Anda di halaman 1dari 11

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BELURU

PALEKBANG,TUMPAT
KELANTAN DARUL NAIM

“PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA 2023 ”

TARIKH:

26 MAC 2023 – 20 APRIL 2023

TEMPAT:

BILIK MASAKAN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI BERMASALAH PEMBELAJARAN
SK PULAU BELURU
1.0 PENGENALAN

Murid-murid Bermasalah Pembelajaran ditakrifkan sebagai kanak-kanak


yang mengalami kelewatan dalam pembelajaran serta memerlukan kaedah
pembelajaran yang sedikit berbeza daripada kanak-kanak normal bagi mencapai
objektif pengajaran dan pembelajaran (P&P). Murid-murid ini diajarkan dengan
kurikulum yang hampir sama dengan kurikulum murid perdana cuma
diperkasakan dengan beberapa elemen suaian yang bertujuan menerapkan dan
memahirkan murid dengan kemahiran hidup asas . Murid PPKI pada tahap 2
iaitu tahun 4,5 dan 6 di ajar dengan 4 elemen kemahiran hidup asas iaitu
kemahiran berkebun,kemahiran memasak,kemahiran menternak dan kemahiran
menjahit. Maka sebagai mengambil kesempatan semasa suasana
Ramadan ,maka pihak PPKI SK Pulau Beluru telah merangka satu program
memasak yang dinamakan sebagai Projek Riang Ria Biskut Raya.Program ini
disusun secara berkala sepanjang bulan Ramadan bertujuan untuk
mendedahkan murid dengan suasana memasak secara berkumpulan serta
dilatih memasak atau menyediakan beberapa jenis hidangan yang sesuai untuk
dinikmati semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Selain itu,program ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan


antara murid sesama murid serta murid dengan guru dan PPM.Murid-murid juga
akan dilatih untuk berkomunikasi secara berkesan ketika berkerjasama
menyiapkan resepi masakan yang telah dipilih.Aspek pengukuhan elemen
merentas kurikulum seperti Bahasa Melayu,Matematik ,Bahasa Inggeris dan
sebagainya juga akan diterapkan semasa menjalani program memasak
bersama.
 Projek Riang Ria Biskut Raya ini merupakan salah satu program amali
bagi melatih murid-murid pendidikan khas masalah pembelajaran untuk berdikari
setelah mereka keluar dari alam persekolahan. Dengan adanya program
seumpama ini, murid akan memperoleh pengalaman dan pendedahan secara
langsung dalam penghasilan beberapa jenis kuih raya dan berpeluang untuk
menambah ilmu supaya boleh digunakan pada masa akan datang.
2.0 RASIONAL

Projek Riang Ria Biskut Raya bagi Program Pendidikan Khas Integrasi
Bermasalah Pembelajaran SK Pulau ini bertujuan meningkatkan kemahiran
motor halus murid PPKI SKPulau Beluru. Kemahiran motor halus ini dapat dilatih
melalui langkah-langkah penyediaan biskut raya iaitu contohnya semasa
memotong kepingan kulit popia dalam bentuk segi empat, meletakkan inti ke
atas kulit popia, mengulung kulit popia dan menggoreng kulit popia. Selain itu,
murid juga akan mempelajari kaedah menimbang bahan – bahan yang
diperlukan untuk membuat kuih raya di samping menguli adunan doh serta
mencanainya.

Projek Riang Ria Biskut Raya ini juga dapat memberi pengalaman
langsung kepada murid untuk membuat sendiri biskut raya serta memberi
kesempatan menikmati biskut yang telah dibuat hasil air tangan sendiri. Projek
ini juga dilihat mampu menjadi platform yang baik dalam mencungkil minat murid
dalam penyediaan kek dan biskut. Hal ini kerana, murid-murid berkeperluan khas
ini sangat memerlukan kemahiran-kemahiran sampingan untuk memastikan
jaminan pekerjaan pada era globalisasi yang makin mencabar pada masa kini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Melatih murid-murid PPKI menguasai kemahiran- kemahiran memasak


biskut raya yang pelbagai jenis.
3.2 Melatih murid mempraktikkan kemahiran –kemahiran di dapur secara
praktikal seperti memotong,menimbang,memanggang dan sebagainya.
3.3 Memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membuat
persediaan menghadapi Hari Raya Aidilfitri.
3.4 Memberi peluang kepada murid mengenali jenis-jenis biskut raya.
3.5 Mengeratkan hubungan antara guru dan murid PPKI melalui aktiviti
penyediaan biskut raya.
4.0 TARIKH
26 MAC 2023 – 20 APRIL 2023

5.0 TEMPAT
Dapur PPKI SK Pulau Beluru

6.0 JAWATANKUASA INDUK


Rujuk Lampiran A

7.0 JADUAL KERJA


Rujuk Lampiran B

8.0 JENIS KUIH RAYA


Rujuk Lampiran C

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran D

10.0 PENUTUP

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi
daripada semua pihak yang terlibat, adalah amat diharapkan semoga projek ini
akan dapat dilaksanakan dengan sempurna dan tercapai objektifnya. Diharapkan
juga program ini dapat merangsang murid untuk bergerak balas secara positif
terhadap sesuatu kemahiran disamping mengukuhkan hubungan di antara
murid, guru dan warga sekolah.
Disediakan oleh :

