Anda di halaman 1dari 8

Acara: Perkahwinan Aiman & Filzah Tarikh: 9 Julai 2017 (Ahad)

Jangkaan Waktu / Teks Catatan


Perkara
11.00am Bismillahirrahmaanirrahim.

FOTO Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam


KELUARGA sejahtera kepada semua adik-beradik, saudara-mara, sahabat-
handai, kenalan jauh dan dekat serta semua para hadirin yang
sudi hadir di majlis yang permai ini.

Saya, Tiny Azleen Binti Yahaya dan rakan segandingan,


Hafizuddin menjadi host anda untuk acara hari ini.

Sebelum acara utama berlangsung, diminta saudara-mara sanak-


saudara keluarga bersedia untuk mendengar klu untuk menyusun
atur foto keluarga.

12.00 tengahari Alhamdulilah bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu wata’ala atas


limpah dan kurniaNya, taufik, hidayah serta InayahNya, dapat
UCAPAN ALUAN kita bersama sama berada dalam majls ini.

Didoakan majlis ini berlangsung dengan penuh kesempurnaan


serta di lapangkan oleh Allah Ya Basith. Mohon rahmat dan
ehsan Allah Ya Baari Ya Awal Ya Akhir untuk uruskan rencana
majlis ini dengan sempurna sedari awal mula hingga ke akhir
majlis nanti. Ameen.

Bagi pihak tuan rumah, En. Zainali Bin Hashim dan Puan
Rozila Md Nor mengalu alukan kehadiran para hadirin yang
sudi bersama sama menyerikan Majlis Perkahwinan Raja Sehari,
Saudara Muhammad Aiman Bin Zainali dan pasangannya
Cikpuan Nurul Filzah Binti Bakhtiar.

Hadirin yang dirahmati, ibu bapa, sanak saudara, adik beradik,


sahabat handai, rakan taulan yang jauh mahupun yang dekat dan
keluarga daripada sebelah pengantin perempuan.

Majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-puan semua ke majlis


persandingan Saudara Muhammad Aiman Bin Zainali dan
pasangannya Cikpuan Nurul Filzah Binti Bakhtiar.

Majlis merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada hadirin sekalian.

1
Nasi Putih Nasi Lemak
Sajian Makanan Di Waktu Pagi
Terima Kasih Banyak Banyak
Sudi Bertandang Ke Majlis Ini.

Tali Belati Pengikat Roda


Kereta Diikat Beroda Besi
Hujung Pena Menari Kata
Merakam Budi Kenangan Abadi

Kalau Tidak Kerana Bulan


Tidak Bintang Terbit Pagi
Kalau Tidak Kerana Tuan
Tidak Majlis Sepermai Ini

Semoga Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wajid dengan kasih


sayang dan rahmatNya yang pertemukan kita di majlis ini
memberi keberkatan dan melancarkan perjalanan majlis.

JAMUAN Majlis akan diteruskan dengan jamuan sehingga jam 4 petang ini.
MAKAN In shaa allah.

Sambil menanti ketibaan raja sehari masuk ke ruang pelamin,


saya wakil dari pihak tuan rumah En. Zainali Bin Hashim dan
Puan Rozila Md Nor menjemput para tetamu, hadirin-hadirat
sekalian untuk menjamu selera dengan makanan yang telah
disediakan.

12.30pm
Pasangan Cantik Semanis Gula
KETIBAAN Akad Terlaksana Sama Bersatu
PENGANTIN Dua Jiwa Bersulam Kasih
Lembaran Sejarah Kini Bermula 
Berjalan Seiring Bersentuh Bahu
Melangkah Menuju Mahligai Kasih

Majlis mengumumkan, perarakan masuk, pasangan raja sehari


Saudara Muhammad Aiman Bin Zainali dan pasangannya
Cikpuan Nurul Filzah Binti Bakhtiar ke ruang pelamin.

Merafakkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah kerana dengan Izin-


Nya, kita dapat berkumpul bersama-sama pada hari ini, bagi
meraikan Majlis Perkahwinan Pasangan Muhammad Aiman
Bin Zainali dan Nurul Filzah Binti Bakhtiar.

2
Ikan Sempilai Sesak Di Lukah
Lukah Dan Bubu Di Tanjung Selasih
Pasangan Mempelai Segak Melangkah
Melangkah Menuju Mahligai Kasih

Panas Dan Kering Siapakah Tahu


Hujan Rintik Di Pualau Pandan 
Berjalan Seiring Bersentuh Bahu
Sama lah Cantik Samalah Padan.

Dengan langkah penuh tertib, dengan senyuman terukir manis,


saling menjeling tanda bahagia, itulah dia pasangan mempelai
kita Saudara Muhammad Aiman Bin Zainali dan
pasangannya Cikpuan Nurul Filzah Binti Bakhtiar.

Selamat Pengantin Baru!!

SELAWAT Mohon pengantin berdiri seketika untuk mengiringi alunan


selawat yang akan dibacakan oleh Tuan Haji Zakaria Bin
Hashim.

Alhamdulillah. Selesai sudah bacaan selawat.

Jazakallahu khairan khathira Tuan Haji Zakaria atas alunan


selawat yang indah.

Pengantin di minta mengambil tempat bertakhta di pelamin yang


indah.

12.40pm Melayang Tempua Di Atas Permatang


Berkicau Merbah Di Hujung Muara
BACAAN DOA Pemanis Kata Selamat Datang
Awal Bismillah Pembuka Bicara

Yang berbahagia, Dato’-Dato’, Datin-Datin, Tuan-Tuan, Puan-


Puan dan para hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Bagi pihak keluarga En. Zainali Bin Hashim dan Puan Rozila
Md Nor, kami sekali lagi mengalu-alukan kehadiran semua
tetamu jemputan pada hari ini.

Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakna


dan menambahkan serinya majlis ini.

3
Bagi para tetamu yang baru hadir, kami sekali lagi
memaklumkan bahawa kita berkumpul di majlis ini bagi
meraikan perkahwinan kedua mempelai Saudara Muhammad
Aiman Bin Zainali dan pasangannya Cikpuan Nurul Filzah
Binti Bakhtiar.

Semua yang hadir termasuk kaum keluarga, rakan taulan dan


sahabat handai ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru
kepada Raja Sehari kita.

Semoga mereka berdua tabah menghadapi hari yang mendatang


dan dapat hidup penuh bahagia dan dilimpahi kasih & sayang
yang berkekalan.

Bagi menzahirkan hasrat di hati, marilah kita sama sama


mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh
________________________________________________.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

TAMAT DOA Amin. Amin. Amin. Allahumma Amen Ya Mujeeb. Mohon Allah
Ya Samad yang maha mendengar doa para hamba-Nya menerima
doa mulus yang dipanjatkan kepada-Nya.

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih


kepada _______________________________ yang
mengalunkan dan membacakan doa tadi.

12.50pm Majlis diteruskan dengan acara seterusnya iaitu acara salam restu
oleh wakil keluarga.
SALAM RESTU
Majlis menjemput Nenda Pengantin Perempuan iaitu Puan
_________________________________ untuk naik ke pelamin
bagi memberi restu kepada kedua mempelai.

Dijemput Saudara Nasri dan Saudari Atikah untuk mengiringi


Nenda pengantin perempuan ke atas pentas pelamin.
.
(Acara bersalaman).
.
Sekali lagi, diminta Saudara Nasri dan Saudari Atikah untuk
mengiringi Nenda pengantin untuk duduk di meja beradab.

Majlis dengan ini mempersilakan pula kedua ayahanda dan

4
bonda pengantin merangkap Tuan rumah majlis ini, En. Zainali
Bin Hashim dan Puan Rozila Md Nor untuk naik ke atas
pentas dan memberi salam restu kepada kedua mempelai.

