Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA PERTANDINGAN SUKANEKA PRASEKOLAH

1.0. PENGENALAN

Aktiviti sukaneka adalah aktiviti yang melibatkan aktiviti untuk bermain secara santai dan berkumpulan.
Ianya juga aktiviti untuk berseronok terutamanya di kalangan kanak-kanak. Permainan-permainan di
dalam ativiti sukaneka memainkan peranan yang penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak di
peringkat Prasekolah. Selain untuk berseronok, aktiviti sukaneka memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan jasmani dan social kanak-kanak. Kepantasan, ketangkasan, dan kemahiran
adalah antara sifat jasmani yang diperlukan, sementara bekerjasama, bertolak ansur dan bersungguh-
sungguh adalah sifat social yang dipupuk melalui aktiviti ini.

2.0. RASIONAL

Matlamat sukaneka adalah untuk memupuk dan menyemai semangat kerjasama, persefahaman dan
interaksi yang sihat di kalangan peserta. Ianya juga penting bagi mempromosikan cara hidup yang sihat di
kalangan kanak-kanak pada awal persekolahan mereka. Aktiviti sukaneka ni juga dapat membentuk sikap
dan amalan yang positif di kalangan kanak-kanak dengan menunjukkan disiplin yang tinggi. Secara tidak
langsung, aktiviti sukaneka akan dapat melahirkan kanak-kanak yang aktif dan bersedia menjadi seorang
insan yang produktif.

3.0. OBJEKTIF

1. Menimbulkan kesedaran tentang pentingnya tubuh badan yang sihat kepada perserta.

2. Mengetahui aktiviti-aktiviti fizikal perlu dilakukan bagi menghasilkan tubuh badan

yang sihat.

3. Menyedari bahawa tubuh badan yang sihat amat penting bagi seorang kanak-kanak yang

sedang membesar dan sedang belajar.

4. Membentuk kemahiran bersosial di kalangan kanak-kanak.

5. Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menunjukkan bakat dan kebolehan mereka.

6. Melahirkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama, hormat-menghormati, yakin diri, rajin dan sifat
bertanggung jawab di kalangan kanak-kanak.

1
4.0. TARIKH DAN MASA

4.1. Tarikh: 11 Ogos 2018.

4.2. Masa: 8.30 pagi.

5.0. TEMPAT

5.1. Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi.

6.0. KUMPULAN SASARAN

Seramai 35 murid prasekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi, sekolah-sekolah dan Tadika berdekatan.

7.0. AHLI JAWATANKUASA KERJA

Pengarah : En. Mohd Zamri bin Adam.

Penolong Pengarah : En Naimulddin bin Haron.

Setiausaha : Pn. DG Eryanthie binti Jubili.

Bendahari : Pn Norashikin binti Othman.

8.0. AHLI JAWATANKUASA KECIL SUKANEKA

1. En. Ahmad Hayani bin Awang – Pendaftaran.

2. En. Choong Teik Keong – Hadiah.

3. En. Hazimi bin Hussain – Pengelola Peserta.

4. Pn. Nur Azima bt Yaacob – Peralatan.


En. Zumardi bin Zainal Abidin (SKBT)

5. Pn Gan Greena Liza - Dokumentasi

6. Guru-guru Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi. – Keselamatan.

2
9.0. ACARA-ACARA.

1. Bawa bola ping-pong dalam sudu.

2. Isi air dalam botol.

3. Lerek bola dengan gelung rotan.

4. Junjung pundi kacang.

10.0. PEMBAHAGIAN KUMPULAN.

Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan;

10.1. Kumpulan 1 – 8 orang.

10.2. Kumpulan 2 – 9 orang.

10.3. Kumpulan 3 – 9 orang.

10.4. Kumpulan 4 – 9 orang.

Bagi kumpulan 1 (8 orang ahli) – semasa setiap aktiviti, ahli pertama akan mengulangi aktiviti bagi
menjadikan 9 peserta melakukan aktiviti.

Setiap ahli kumpulan akan diberikan sticker warna yang sama dan berbeza warna bagi setiap kumpulan.

11.0. ALATAN & BAHAN.

ALATAN/BAHAN KUANTITI
1. Bola ping-pong 4 biji
2. Sudu plastik 35 unit
3. Botol 4 unit
4. Span 4 unit
5. Baldi 4 unit
6. Bola getah 4 biji
7. Gelung rotan 4 biji
8. Skitel 12 unit
9. Pundi kacang 4 unit

3
12.0. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga@Unit Jumlah


Harga
1. Hadiah 35 unit RM 15.00 RM 525.00

2. Bola ping-pong 4 unit RM 0.50 RM 2.00


3. Baldi 4 unit RM 5.00 RM 20.00
4. Sudu plastik 35 unit RM 0.20 RM 7.00
5. Makanan & minuman 35 orang RM 2.00 RM 70.00

JUMLAH BESAR RM 624.00

13.0. SUMBER PERBELANJAAN.

Sumber perbelanjaan untuk aktiviti sukaneka ini diperolehi melalui;

1. Sumbangan dari syarikat-syarikat perniagaan sama ada dalam bentuk wang tunai atau barangan.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

…………………………. …………………………… …………………………….

4
BORANG PENDAFTARAN PESERTA

KUMPULAN 1 – BOBOI BOY

BIL NAMA PESERTA SEKOLAH

5
PENDAFTARAN KUMPULAN

KUMPULAN 2 – JIMMY NEUTRON

BIL NAMA PESERTA SEKOLAH

PENDAFTARAN KUMPULAN

6
KUMPULAN 3 – UPIN IPIN

BIL NAMA PESERTA SEKOLAH

PENDAFTARAN KUMPULAN

KUMPULAN 4 – AGEN ALI

7
BIL NAMA PESERTA SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai