Anda di halaman 1dari 14

1

MAJLIS GRADUASI PPKI SK JALAN ENAM 2019


Bangi Golf Resort

BIL AGENDA TEKS

1. Pendaftaran KIKIKIKIKIKI

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Guru Besar SK Jalan Enam,


2. Perarakan
Diiringi oleh Barisan pentadbir SK Jalan Enam. Semua hadirin dipersilakan berdiri.
masuk VIP

Bagi memulakan acara, sama-sama kita menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Kita
yang tercinta. Lagu ‘Negaraku’..
- Nyanyi -
Semua hadirin dipersilakan duduk.

Mengumumkan perarakan masuk Para Graduan PPKI SK Jalan Enam bagi tahun
Perarakan 2015 9 ke Pentas utama .
masuk para
2

graduan
PPKI

6..
Bacaan Doa Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan
bacaan doa yang akan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Noranizam Bin Othman. Majlis
mempersilakan.

*Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

7.. Daun layu di tengah gurun,


Aluan
3

Pengerusi Nampak jalur pohon cemara,


Majlis Tradisi Melayu turun temurun.
Pantun ditutur pembuka bicara.
8.

Bismillahhir Rahmannir Rahim...


Alhamdulillahirobbil Alamin Wassolatu Wassala muala Asrofil Anbiya Iwal
Mursalin..Waalaihi Wasohbihi Ajmain…

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera ,

Selamat datang ke Majlis Graduasi Program Pendidikan Khas Integrasi tahun


2019.

Pergi ke laut menangkap ikan


Membawa pulang si ikan tenggiri
Kehadiran semua amat dialukan
Moga Majlis bertambah seri.
4

Melati kuntum menghias gelas,


Tumbuh melata di tepi kali,
Majlis Graduasi 2019,
Murid-murid PPKI kita hargai.

Assalamualaikum wbt , Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

YANG BERUSAHA PUAN ZAHARAH BINTI SALEH,


GURU BESAR SK JALAN ENAM.

YANG BERUSAHA PUAN JAMALIAH BT ABD HAMID


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SK JALAN ENAM

YANG BERUSAHA PUAN NAZILAH BT ABD RAHMAN


PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK JALAN ENAM

YANG BERUSAHA PUAN LASMINAH BT SAIMUN


PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK JALAN ENAM

YANG BERUSAHA PUAN NORAZIAH BT DAHALAN


PENOLONG KANAN PPKI SK JALAN ENAM
5

Barisan Guru

Para IbuBapa

Serta Para Graduan yang diraikan.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah Rahmat dan
kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam Majlis Graduasi Program
Pendidikan Khas Integrasi SK Jalan Enam bagi sesi 2019.
Pihak sekolah mengalu-alukan kedatangan para jemputan kehormat , ibu bapa dan
murid-murid ke majlis pada hari ini. Majlis Graduasi ini diadakan adalah untuk
meraikan murid murid PPKI SK Jalan Enam yang bakal melangkahkan kaki ke
sekolah menengah pada tahun hadapan. Diharap agar dengan penghargaan yang
diberikan akan meninggalkan memori yang indah buat anak anak didik semua.

9. Hadirin yang dihormati,


Ucapan PK
6

PPKI Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara

Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


YANG BERUSAHA PUAN NORAZIAH BT DAHALAN
PENOLONG KANAN PPKI SK JALAN ENAM
untuk menyampai ucapan alu aluan. Majlis mempersilakan.

*Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Noraziah di atas ucapan alu-
aluan sebentar tadi.

10.
Ucapan Daun semulur di pekan sari,
Perasmian Batang jerami rebah ke bumi;
oleh GB Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.
7

Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu , Upacara perasmian Majlis Graduasi PPKI
SK Jalan Enam tahun 2019.Untuk itu majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan
YANG BERUSAHA PUAN ZAHARAH BINTI SALEH,
GURU BESAR SK JALAN ENAM.
.
Untuk tampil ke pentas bagi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Maljis
Graduasi kita pada hari ini.

Majlis mempersilakan

( UCAPAN VVIP )

(Simbolik – Murid membawa masuk Watikah Perasmian dan diberikan kepada


Perasmi)

------- Gimik ---------

Dengan berakhirnya ucapan perasmian itu tadi . Maka rasmilah Majlis Graduasi
8

PPKI 2015 .

