Anda di halaman 1dari 3

Wedding Review: Teks Pengacara Majlis

Assalammualaikum, salam Jumaat, Sebenarnya dah pernah dapat permintaan, tapi lambat pula Rilla nak kongsi skrip pengacara majlis ni. Teks ini Rilla Google dan kemudia diubahsuai mengikut kesusaian majlis Rilla (tak ingat link asal, siapa tahu, bagi tahu Rilla ya). Rilla ada dua pengacara majlis pada malam tersebut, seorang lelaki, seorang perempuan, tapi teks ini masih sesuai untuk digunakan kalau ada seorang pengacara majlis sahaja. Teks ini juga hanyalah untuk majlis 'dine and go', bukan 'seated dinner'. Rilla kongsikan di sini untuk rujukan semua ya. Boleh copy dah ubah suai ikut majlis korang. (Memang teks asal, kalau nak copy, silalah tukarkan kata nama khas yang digunakan ya). ----------------------------------------------------

Majlis Perkahwinan Rilla & Fuad 1 Januari 2012


Teks Pengacara Majlis Pengacara Majlis: Amir Hamidi Amha Rafidah Mohamad Masa 8.40 pm MC Didi Teks Majlis memohon kerjasama para hadirin untuk duduk dan mengambil tempat bagi memberi laluan untuk pengantin berarak. Sirih junjung berhias indah, Sekacip pinang pembuka kata, Bunga manggar kilau bercahaya, Datang berkunjung ke majlis meriah, Sejarah terukir nilai permata, Lembaran sejarah kini bermula. *selepas pengantin tiba di pintu gerbang* Diiringi paluan kompang, sama cantik dan sama padan, beriringan masuk, pasangan raja sehari; Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid *selepas pengantin duduk di pelamin* Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon saya mulakan majlis BismilLahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang dihormati Encik Amrullah Buang dan Puan Rohani Md Hussain, selaku tuan rumah, yang diraikan pasangan mempelai, yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, teman sekerja dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian. Saya, Amir Hamidi Amha dan saya, Rafidah Mohamad Nota

8.45 pm

Rafidah

Paluan kompang dimulakan selepas pantun selesai dibaca

Didi

8.55 pm

Didi

Rafidah

Didi Rafidah

Didi

pengerusi majlis pada hari yang berbahagia ini, mengucapkan Selamat datang ke Majlis Perkahwinan Amrillah Binti Amrullah dan Fuad Suffian Bin Abdul Majid. Bagi memohon majlis ini diBerkati dan dirahmati Allah SWT, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan selawat dan doa yang akan dibacakan oleh saudara Mohd Hanafi Munshi. Dipersilakan. *bacaan doa dan selawat* *pertunjukkan silat tari & kompang* Bagi tidak membuang masa lagi, kita terus ke majlis menepung tawar dan merenjis air mawar. Dengan itu, saya menjemput Encik Amrullah Buang & Puan Rohani Md. Hussain, Ayahandabonda kepada pengantin perempuan. Seterusnya, Puan Hajjah Safiah Abdullah & Encik Farmy Abdul Majid, Bonda & abang kepada pengantin lelaki. Seterusnya, Y.B. Tan Sri Dato' Setia Ambrin Buang & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan. Seterusnya, Encik Othman Md. Hussain & Isteri, Ibu & bapa saudara kepada pengantin perempuan. Seterusnya, Puan Marlia Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami. Dan, Puan Marlina Abd Majid, kakak kepada pengantin lelaki & Suami. Demikianlah tadi, acara menepung tawar dan merenjis air mawar bagi memeriahkan majlis persandingan pasangan pengantin kita hari ini. Puan dibawa ke Gunung Ledang Dibawa dengan penuh beradab Lauk pauk telah terhidang Kini masa makan beradab Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab. Dengan rasa hormatnya, saya menjemput pasangan pengantin dan ahli keluarga untuk bersama - sama ke meja yang disediakan bagi menikmati hidangan. *Pengantin berjalan dan duduk di meja utama* Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan

10 minit 10 minit

9.15 pm

Didi

Rafidah

Didi

Rafidah

Didi Rafidah 9.30 pm Didi

Rafidah

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk sama sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini. Didi *selang masa 30 saat* Bagi mengisi ruang dan waktu ketika ini, majlis mempersilakan En. Edzuan Shamsuddin, rakan sekuliah kepada pengantin perempuan untuk menyanyikan sebuah lagu diikuti dengan persembahan layar majlis pernikahan yang berlangsung pagi tadi. *nyanyian oleh Edzuan*

9.30 pm

9.35 pm 9.40 pm

Didi

*playback video nikah* *selang 30 saat selepas playback nikah* Untuk ke acara seterusnya, Majlis dengan ini menjemput kedua dua mempelai untuk acara memotong kek. Dengan segala hormatnya, dipersilakan. *upacara potong kek* Tanam laguna tumbuh kelapa Terbit bunga pucuknya mati Budi semua tak kami lupa Sudah terpaku di dalam hati Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

5 minit Lagu: Sedetik Lebih 5 minit

5-10 minit

9.45 pm

Rafidah

Didi

Rafidah

Didi

Anda mungkin juga menyukai