Anda di halaman 1dari 6

TEKS MC MAJLIS IJAB QABUL SHIDA

1.KETIBAAN
TETAMU
Assalamualaikum w.b.t
Para hadirin dipersilakan mengambil tempat masing-masing.Majlis kita akan
dimulakan sebentar lagi
Buah pauh si bunga rampai,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,
Selamat datang kami ucapkan

2.ALUAN MC
Orang ke laut menjala Udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba.

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

BismilLahir Rahmanir Rahim ,Alhamdulillah hirrabil alamin,wasolla tu wassala


muala asrafil anbiya iwal mursalim,waala alihi wasohbihi ajmain.subhanakala
ilma la illa ma allam tana innakaan tal alimul hakim.…………

Yang Diraikan Raja Sehari ,MOHD FARKHIS BIN FISOL SERTA PASANGANNYA
NOR ASHIDAH BINTI ANUAR

Yang dihormati En. Anuar Bin Salleh dan Puan Nor Aisah Bt Nor Ani ,bapa dan
Ibu kepada Pengantin Perempuan
selaku tuan rumah Majlis Ijab Qabul kita pada hari ini.

Yang Dihormati En. Fisol Bin Abdul Razak dan Puan Rokiah Binti Harun selaku
Bapa dan Ibu Pengantin Lelaki .
Yang Dihormati Al Fadhil Ustaz Nazri Bin Ismail selaku Jurunikah pada hari ini.

Yang di alu-alukan Saudara mara kedua -dua belah pihak,teman sekerja,rakan-


rakan kedua-dua mempelai ,hadirin hadirat para tetamu yang dirahmati Allah
sekalian .

Alhamdulillah pertamanya marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran ke


hadrat ilahi kerna dengan limpah dan kurnianya maka kita dihimpunkan di
dewan yang serba indah ini bagi menyaksikan detik bersejarah penyatuan dua
insan,dua merpati sejoli yang bakal melangkah ke gerbang alam rumahtangga.

Allah swt berfirman di dalam surah Al-Rum ayat 21:


Maksudnya
Dan di antara membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia
menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan
dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan -
keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi tanda-tanda yang orang-
orang yang berfikir.

Hari ini menugal jagung


Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli

Hari yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Saya, MOHD TARMIMI AG AWANG HAMAT dan saya , ……………………………………,
mengucapkan Selamat datang ke:
Majlis Ijab Qabul MOHD FARKHIS BIN FISOL SERTA PASANGANNYA NOR
ASHIDAH BINTI ANUAR.

3. DOA Hadirin hadirat yang dimuliakan

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Sebagai memberkati pertemuan kita pada hari ini,marilah kita sama-sama


mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh al Fadhil ustaz Luqmanul
Hakim bin Mohd Hamidon.Dipersilakan.

- Bacaan doa-

Amin Amin Ya Rabbal Alamin,semoga majlis kita pada hari ini dilimpahi nikmat
dan barakah dariNYA.

Hadirin Yang Dimuliakan


4. AKAD
NIKAH Orang Jauh Dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu

Majlis tanpa membuang masa, Dengan ini kami menyerahkan majlis kepada
Yang Dihormati Al Fadhil Ustaz Nazri Bin Ismail selaku Jurunikah pada hari ini
untuk memulakan upacara akad nikah . Dipersilakan.
*****************Majlis akad nikah dimulakan*********************
Alhamdulillah sebagaimana yang dirancang,begitu juga dengan kesudahannya
5. SELESAI yang datang,terima kasih buat Al Fadil Ustaz Nazri selaku jurunikah dan para
AKAD NIKAH
saksi yang Budiman .
Dengan sekali lafaz makan temeterailah ikatan dua hati di antara MOHD
FARKHIS BIN FISOL serta pasangannya NOR ASHIDAH BINTI ANUAR
Anak desa mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati.

6. BATAL AIR Hadirin sekalian


SEMBAHYAN
G SAN Seterusnya kita akan menyaksikan majlis membatalkan air sembahyang dan
SARUNG upacara menyarung cincin buat pengantin lelaki dan upacara menyarung
CINCIN DAN
gelang buat pengantin perempuan. Dipersilakan kedua-dua pihak keluarga
GELANG
pengantin Lelaki dan Pengantin perempuan untuk menyempurnakan acara.

Burung Nuri hinggap di balai


Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan

7.JEMPUT Puan dibawa ke Gunung Ledang,


MAKAN Dibawa dengan penuh beradab
BERADAB Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini masa makan beradab.

Majlis mempersilakan kedua mempelai untuk menuju ke meja hidangan


bagi menikmati makan beradab.

8. PENUTUP Sesungguh nya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana
DAN JEMPUT
MAKAN cinta itu, menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan
ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat semua hadirin , atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis ijab qabul
kedua mempelai kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini.

Tuan puteri tersenyum-senyum


Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua Kembali

Semerbak bunga seroja


Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan

hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, dengan penuh takzimnya dijemput


untuk sama – sama menikmati juadah yang disediakan.

Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Semoga
bersua lagi kita pada masa yang akan datang. Kami mengucapkan salam
hormat buat semua,
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT

Anda mungkin juga menyukai