Anda di halaman 1dari 15

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSANDINGAN

NURSUHADAH & NAZRIN


DEWAN PERDANA FELDA
MASA ATURCARA CATATAN
7:30 p.m. Ketibaan Para Jemputan

Sirih berlipat sirih pinang


Sirih dari Pulau Rawa
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Para hadirin dipersilakan untuk masuk ke dalam dewan dan mengambil
tempat duduk. Kami juga ingin menasihatkan para hadirin untuk
memastikan telefon bimbit dalam mod senyap dan mematuhi SOP
sepanjang perjalanan majlis pada malam ini. Terima kasih.
8:15 p.m. Perarakan Masuk Para Pembawa Dulang

8:20 p.m. Ketibaan masuk Pengantin ke Dewan

Paluan kompang sudah kedengaran


Menandakan ketibaan Raja Sehari
Dewan Perdana Felda tempat persandingan
Menyambut para tetamu yang dikasihi

Para hadirin sekalian, mengumumkan ketibaan pengantin masuk ke dalam


dewan, diikuti dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.

Pengantin masuk & berhenti seketika


* Bacaan Selawat & Qasidah (CD)

Majlis menjemput kedua mempelai ke pentas persandingan. Dipersilakan.

2
8:45 p.m. Kata Aluan oleh Pengacara majlis

Assalamualaikum WRTH & Salam Sejahtera diucapkan kepada Yang


Berbahagia Tan Sri2, Puan Sri2, Dato Seri2, Datin Seri2, Datuk2, Datin2,
Para hadirin yang dihormati sekalian.

Syukur Alhamdullilah, ke atas rahmat dan limpah kurnia dan


keredhaanNya, maka pada malam yang gemilang ini, dapat kita berkumpul
bersama2 bagi meraikan majlis persandingan
Azmi bin Datuk Abdullah & Ili Liyana bt Dato’ Haji Baharon

Wangi sungguh sibunga rampai


Kilauan lampu terangi dewan
Kedua mempelai sudahlah sampai
Selamat Datang kami ucapkan

Saya Zamil Idris, pengacara majlis anda pada malam ini. Dan bagi pihak
tuan rumah,
YBhg Datuk Abdullah Jonid & Datin Zainun Aiyub,
3
kami mengalu-alukan kehadiran dif-dif kehormat serta para hadirin sekalian
yang telah menyerikan majlis persandingan pada malam ini.

Tegak mahligai bertiang seri


Dari jauh nampak kilauan
Bersanding di pelamin cantik berseri
Raja sehari kita raikan

8:50 p.m. Bacaan doa oleh ustaz / wakil keluarga

Para hadirin sekalian, bagi memberkati dan merahmati majlis persandingan


ini, dengan segala hormatnya mohon menjemput Al-fadhil Tuan
Muhammad Azmi bin Pozi untuk bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Kita berasa kita berhajat


Semoga mempelai mendapat berkat
Mudah didunia senang diakhirat
Setiap perbuatan mendapat rahmat

4
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

8:55pm Sesi Merenjis

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Duduk dipelamin menjeling manis


Syuhadah & Nazrin tampak berseri
Mohon izin meneruskan majlis
Untuk merestui Raja Sehari

Untuk memulakan upacara merenjis pada malam ini, majlis dengan segala
hormatnya menjemput

1) Pihak Keluarga pengantin lelaki EN KHAIRI & PUAN NORAZUA


sekeluarga
Ke atas pentas persandingan untuk memberi restu kepada kedua
mempelai. Dipersilakan.

5
Puteri bersanding ayu sekali
Putera tampan tampak berseri
Bagaikan burung dua sejoli
Terima Kasih kami sudi merestui

Seterusnya majlis menjemput

2) Pihak keluarga pengantin perempuan

Ke atas pentas persandingan bagi menyempurnakan upacara merenjis.


Dipersilakan.

Burung jelatik burung jeladan


Mencari sarang burung tempua
Sama cantik sama padan
Seperti pinang dibelah dua

Megah berdiri pohon meranti


6
Tempat berteduh merpati sejoli
Semoga mempelai terus berseri
Ikatan perkahwinan kukuh bersemi

3) YBhg Dato’ Yaacob Hussin


& Datin Maharam

Ke atas pentas persandingan bagi menyempurnakan upacara merenjis.


Dipersilakan.

Yang jauh sudah didekatkan


Ikatan persaudaraan dipereratkan
Yang bahagia kini disandingkan
Air mawar direnjis-renjiskan

4) YBhg Dato’ Haji Baharon Talib


& Datin Hajjah Wan Zainab
7
(Ayahanda & Bonda Pengantin Perempuan)

Ke atas pentas persandingan untuk memberi restu kepada kedua


mempelai. Dipersilakan.

Yang jauh sudah didekatkan


Ikatan persaudaraan dipereratkan
Yang bahagia kini disandingkan
Air mawar direnjis-renjiskan

5) YBhg Dato’ Haji Mohd Zaki


& Datin Hajjah Fadzlon

Ke atas pentas persandingan untuk menepung tawar kedua mempelai.