Bagi menghormati rombongan pengantin perempuan, majlis


menjemput pula kedua ayahanda dan bonda pengantin
perempuan untuk merenjis kedua mempelai.

Dipersilakan Tuan _______________________ bersama-sama


Puan ____________________________ untuk naik ke pentas
pelamin bagi menyempurnakan acara merenjis dan memberi
restu kepada kedua-dua anakanda pengantin.

BERAKHIR Demikian tadi salam restu pasangan pengantin, daripada pihak


SALAM RESTU keluarga kedua-dua mempelai.

1.00pm Jambangan Indah Berbunga Seroja


Diraut Dibelai Hiasan Taman
MAKAN Hidangan Menyelera Penuh Semeja
BERADAB Jemput Mempelai Santapan Berteman

Majlis diteruskan dengan acara makan beradab.

Majlis dengan ini mempersilakan semua hadirin, khususnya


tetamu-tetamu daripada keluarga Pengantin perempuan untuk
menemani kedua Raja Sehari yang diraikan untuk menjamu
selera dengan santapan yang tersedia di meja beradab.

Dipersilakan tetamu mengambil tempat.

Bagi hadirin hadirat yang dihormati sekalian, jangan malu jangan


segan untuk sama-sama menikmati menu yang disediakan.

Bagi tetamu yang baru sahaja hadir, kami mengalu-alukan


kehadiran tuan-puan ke majlis bersejarah ini.

1.15pm
Takkan Sempurna Alu Tanpa Lesungnya 
UCAPAN TUAN Dayung Juga Tidak Berguna Tanpa Perahunya
RUMAH Tidak Enak Hidangan Tanpa Pemanisnya 
Begitu juga tidak Moleklah Seandainya Majlis Seindah Ini
(AYAHANDA apabila Tiada Yang Berbicara.
PENGANTIN)
Maka ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan ayahanda
pengantin lelaki, Encik Zainali Bin Hashim selaku Tuan rumah

5
majlis, untuk menyampaikan sepatah dua kata-kata nasihat
kepada pasangan pengantin dan ucapan penghargaan kepada
sidang tetamu yang hadir.

Dipersilakan Encik Zainali Bin Hashim.

Terima kasih diucapkan atas ucapan tadi.


Mohon anakanda pengantin mengambil pesanan itu dengan
penuh kerendahan hati dan menjadi panduan dalam menempuh
rumahtangga dengan harmoni.

1.20pm Diumumkan kepada hadirin dan hadirat sekalian bahawa waktu


sembahyang fardu zohor bagi kawasan Putrajaya dan kawasan-
PENGUMUMAN kawasan yang sewaktu dengannya adalah pada jam 1.20pm.
ZOHOR
Para hadirin boleh menunaikan solat zohor di surau yang tersedia
di tingkat yang sama. Daripada pintu utama, belok ke kiri, ada
tanda arah yang menunjukkan kedudukan surau.

Majli berehat sebentar bagi memberi laluan kepada para hadirin


menunaikan solat zohor. Kita bertemu sebentar lagi.

1.50pm
Alhamdulillah kepada Allah Ya Wahhab Ya Razzaq yang
POTONG KEK memberi rezeki yang melimpah ruah kepada para tetamu untuk
hadir meraikan majlis ini serta dapat bersama menjamu selera
dengan hidangan yang disediakan.

Si Teruna Segak Melangkah 


Si Dara tersenyum Cantik Molek 
Makan Beradab Selesai Sudah
Kini acara Pengantin Memotong Kek

Hadirin yang dimuliakan.


Demi merakamkan satu memori indah dan kenangan manis
kepada kedua mempelai, majlis diteruskan dengan upacara
memotong kek.

