Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN MEWARNA TAHUN 3

NAMA PELAJAR

PROGRAM

NAMA SEKOLAH

NAMA PROJEK/AKTIVITI :Pertandingan Mewarna Bagi Tahun 3 Sempena Maal


Hijrah
TEMPOH PELAKSANAAN: 1 Hari
OBJEKTIF

:
1. Memupuk minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.
2. Mengembangkan minat kanak-kanak dalam bidang seni lukis.
3. Mengembangkan dan meningkat kemahiran motor halus
kanak-kanak.
4. Mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru.

REFLEKSI:
Pada 16 Oktober 2015 bersamaan hari Jumaat, saya telah menganjurkan
satu pertandingan iaitu Pertandingan mewarna untuk murid Tahun 3 Bestari
sempena sambutan Maal Hijrah pada hari Rabu, 14 Oktober 2015. Program
ini

dijalankan

bagi

memperingati

tarikh

bersejarah

dalam

Islam.

Pertandingan ini berlangsung selama sejam iaitu bermula pada jam 10.30
pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi, bertempat di kelas Tahun 3 Bestari.
Matlamat atau objektif penganjuran pertandingan ini ialah untuk memenuhi
sukatan

program

Internship

iaitu

projek

individu,

memperingati

dan

mengenal antara sejarah besar dalam Islam, memupuk minat serta


mengembangkan bakat murid dalam bidang seni, mengembangkan dan
meningkat kemahiran motor halus kanak-kanak melalui aktiviti mewarna dan
mempelbagaikan aktiviti bersama murid.

Sebelum pelaksanaan bengkel ini, saya telah membuat satu kertas


kerja sebagai persediaan dan memohon kelulusan Ketua Panitia Pendidikan
Islam dan juga Guru Besar untuk melaksanakan pertandingan ini. Saya
mengambil poster lukisan melalui sumber internet yang bertemakan Maal
Hijrah untuk memenuhi matlamat pertandingan ini.
Semasa pelaksanaan aktiviti ini, saya telah memberi penerangan
terlebih dahulu kepada murid dan menceritakan serba sedikit mengenai Maal
Hijrah. Setelah itu, saya telah mengedarkan poster lukisan kepada murid
secara individu. Saya mengarahkan murid untuk bersedia dengan aktiviti
yang dijalankan dengan mengeluarkan alatan mewarna dan saya juga
menyediakan alatan warna kepada murid yang tidak membawa warna pada
ketika itu. Penyeliaan dijalankan dimana saya telah pergi ke setiap murid
untuk melihat perkembangan aktiviti yang mereka jalankan dan membantu
murid-murid yang menghadapi masalah. Penyeliaan juga dijalankan bagi
mengelakkan murid berada di dalam keadaan yang tidak terkawal.
Selepas pelaksanaan pertandingan ini, aktiviti penilaian dijalankan oleh
saya sendiri bersama guru pelatih yang lain. 3 orang pemenang diambil
berdasarkan kekemasan, kesesuaian warna yang digunakan, cantik serta
menarik. Hadiah adalah hasil sumbangan pihak panitia Pendidikan Islam
dibawah penyeliaan mentor.
Kekuatan yang saya perolehi melalui aktiviti ini ialah kepentingan
kepada

diri

saya

sendiri

dimana

saya

mampu

mengelolakan

satu

pertandingan. Walaupun pertandingan yang kecil tetapi ia tetap memerlukan


satu perjalanan aktiviti yang teratur untuk mengelakkan sebarang masalah
berlaku bermula dari penyediaan kertas kerja sehinggalah ke peringkat
penyampaian hadiah bagi pemenang. Persediaan yang rapi amat membantu
guru pelatih dalam memastikan ianya berjalan lancer. Selain itu, sokongan
daripada guru-guru juga diperolehi melalui perbincangan aktiviti yang sesuai
untuk saya jalankan dan sokongan melalui sumbangan hadiah untuk

pemenang dari panitia Pendidikan Islam. Kerjasama serta bantuan yang


diberikan daripada semua rakan-rakan guru pelatih juga telah menjadi faktor
utama dalam menjayakan aktiviti ini ini. Tambahan lagi, aktiviti yang
dijalankan dapat memberi kesedaran kepada murid mengenai sejarah Islam
dan dapat mempelbagaikan aktiviti melibatkan pendidikan Islam yang tidak
hanya tertumpu kepada pembelajaran buku teks semata-mata tetapi melalui
sudut yang lebih menyeronokkan. Diharapkan usaha ini akan berterusan dan
membantu saya untuk mengendalikan program yang lebih baik dan
bermanfaat pada masa akan datang.
Walaupun hasil yang saya perolehi amat baik, terdapat juga kelemahan
dalam

aktiviti

dan

pertandingan

yang

dikendalikan.

Antaranya

ialah

pengurusan disiplin murid sewaktu pertandingan dijalankan. Ada segelintir


murid yang kerap mengganggu rakan untuk mewarna dan keadaan
kadangkala

tidak

pertandingan

dan

terkawal.
kelancaran

Keadaan
aktiviti.

ini

mengganggu

Selain

itu

ialah

ketenteraman
masalah

dari

pengurusan masa. Terdapat beberapa murid yang lewat menyiapkan aktiviti


mewarna walaupun tempoh masa sudah tamat.
Sebagai penambahbaikan pada masa akan datang, perancangan dan
ketetapan masa perlu lebih teliti agar berjalan seperti dalam rancangan dan
tempoh masa pelaksanaan perlu sesuai dengan poster lukisan tersebut dan
tahap murid untuk mewarna dalam masa yang sesuai. Selain itu, saya perlu
lebih tegas dalam mengawa disiplin murid agar kelas sentiasa terkawal dan
dalam keadaan yang baik.
Secara keseluruhan, pertandingan dapat dijalankan dengan baik dan teratur.
Aktiviti yang dijalankan merupakan satu latihan kepada kecekapan dan
pengurusan guru dalam menegndalikan sesuatu aktiviti ataupun program.
Diharap

agar

aktiviti

yang

dijalankan

dapat

menambahbaik

pengurusan guru dan memberi ilmu yang bermanfaat.

amalan

Disediakan oleh,

.......................................................
(
Guru Pelatih IPG

Lapora Bergambar

Anda mungkin juga menyukai