Dipersilakan.

Ingatlah pesanan ayahanda bonda


Adat manusia tidak ada yang sempurna
8
Ada lebih ada kurangnya
Ada buruk ada baiknya

6) YBhg Datuk Abdullah Jonid


& Datin Zainun Aiyub
(Ayahanda & Bonda Pengantin Lelaki)

Ke atas pentas persandingan untuk memberi restu kepada kedua


mempelai. Dipersilakan.

Wahai anakandaku yang budiman


Tunaikan tugasmu, jalankan kewajipan
Tanggungjawabmu jangan lalaikan
Supaya rumahtanggamu diredhai Tuhan

Majlis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para tetamu
kehormat kami pada malam ini kerana sudi menepung tawar dan memberi
restu kepada Raja Sehari.
9
9:15pm Menjemput VVIP ke meja makan beradap

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya menjemput para tetamu


kehormat, ke meja santapan utama untuk sesi makan beradab.
Dipersilakan.

9:25pm Menjemput pengantin ke Meja makan beradap

Seronok berkumpul beramai-ramai


Masing2 dengan gayanya
Dijemput pengantin kesantapan berdamai
Semoga bahagia selama-lamanya

Mohon dipersilakan kedua mempelai ke meja santapan utama.

9:30pm Jamuan makan bermula

10
Para hadirin sekalian,
Hidangan tersaji diatas meja
Santapan bersama Raja Sehari
Jemputlah bersama menjamu selera
Sudilah semua hidangan kami

Hidangan yang tersaji pada malam ini telah disediakan oleh Felda D’Saji.
Dipersilakan.

Persembahan & Ucapan Semasa Jamuan

1) Persembahan oleh Zamil Idris

Para hadirin sekalian, sambil menjamu selera, terimalah dendangan


beberapa buah lagu khas untuk hadirin pada malam ini.

2) Persembahan Video majlis pernikahan pengantin yang telah


berlangsung di...

11
Para hadirin yang dihormati sekalian, tibalah masanya untuk kita bersama-
sama menonton, persembahan video kedua mempelai pada hari
pernikahan mereka di...
yang telah berlangsung pada...

3) Ucapan penghargaan oleh ibu & bapa pengantin

Seterusnya, majlis mohon menjemput ibu dan bapa kepada pengantin,


YBhg Datuk Abdullah Jonid & Datin Zainun Aiyub
selaku tuan rumah pada malam ini untuk memberi ucapan terima kasih
kepada para hadirin sekalian serta menyampaikan kata-kata mutiara
kepada kedua mempelai. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada


YBhg Datuk Abdullah Jonid & Datin Zainun Aiyub
atas ucapan dan nasihat mereka sebentar tadi.

10:15pm Sesi Memotong Kek Perkahwinan

12
Kurangkan keduanya meminta
Banyakkan keduanya memberi
Lebihkanlah timbang rasa
InsyaAllah rumahtangga damai abadi

Seterusnya, majlis mohon menjemput kedua mempelai ke pentas


persandingan bagi memotong kek perkahwinan mereka, diiringi oleh
nyanyian lagu Endless Love khas untuk kedua mempelai. Dipersilakan.

10:20pm Menjemput Pengantin ke pintu utama utk menerima penghargaan &


memberi ucapan terima kasih

Bagi pihak kedua keluarga pengantin, majlis sekali lagi ingin merakamkan
‘Sejambak Kasih, Seikhlas Budi’ dan ucapan jutaan terima kasih yang tidak
terhingga keatas kehadiran para hadirin pada malam ini.

Dengan kata-kata itu, majlis mohon menjemput kedua pengantin ke ruang


pintu utama untuk bersalam-salaman dengan para hadirin yang dihormati
sekalian.
13
10:25pm Mengumumkan perarakan keluar VVIP jemputan

Juga bagi pihak keluarga, majlis sekali lagi ingin mohon menyusun jari
keatas apa jua kekurangan dari segi persiapan, ketelanjuran kata dan
tingkah laku di dalam majlis ini.

Dengan ini, majlis mohon menjemput tetamu2 kehormat, diikuti dengan


para tetamu sekalian ke pintu ruang utama untuk bersalam-salaman denga
kedua mempelai. Dipersilakan.

10:30pm Perarakan keluar para jemputan

Cincin perak dibuat jualan


Cincin disarung jari siteruna
Penyudah kata Selamat Jalan
Ucapan WASSALAM penutup bicara…

Majlis memohon kepada pihak keluarga kedua pengantin agar sudi


14
menunggu seketika untuk sesi bergambar bersama kedua mempelai.
Terima kasih.

Sehingga kita berjumpa lagi,


Sekian, Wabillahhitaufikwalhidayah...
Assamualaikum WRTH & Selamat malam....

15

Anda mungkin juga menyukai