Dipersilakan kedua mempelai Saudara Muhammad Aiman Bin


Zainali dan pasangannya Cikpuan Nurul Filzah Binti
Bakhtiar berangkat menuju ke meja potong kek.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi hadirin para tetamu yang manhu bergambar kenangan


dengan pengantin, boleh datang ke hadapan untuk mengambil

6
gambar bersama pengantin.

Ada kaum keluarga yang mahu pulang awal, boleh juga datang
mengambil gambar bersama pengantin sebelum pulang.

2.15pm Majlin memohon izin untuk mencuri sedikit perhatian semua


kepada persembahan multimedia yang mengimbau kisah hidup
PERBENTANGAN kedua mempelai.
SLIDE –
BIODATA Dipersembahkan.
PENGANTIN

DETIK Menyingkap bibit bibit perkenalan pasangan pengantin ini:


PENGENALAN

Setelah mengenal hati budi masing asing dan mendapat restu


keluarga , mereka mengkat tali pertunangan pada xx.xx.xxxx,

Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah
dibuat setelah ditunaikan dalam majlis yang penuh bahagia ini.

HARI-HARI
BERSEJARAH
2.45pm Pengantin di minta naik ke pelamin untuk acara seterusnya.

ACARA Bagi membawa kenangan ini bersama sehingga ke tahun-tahun


BERGAMBAR DI mendatang, dijemput para ahli keluarga pengantin dan tetamu
PELAMIN yang mahu bergambar untuk datang ke hadapan pentas bersama
BERSAMA pengantin bagi merakam kenangan bersama.
PENGANTIN
3.15pm Makan sudah bergambar pun sudah
Giliran pengantin memberi hormat
BERSALAMAN Mempelai menanti hatinya meriah
Tanda acara selesai dan tamat.

Majlis meminta pengantin berdua untuk turun dan bersedia di


pintu utama untuk memberi salam hormat kepada tetamu yang
mahu berangkat pulang.

Dipersilakan pengantin dengan iringan pengapit daripada kedua-


duanya berjalan menuju ke pintu utama.

3.30pm Kepada semua hadirin yang turut menyerikan majlis ini, ucapan
penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kami
PENUTUP hulurkan.

7
Kepada ahli keluarga kedua-dua pihak yang telah bertungkus
lumus dengan persiapan bagi menjayakan majlis perkahwinan
ini, termasuk majlis akad nikah yang berlangsung pada hari
jumaat lepas, bertarikh 7 Julai 2017.

Terima kasih diucapkan.

Tulus dan ikhlas bagi pihak tuan rumah, En. Zainali Bin
Hashim dan Puan Rozila Md Nor, ribuan ampun dan maaf
seandainya majlis yang tidak seberapa ini terselit sebarang
kekurangan dan kecacatan yang tidak disengajakan.

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah Ya Barr, yang


kurangnya itu datang daripada kekhilafan pihak kami sendiri.

Terima kasih diatas segala bantuan dan doa semua sehingga


majlis ini dapat disempurnakan.

Pergi Ke Dusun Memetik Kelapa


Kelapa Muda Si Kelapa Bali
Jari Disusun Maaf Dipinta 
Panjang Usia Bersua Kembali

SALAM TAMAT Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah Ya Syakur atas


kelancaran majlis yang kita rencanakan ini selari dengan rencana
yang dibentuk Allah Ya Baari Ya Musowwir Ya Waaliy.

Didoakan pasangan pengantin yang mula melangkah kea lam


rumah tangga ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan dan
kecintaan Allah Ya Hafidz Ya Wadud. Allahumma ameen Ya
Mujeeb.

Sekian dahulu daripada saya, Tiny Azleen Binti Yahaya, dan


saya Hafizuddin, emcee anda untuk majlis ini dengan ucapan
Salam Kemaafan, Salam Keceriaan dan Selamat Pengantin
Baru!

Sampai jumpa lagi.

Wabillahi Taufiq wal hidayah. Wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai