Anda di halaman 1dari 6

TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)

HOTEL AM TRANSIT INN

TIME CUE ANNOUNCEMENT


9.15 a.m Housekeeping Assalamualaikum dan selamat pagi
announcement
Majlis akan dimulakan tidak lama lagi, pastikan anda berada
di tempat yang telah disediakan dan amalkan penjarakan
sosial

1. Pastikan anda telah mendaftarkan diri anda di


kaunter pendaftaran dengan menulis maklumat diri
atau mengimbas QR code
2. Sila ambil suhu sebelum masuk ke dalam dewan
3. Pemakaian pelitup muka @ face mask adalah
diwajibkan
4. Amalkan penjarakkan sosial
5. Sila pastikan telefon pintar anda dalam mod silent
6. Pastikan anak2 kecil dan barangan berharga anda
dalam keadaan yang selamat

9. 30 a.m Bacaan Selawat


Ketibaan tetamu dan pengantin
*kena start doh!! akan diiringi Bacaan selawat
yang akan dipimpin oleh

saudara Muhammad qusyairi bin Shafie


Bekas pelajar dari tahfiz Ribath Asyinnawi, Dungun

Hadirin diminta untuk berselawat bersama sama

**ketibaan tetamu dan pengantin diiringi dengan


selawat sehingga pengantin perempuan duduk atas
pelamin**

9.50 a.m Ketibaan jurunikah, Mengumumkan ketibaan jurunikah, wali, dan saksi-saksi
wali, dan saksi saksi pengantin perempuan
pengantin perempuan

9.55 a.m Ketibaan pengantin Hendak kusulam sulam sembilan


lelaki bersama saksi Paras sejengkal hatinya
saksi. Langkahmu tuan permata intan
Cahya tumpang cahayanya

Terimalah Langkah masuk pengantin lelaki kita pada pagi


ini
saudara WAN MUHAMMAD ISMAIL BIN WAN
DERAMAN
Bersama saksi-saksi ke laman pernikahan
10.00 a.m Ketibaan pengantin Arakan sekampung kompang bercanggung
perempuan bersama Burung yang dengar bersorak tawa
bondanya Bagaikan senandung cinta nan agung
Langkah debar duhai si dara

Tanpa membuang masa


saya ingin mengumumkan langkah masuk pengantin
perempuan NOR AQILA BINTI NORYAMAL
TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)
HOTEL AM TRANSIT INN

Bersama bondanya, Puan Suzana binti Yusoff


ke persada pelaminan

10.15 a.m Bacaan Doa Bagi memohon majlis ini diberkati


dan dirahmati Allah SWT,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa
yang akan dibacakan oleh

Saudara Muhammad Qusyairi bin Shafie

Dengan segala hormat, dipersilakan.

~DOA~
Amin amin ya rabbal ‘alamin
Terima kasih diucapkan kepada
Saudara Muhammad Qusyairi
di atas bacaan doa sebentar tadi.

10.30 a.m Kata – kata Aluan Bismillahirrahmanirrahim

Rabbish rahli sadri. Wayassirli amri. Wahlul uqdatam


millisani. Yafqahu qauli.

Tersusun indah , kias dan pantun


Luahan jujur pendita geliga
Tirai majlis dibuka santun
Salam dihulur tertib dijaga

Dicari kerdipan sebanyak kartika


Hendak ditabur dilembah kayangan
Dengan titipan gurindam seloka
Bahasa dilentur secantik pandangan

Assalamu `Alaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat illahi dengan limpah


dan rahmat nya
dapat meyantukan kita semua
pada pagi yang barakah ini
Ahad 28 Mac 2021
bersamaan 14 syaaban 1442 Hijrah
yang bakal menjadi saksi
dua jiwa menjadi satu,
dua cinta berikat janji,
dua hati sehidup dan semati
antara pasangan

NOR AQILA BINTI NORYAMAL


&
WAN MUHAMMAD ISMAIL BIN WAN DERAMAN

dengan ikrar setia


kerana dia yang maha Esa,
lillah hitaala.
TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)
HOTEL AM TRANSIT INN

Dan saya sharid suhaimi


selaku pengacara majlis pada pagi ini,
mewakili seluruh ahli keluarga
dipihak perempuan dan tuan rumah

Yang Berusaha Cikgu Noryamal bin Yaakob dan Puan


Suzana binti Yusoff

Mengalu-alukan kehadiran tetamu sekalian

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hadirin sekalian

Adat bersendikan syarak,


Syarak bersendikan kitabullah,

Syarak mengata, adat memakai


Hidup dikandung adat

Mati dikandung tanah.