………………………….......................................
(MOHD TARMIMI BIN AG AWANG HAMAT )
Guru Kemahiran Hidup Asas SK Pulau Beluru
Setiausaha Projek Riang Ria Biskut Raya

Disemak Oleh : Disahkan Oleh :


……………………………………….
…………………………........................... (EN. MOHD AZMAN BIN HUSAIN)
(EN. HASEMARUDIN BIN ABDULLAH) Guru Besar,
Penyelaras Pendidikan Khas, SK Pulau Beluru
SK Pulau Beluru.
LAMPIRAN A

JAWATANKUASA INDUK
PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BELURU

PENGERUSI
EN.MOHD AZMAN BIN HUSAIN
(GURU BESAR)

PENYELARAS
EN HASEMARUDIN BIN ABDULLAH
(PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS)

SETIAUSAHA
MOHD TARMIMI BIN AG AWANG HAMAT

PENOLONG SETIAUSAHA
PUAN NADIA ATHIRAH BINTI ABD HALIM

BENDAHARI
PUAN AMSHAIDA ASHIKIN BINTI AMRI

AHLI JAWATANKUASA
EN. CHE MAZLAN BIN CHE AHMED
EN. MOHD ZAID BIN ABDULLAH
EN. SHAHRIMAN BIN SHEH AHMAD
PUAN NOORNAZALIA BINTI MD ZAIN
LAMPIRAN B

JADUAL KERJA
PROGRAM RIANG RIA BISKUT RAYA
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BELURU

10.30 pagi : Taklimat mengenai penyediaan kuih raya di kelas dapur PPKI.

10.40 pagi : Penyediaan bahan – bahan untuk pembuatan kuih raya mengikut

kumpulan serta guru pembimbing.

10.45 pagi : Proses Pengadunan bahan – bahan kuih raya.

11.00 pagi : Proses membuat kuih raya dan membakarnya.

12.15 t.hari : Penyimpanan kuih raya ke dalam bekas .

12.25 t.hari : Proses pembersihan alatan yang digunakan.


LAMPIRAN C

JENIS KUIH RAYA

BISKUT FLORENTINE POPIA SIMPUL KASIH

BISKUT CORNFLAKES MADU BISKUT POPIA NESTUM


LAMPIRAN D
ANGGARAN PERBELANJAAN
PROJEK RIANG RIA BISKUT RAYA
PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN
SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU BELURU

BIL PERKARA HARGA SEUNIT JUMLAH


BISKUT POPIA NESTUM
Kulit popia segera X 20 RM 5.50 RM 110
Bijirin Nestum 275 gram x 4 RM 4.20 RM 16.80
Horlick 1kg x 2 paket RM 26.40 RM 52.80
Minyak Masak Alif 5kg x 1 botol RM 28.29 RM 28.29
Gula Caster Halus X 1 RM 5.80 RM 5.80
Gula Prai Halus x 1 RM 3.30 RM 3.30
Paprika x 1 botol RM 8.64 RM 8.64
JUMLAH KECIL RM 225.63
POPIA SAMBAL
Kulit Popia Segera x 10 RM 4.90 RM 49.00
Sambal ikan X 5 kg RM 45.00 RM 225.0

Minyak Masak Saji 2 kg x 3 botol RM 12.40 RM 37.20


JUMLAH KECIL RM 311.20
BISKUT FLORENTA
Tepung Florenta x 1 paket Rm 17.50 Rm 17.50
Tepung Florentine 500 gram x 10 paket RM 16.20 RM 243.0
Hirisan Almond 1 kg x 2 paket RM 36.90 RM 73.80
Biji Kuaci 1kg x 4 paket RM 18.00 RM 72.00
Biji Labu 1 kg x 2 paket RM 22.90 RM 45.80
Bijan Hitam 250 gram x 2 paket RM 5.60 RM 11.20
Muffin Cake Cup x 2 paket RM 5.30 RM 10.60
JUMLAH KECIL RM 473.90

BISKUT CORNFLAKES MADU


Conflakes 1.2 kg x 4 RM21.90 RM 131.4
Pelangi Marjerin x 1 RM 8.60 RM 8.60
Coklat Rice 250 gram 1 botol RM 5.10 RM 10.20
Madu Masakan ( 1 kg) RM 13.90 RM 13.90
Madu Masakan 500 gram x 2 RM 8.50 RM 17.00
Cawan Kertas Biskut x 1 paket RM 5.30 RM 5.30
Cawan Kertas Biskut Polka x 2 Paket RM 5.90 RM 11.80
Cawan Kertas Biskut x 1 paket RM 5.70 RM 5.70
JUMLAH KECIL RM 203.90
PERALATAN DAN BAHAN AM
Balang Plastik Saiz Besar x45 RM 1.86 RM 139.5
Balang PlastikSaiz Mini x 50 RM 1.05 RM 52.50
Pelekat Balang Berwarna x 2 RM 4.00 RM 8.00
Tatura Cream Cheese 250 gram x 1 RM 8.80 RM 8.80
Sarung tangan plastik x 1 kotak RM 6.50 RM 6.50
Gelang Getah x 1 paket RM 1.50 RM 1.50
Tray Plastik x 7 RM 2.20 RM 15.40
Penapis Plastik x 2 RM 2.20 RM 4.40
Plate Logam x 1 RM 2.20 RM 2.20
JUMLAH KECIL RM 238.8
JUMLAH BESAR RM 1453.43

Sumber Kewangan : PCG PENDIDIKAN KHAS

Anda mungkin juga menyukai