Persembaha Hadirin Sekalian,


11.
n1
Seterusnya majlis akan dihiburkan dengan persembahan istimewa dari murid-murid
PPKI SK Jalan Enam. Untuk itu,majlis dengan sukacitanya mempersilakan Adik
Aiman Hakim untuk mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk Pelangi Petang
Majlis mempersilakan.
- Nyanyian –
Terima Kasih diucapakan kepada adik Aiman di atas persembahan yang begitu
mengasyikkan.Untuk makluman persembahan adik aiman adalah di bawah bimbingan
Cikgu Haslina Shaari.

PERSEMBA Hadirin yang dimuliakan.


HAN 2 Seterusnya ,kita akan dihiburkan lagi dengan sebuah lagu, yang sedang dipopularkan
oleh ILIR 7, ‘SALAH APAKAH AKU ‘.
Untuk itu diperilakan Adik Hafiz Nordin untuk membuat persembahan.
9

Terima kasih diucapaka kepada adik Hafiz di atas persembahan yang begitu
bertenaga itu tadi.
Untuk makluman hadirin sekalian.Persembahan tadi adalah dibawah bimbingan
Cikgu Hafizullah.
PENYAMPA
15.
IAN Hadirin yang diraikan ,
ANUGERA Kini tibalah masanya kita menyaksikan upacara penyampaian Anugerah Graduasi
H kepada para murid yang bakal meninggalkan SK Jalan Enam dan akan meneruskan
pendidikan di peringkat menengah.
Untuk itu, Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Zaharah Binti Saleh Guru Besar SK Jalan Enam Diiringi oleh Puan Noraziah Bt
Dahalan Penolong Kanan PPKI SK Jalan Enam .untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan upacara..
Majlis mempersilakan.
Dipersilakan murid yang disebut nama untuk tampil ke pentas menerima watikah .
10

----ikut senarai nama yang diberikan….

Majlis merakamnya ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Zaharah Binti
Saleh, di atas kesudian menyempurnakan penyampaian Anugerah kepada para
Graduan.

Terbang sekawan si burung merbah,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah terhidang di meja,
Sudilah santap tetamu budiman.
11

Para hadirin dipersilakan menjamu selera.

***Bagi ruang 15 minit kepada tetamu ambil makanan sebelum mula sesi
seterusnya.

16.
Cabutan Hadirin yang dihormati sekalian
Bertuah Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan acara cabutan bertuah.Untuk itu majlis
1 dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Noraziah Binti Dahalan
P.Kanan PPKI SK Jalan Enam u untuk tampil ke pentas bagi membuat cabutan
seterusnya menyampaikan hadiah kepada hadirin yang bertuah. Dipersilakan.
- Acara-
Terima kasih diucapkan kepada Puan Noraziah di atas kesudian membuat
menyempurnakan acara.

Persembaha Hadirin sekalian


17.
n6 Kita teruskan lagi majlis dengan acara yang seterusnya.Kita persilakan Kumpulan
12

Muzik Nyanyian Loceng untuk membuat persembahan.


----nyanyian----
Terima Kasih diucapkan atas persembahan yang penuh penghayatan itu tadi .Untuk
makluman hadirin sekalian.Kumpulan ini adalah dibawah bimbingan Cikgu Hazelin.

18.
Cabutan Hadirin yang dihormati,
Bertuah Seterusnya majlis sekali lagi akan membuat acara cabutan bertuah.
2 Untuk itu,Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha Puan Zaharah
Binti Saleh Guru Besar SK Jalan Enam untuk naik ke pentas bagi membuat cabutan
seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
-acara-
Terima Kasih diucapkan kepada puan Zaharah di atas kesudiaan menyempurnakan
acara.

24.     Hadirin sekalian.dengan berakhirnya acara cabutan bertuah itu tadi maka       Majlis
Penutup
akhirnya tiba ke penghujungnya.Kami mewakili seluruh warga kerja Majlis Graduasi
Bicara
PPKI SK Jalan Enam sesi 2019 menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai
13

terdapat cacat cela sepanjang majlis ini dilangsungkan. Majlis juga sekali lagi ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Zaharah Binti Saleh
GB SK Jalan Enam di atas kesudian bersama kami bagi menjayakan saat yang paling
indah buat anak anak murid PPKI yang bakal melangkahkan kaki ke alam menengah.
Terima kasih di ucapkan.

Akar keladi melilit selasih


Selasih tumbuh di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

         Tenang-tenang air di kali


         Tempat mandian putra puteri
         Sempurna sudah majlis dirai
         Salah dan silap harap dimaafi
14

Wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullahi wabarakutuhu.

Anda mungkin juga menyukai