Masjid sebuah, balairung seruang

Baiklah
untuk memulakan majlis kita pada pagi ini
molek kiranya saya
memperkenalkan dan menyerahkan majlis kepada jurunikah

Haji Che Kamaruddin bin Mohammad

Dipersilakan.

11.00 a.m Solat sunat – lepas sah Ahamdulillah, syukur kehadrat illahi
kedua-dua mempelai selamat diijab kabulkan.
Sama – sama kita doakan kebahagian mereka.

Tidak dilupakan ucapan


Terima kasih diucapkan kepada Jurunikah dan saksi-saksi
atas khidmat yang diberikan

dipersilakan pengantin lelaki untuk


mengadakan solat sunat syukur

11. 15 a.m Upacara Batal Air Dipersilakan pengantin lelaki


Sembahyang untuk bertemu dengan pengantin perempuan bagi upacara
pembatalan air sembahyang.

11.30 a.m Jumpa ahli keluarga Dipersilakan kedua-dua pengantin untuk berjumpa keluarga
kedua belah pihak

~~ ahli keluarga pengantin diminta untuk bersedia


dengan sesi fotografi selepas ini~~
TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)
HOTEL AM TRANSIT INN

11.45 a.m Sesi Fotografi Sesi 1

Ibu ayah pengantin lelaki


Keluarga pengantin lelaki

Sesi 2

Ibu ayah pengantin lelaki + pengantin perempuan


Ibu ayah pengantin perempuan
Keluarga pengantin perempuan

12.00 noon Makan beradab / Cantik berseri si Bunga Kemboja,


Jamuan Indah bersinar cincin di tangan,
Juadah istimewa penuh semeja,
Jemput mempelai menikmati hidangan.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan kedua-dua


pasangan Raja sehari
untuk bersantap di meja beradab
yang dihias indah.

(Sambil pengantin turun)

Tinggi-tinggi si pokok Gaharu


Tinggi lagi si pohon Kemuning
Silalah sila pengantin baru
Jodoh berpaut jalan berganding

Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah


malu janganlah segan
untuk sama-sama
menikmati juadah enak yang disediakan.

Bagi tetamu yang baru tiba, saya mengalu-alukan


kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang
bersejarah ya penuh barakah ini. 

Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan


bermula.

Penutup Sesungguhnya manusia itu


sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia
lebih bermakna, bahagia dan sempurna
apatah lagi
melalui ikatan perkahwinan yang dituntut agama.

Mawar merah harum mewangi


Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Hidup berkat suami isteri

Kain songket halus tenunan


Dibawa orang masuk ke kota
TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)
HOTEL AM TRANSIT INN

Sudah bertemu dengan pasangan


Penawar hati penyejuk mata

Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan


selain ungkapan rasa syukur
dan ucapan terima kasih
yang tulus ikhlas
daripada Raja Sehari dan ahli keluarga
buat tuan-tuan dan puan-puan semua,
atas kesudian hadir dan memeriahkan
Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.

Saya Sharid suhaimi ingin memohon maaf


atas segala kekurangan
semasa mengacarakan Majlis ini.
Yang baik dari Allah,
yang lemah atas kelemahan saya sendiri. Dengan ini saya
mengucapkan salam hormat buat semua.

Sama-samalah kita mendoakan agar kedua-dua pasangan


pengantin, bakal menjalani bahtera rumahtangga dengan
penuh hemah dan kerukunan. Semoga mencapai
mardhatillah dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan
solehah untuk menghuni Jannatul Firdausy. InshaaAllah.

 Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.

(Tertakluk kepada 1)      Kepada tetamu yang ingin bersalaman dengan


pindaan perjalanan pengantin, bolehlah membuat barisan iaitu tetamu lelaki di
majlis) sebelah kanan dan tetamu perempuan di sebelah kiri pintu
masuk dewan. Bagi yang masih makan, teruskan menikmati
hidangan yang telah disediakan.

2)      Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan


perempuan serta sahabat handai dan tetamu yang ingin
bergambar dengan pasangan pengantin, diminta tunggu
sebentar. Insha Allah.

#Take Note
# Makanan cukup ke tak
# SOP
# Ambil Gambar
# photobooth
# Menu hidangan
# Kelancaran majlis
# PIC cue -abg hakim (abg ipar)
# Emergency – kelabu team pengantin perempuan
# Video
# Lagu
# List VVIP
#
TEXT EMCEE PERKAHWINAN AQILA & ISMAIL ( 28 MAC 2021)
HOTEL AM TRANSIT INN

Anda mungkin juga menyukai