari yang kembang mekar
Soalan 4 : Cara anda membaca majalah/surat khabar setiap hari:
a) Membaca mengikut urutan mukasurat
b) Membaca dengan melangkau halaman mukasurat dan hanya memilih artikel
kegemaran
c) Membelek helaian mukasurat terlebih dahulu kerana mencari artikel yang menarik
d) Mula membaca dari mukasurat belakang terus ke hadapan
Soalan 5 : Anda sedang berada dalam satu pameran lukisan. Tiba-tiba anda rasa ingin
menegur seseorang yang turut berada di pameran yang sama. Anda menghampiri orang
tersebut. Perkataan pertama yang anda akan ucapkan adalah:
a) “Lukisan ini cantik.”
b) “Apa pendapat kamu tentang lukisan ini?”
c) “Maaf, adakah saya menggangu?”
d) Kenalkan diri , “Sayalah pelukisnya.”
Sudah menjawab kesemua soalan? Jom semak jawapannya pula

Jawapan:
Soalan 1 : Cara anda memilih pasangan
a) Memilih mengikut naluri anda sendiri. Bagi anda, calon paling sesuai adalah boleh
dipercayai serta menenangkan.
b) Kacak atau cantik adalah kriteria utama anda memilih pasangan. Cara ini selalu
membuatkan anda sering kecewa dalam hubungan.
c) Status sosial dan kewangan sangat penting dalam hidup anda. Dalam memilih
pasangan, anda akan menyelidik latar belakang keluarga dan sebagainya.
d) Bersikap terbuka dan boleh menerima sesiapa sahaja yang mampu membahagiakan
diri anda.
Soalan 2 : Menunjukkan personaliti diri anda
a) Individu yang sensitif dan prihatin. Namun agak pemalu dan sukar untuk ditafsir.
Namun hakikatnya mudah didekati.
b) Mudah bergaul, peramah dan mempunyai ramai teman. Keramahan kadang kala
diragui oleh rakan-rakan anda dan mereka sukar mempercayai diri anda. Anda suka
membuat orang lain tertawa tetapi tidak sama sekali untuk ditertawakan orang lain.
c) Individu yang jujur.Namun kejujuran perlu berpada-pada.
d) Suka memperlihatkn bakat kepada umum. Namun harus diingat, orang lain juga
mempunyai bakat sehebat anda. Cuba berfikiran terbuka dan terima pendapat orang lain.
Soalan 3 : Melambangkan kebolehan/kelebihan diri anda
a) Seorang yang sensitif terutamanya ketika berhadapan dengan keadaan yang rumit.
Berfikiran tajam dan sering mengikut kata hati ketika bertindak.
b) Bijak menjaga hati sahabat. Individu di sekeliling anda kagum dengan cara anda
berkomunikasi dan mereka juga senang dengan diri anda.
c) Dianggap terlalu memahami orang lain. Anda bersedia membantu sesiapa sahaja
walau dalam apa juga keadaan.
d) Bijak, kreatif, memiliki banyak idea dan berpotensi untuk terus maju. Namun jangan
sampai mengabaikan perasaan orang lain.
Soalan 4 : Cara mengatur perbelanjaan
a) Bijak merancang perbelanjaan, tidak boros dan tahu menggunakan wang dengan
sebaiknya.
b) Seorang yang boros. Sikap itu menjadikan anda sering hidup dalam keadaan terdesak.
c) Berhati-hati dalam perbelanjaan hingga ada yang menganggap anda kedekut kerana
membeli barang berkualiti rendah. Mungkin kerana andaq memang tidak suka berhutang.
d) Cara mengatur perbelanjaan tidak rasional. Jika inginkan sesuatu, anda sanggup
berhabisan duit kerananya.
Soalan 5 : Reaksi bila bertemu orang baru
a) Suka berkawan dan berfikiran positif. Keperibadian disenangi ramai namun adakalanya
anda berasa bimbang jika orang lain tidak dapat menerima kehadiran anda.
b) Sebelum meluahkn isi hati, anda pasti ingin mendengar pendapat orang lain dahulu.
Adakalanya anda mudah terpengaruh dengan pendapat orang lain.
c) Dianggap sebagai individu yang sukar didekati oleh orang di sekeliling. Anda juga agak
mementingkan diri dalam melakukan sesuatu perkara.
d) Berusaha bersunggh-sungguh agar diri anda dapat diterima orang lain. Namun usaha
anda seakan sia-sia kerana individu sekeliling anda seolah-olah tidak sukakan sikap anda.
PERHATIAN: Harus diingat Kuiz Kenali Personaliti Diri ini sekadar untuk suka-suka.
Jangan pula ada yang sentap kalau jawapannya nanti memberikan personaliti dari sisi
yang negatif.

Anda mungkin juga menyukai