Anda di halaman 1dari 4

Refleksi Projek Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

 Kekuatan Projek
Terdapat beberapa kekuatan sepanjang tempoh projek berpasangan tersebut
dilaksanakan. Antara kekuatan pertandingan ini ialah kami dapat mencungkil bakat
murid-murid yang terpendam serta dapat memebantu murid melahirkan perasaan
sebenar mereka dalam menghayati bulan Kemerdekaan.
Kekuatan kedua pertandingan ini pula ialah pertandingan ini amat disokong
oleh pihak sekolah memandangkan pihak pentadbiran bersedia untuk memberikan
peruntukkan yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana projek ini membawa manfaat
kepada semua murid dan juga pihak sekolah. Misalnya, semangat patriotisme telah
dipupuk dalam hati murid dan juga guru-guru. Dengan itu, pihak pentadbiran
memberikan hak mutlak kepada kami sepanjang proses persediaan dan pertandingan
supaya apa yang dijalankan itu menepati kehendak kami sendiri.
Kekuatan ketiga projek ini ialah kami mendapat kerjasama yang sepenuhnya
daripada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga guru pembimbing yang
sentiasa memberikan maklum balas yang positif terhadap setiap projek yang telah
kami jalankan di sekolah ini. Guru-guru juga tidak pernah lokek untuk berkongsi segala
ilmu dan pengalaman mereka kepada kami untuk dijadikan panduan dan sokongan.
Kekuatan keempat projek tersebut adalah menggalakkan guru pelatih
berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan
dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan lain. Kami sentiasa berbincang dan
mengongsikan idea sepanjang persediaan pertandingan sehinggalah membuat
refleksi dan juga dokumentasi. Kami telah mengagihkan tugas masing-masing dan
saling bekerjasama dalam proses pelaksanaan projek berpasangan tersebut supaya
lancar dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kekuatan kelima projek tersebut adalah memberikan satu peluang kepada
guru pelatih untuk mempelajari cara melaksanakan sesuatu projek termasuk cara
menulis kertas kerja, melaksanakan projek yang dirancangkan serta menulis laporan.
Kami akan sentiasa memastikan kami melaksanakan langkah seperti yang telah
dirancangkan supaya dapat menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Ini adalah kemahiran dan pengetahuan penting yang membolehkan guru
pelatih menguasainya agar dapat digunakan semula pada suatu hari kelak.
Kekuatan keenam projek tersebut adalah menyedari kepentingan membuat
refleksi sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Refleksi perlu sentiasa dilaksanakan
sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek dilaksanakan untuk melancarkan
pelaksanaan projek dan mencari tindakan susulan yang sesuai demi menyelesaikan
sesuatu masalah.

 Kelemahan Aktiviti
Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa pertandingan
ini dijalankan. Kelemahan pertama ialah tempat pertandingan yang agak terhad untuk
memberi ruang yang selesa kepada murid untuk mewarna. Hal ini demikian kerana
murid telah dibahagikan mengikut prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan.
Dalam hal ini, terdapat kelas yang menampung 40 lebihan orang murid dan terdapat
juga kelas yang menampung 20 lebihan orang murid. Bilangan murid yang agak
banyak dalam sesetengah kelas telah menyukarkan pergerakan murid semasa
melukis dan mewarna, misalnya terdapat 42 orang murid dalam kelas 5K.
Selain itu, terdapat pergaduhan atau pertelingkahan yang berlaku di dalam
kelas semasa pertandingan diadakan. Hal ini demikian kerana terdapat dalam
kalangan mereka berasa marah selepas lukisannya ditiru rakannya. Bukan itu sahaja,
terdapat juga banyak sebab yang menyebabkan pertelingkahan antara murid seperti
kecil hati untuk meminjam barang ataupun rasa tidak dihormat semasa rakan
membuat gangguan di tepi sepanjang pertandingan diadakan.
Seperkara lagi, saya mendapati kemahiran melukis majoriti murid adalah
sederhana dan mengambil masa yang terlalu lama bagi melukis satu-satu objek.
Mereka biasa melukis sesuatu objek dalam saiz yang kecil dan hal ini telah
menyukarkan mereka semasa mereka ingin mewarnakannya dengan water colour.
Akibatnya, terdapat banyak dalam kalangan mereka tidak sempat menyempurnakan
lukisan mereka.
Seterusnya, masalah kekemasan dan kebersihan kurang dititikberatkan murid.
Dalam hal ini, boleh dilihat dengan jelas bahawa mereka telah mengabaikan
kebersihan pakaian, kawasan mewarna serta kebersihan alat dan bahan yang
digunakan sepanjang mereka melibatkan diri dalam aktiviti. Sebagai contoh, kelalaian
murid semasa menakung air dan menukar air telah mengotorkan lantai dan
menjadikan suasana dalam kelas lagi kelam-kabut.

 Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai
usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa
akan datang. Pada pandangan kami, sewajarnya kami maklumkan terlebih awal
kepada murid untuk meneroka lukisan dan lakaran gambar serta membuat latihan
melukis yang berkaitan tajuk yang akan dilukis ketika pertandingan dijalankan. Maka,
sedikit sebanyak keadaan ini dapat membantu memudahkan murid membuat lukisan
kemerdekaan dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk berfikir dan
merancang lukisan yang hendak dibuat ketika pertandingan sedang dijalankan.

Kedua, kami sebagai pengelola pertandingan sewajarnya meminta peserta


menyediakan sendiri baju terpakai atau apron yang akan digunakan ketika hari
pertandingan dijalankan. Langkah ini sebagai satu alternatif yang dapat membantu
mengurangkan risiko kekotoran dan ketidakkemasan diri, alat dan bahan serta
persekitaran sekolah.
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

Bilangan :1
Minggu Praktikum : 1
Tarikh : 15/2/2016-19/2/2016
Nama :
No. KP :
Tajuk Jurnal : Murid kerap pergi ke tandas atau kerap minta keluar
untuk mengisi air minum

Isu / Masalah
Pada minggu ini, masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta kebenaran untuk keluar
kelas pergi ke tandas. Setiap waktu pengajaran dan pembelajaran, mesti ada sekurang-
kurangnya murid yang ingin keluar untuk pergi tandas dan juga untuk mengisi air minum.

Analisis Masalah
Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakah
murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru
atau bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid mereka
akan menjawab ingin membuang air. Selain itu, mereka biasanya tidak akan mengisi air
minum semasa waktu rehat.

Cadangan/ Tindakan
Apa yang boleh guru lakukan untuk mengurangkan murid selalu meminta kebenaran keluar
kelas ke tandas atau mengisi air minum dengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut
hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid
ingin keluar dia mestilah menunggu guru setiap mata pelajaran mengikut jadual waktu kelas.
Ini akan membuatkan ia lebih sistematik. Selain itu, saya akan menasihati murid-murid agar
mengisi air minum dengan menggunakan masa rehat atau sebelum pengajaran dan
pembelajaran diadakan.

Tempoh Penyelesaian
Sepanjang tempoh praktikum.

Tindakan Susulan
Saya akan menasihati murid-murid agar mengisi air minum atau pergi ke tandas dengan
menggunakan masa rehat atau sebelum pengajaran dan pembelajaran diadakan.
Catatan
Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan atau ditambahbaikan, pengajaran dan pembelajaran
saya mungkin dijejaskan. Pengujian dan penilaian juga akan dijejaskan.

Disemak oleh guru pemimbing Disemak oleh pensyarah pemimbing

Tandatangan: Tandatangan:
Nama : Nama
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai